Thursday, June 10, 2010

Say NO to Israelis...

Apabila kita dibangkitkan di Hari Akhirat kelak, senarionya akan terjadi sebagaimana kita tahu...iaitu solat kita akan dipertimbangkan, amalan-amalan wajib dan sunat...serta perkara baik dan jahat yang kita lakukan selama hidup. Namun, jangan lupa...jihad kita demi menegakkan saudara-saudara Islam kita seluruh dunia, di samping meningkatkan darjat agama kita yang sekian lama diperlekehkan oleh Yahudi, Israel jahanam serta musuh-musuh Islam. Ia satu perjuangan yang besar dan nampaknya tidak mampu dipikul oleh insan kerdil seperti kita...namun, sebenarnya kita mampu membantu saudara-saudara kita yang sedang terseksa di sana dengan memboikot produk-produk Israel...=) Bunyi macam senang kan...ahahahaha...
BOLEH kalau kita kuat...BOLEH kalau kita percaya dengan produk tempatan...BOLEH kalau benar-benar kita sayangkan Islam, serta saudara-saudara kita yang sedang menderita diseksa oleh tentera zionis jahanam itu...BOLEH kalau kita bayangkan anak-anak kecil, bayi-bayi, ibu-ibu dan orang-orang tua yang diseksa, dibunuh dan diserang tanpa belas kasihan oleh tentera zionis yang dibiaya oleh kita itu...hah? Bila pulak kita biaya mereka kan? Dengan menyokong produk keluaran mereka...tambah pulak, kita ni semua suka sangat dengan McD, suka sangat tgk kartun Disney...ahahahaha...adoi, adoi...memang pedih kan, tapi hakikatnya, satu dunia ini memang dikuasai oleh jutaan produk Israel...antara kita sedar atau tidak sahaja...
Hari ini, KKSB didatangi oleh Hero-hero Sukarelawan ke Gaza...dari Jemaah Islam Malaysia, dari HALUAN Palestin...dan dari seluruh pelusuk tanahair yang mempunyai 3 niat ke Gaza iaitu...membantu, membuka mata dunia serta membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis...mereka sudah terbau bau syurga, Insya Allah...niat dan jihad mereka bukan mampu dilaksanakan oleh semua orang...hati ini, sangat berkobar-kobar dan rasa marah pada zionis yang jahat...jahat dan kejam!

No comments:

 
Images by Freepik