Wednesday, January 7, 2009

Hari Ashura

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura(10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskinfadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marahfadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesatfadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimfadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekahfadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan dirifadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunatfadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelakfadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaatfadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasafadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. PuasaNiat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya'allah..Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

No comments:

 
Images by Freepik