Tuesday, July 27, 2010

Let by gone, be by gone...

Salam all. *wink*
Orang kata, cemburu itu tanda sayang. *blur* Kenapa pulak? Adakah benar, cemburu itu tanda sayang? Mungkin ada juga kebenarannya dalam 50%...Kenapa saya kurang setuju, sebab...saya sayangkan semua orang keliling saya, namun jarang pula saya mahu berasa cemburu. Lagi pulak, saya sangat mengelak untuk membius hati dengan perasaan cemburu...NOPE! Bukan ego, tetapi, buat apa menyeksa hati memikirkan sesuatu yang tidak seharusnya difikirkan keterlaluan. Kadang-kala, permainan hati dan fikiran lebih jahat dari permainan syaitan...betul! Kenapa pulak, sebab, permainan hati dan fikiran ini menerawang terlalu jauh sehinggakan sesuatu yang tidak terjadi pun, kita boleh jadikan ia realiti seperti betuk-betul kejadian sebenar. *wink* Betul tak? =)
Dulu, masa arwah bapak masih ada, dia selalu berpesan...jangan suka-suka nak bermain-main dengan 'old flame'..let by gone, be by gone. Awal-awalnya, saya tidak faham, ye la, waktu itu, saya tidak ada pun old flame...boyfriend pun tak ada, macamana nak ada bekas kekasih kan...Ketika itu, saya berada di Tingkatan 5. Apabila memasuki usia 20an, saya mulai memikirkan mengenai pesanan arwah bapak. Ada benarnya. Kenangan bersama kekasih lama itu patut ditinggalkan ke belakang apabila kita sudah mempunyai orang baru. Tambahan, sekiranya kita sudah berumahtangga, lebih baik jangan ada connection langsung dengan orang lama. Kenapa? Ia akan merosakkan rumahtangga. Period.
Mesti you all pernah dengar dengan kata-kata seperti, biarpun sudah berpisah namun kami masih kekal sebagai kawan baik...hikhikhikhik...ye ke? Saya tetap percaya, lelaki dan perempuan tidak boleh jadi kawan baik. Mungkin ada tetapi bilangannya boleh dibilang dengan jari tangan dan kaki seorang manusia. Maknanya, tidak ramailah...Kalau kita sudah berumahtangga, buat cara orang berumahtangga. Old flame, kekasih lama tu, lupakanlah melainkan kalau masih nak menggatal. Lagipun, untuk mempunyai komunikasi sebagaimana dulu-dulu, ia akan mengundang rasa kecil hati pasangan kita kini. Kesian dia, kenapa harus ada kawan baik lain sedangkan suami/isteri sendiri pun boleh jadi kawan baik untuk berkongsi suka dan duka...betul tak? So, janganlah cari alasan. Biarlah bekas kekasih tu dengan kehidupan dia. Jangan sibuk-sibuk atau ambil tahu. Cukup-cukuplah tu...
Perkahwinan dan pernikahan adalah satu ikatan suci yang harus kita jaga. Syaitan akan bersorak riang apabila masjid yang dibina runtuh satu persatu. Sekiranya kita boleh elak masalah dan kontroversi yang boleh meruntuhkan rumahtangga, elakkanlah. Jangan cari pasal. Pendek kata, bila sudah pegang status suami atau isteri, atau lebih best lagi, mommy atau daddy, fokuslah pada membina keluarga. Cari rezeki pun isteri dan anak-anak, atau pergi kerja untuk membantu suami dan menyara anak-anak. Hati kena bersih, jiwa kena tulus dan layan suami/isteri sebaiknya untuk membina rumahtangga harmoni. Soal lain yang remeh-temeh, tolak tepilah...Tak penting!
Kalau mahu ada skandal, fikir dulu ini...
* Masa kahwin, belanja untuk hantaran, pakaian pengantin, gifts tetamu, cake 6 tingkat, pelamin etc...ribu-riban...lepas tu, suka-suka je nak ada skandal and runtuhkan rumahtangga sendiri. Baik jangan kahwin dulu. Buang duit je. Membazir kan amalan syaitan...*wink*
* Masa mahu bersalin, belanja nak bersalin, bukan main mahal. Nak beli barangan anak-anak pun, sampai berikat perutlah...lepas tu, ada hati pulak nak ada skandal dan kemudian menambah cawangan sana-sini. Mahu ada yang miss soru kan, kan,kan...hmmmph!
* Nak layan suami/isteri seorang pun susah, ini kan nak menambah masalah untuk ada skandal...itulah yang ada pakai HP sampai 2,3, and number pun ada 2,3...senang skandal A atau B nak kol kan...kan dah tambah bill pulak...jangan membazir. Dosa.
Pendek kata, dah kahwin buat cara dah kahwin. Dah ada anak, buat perangai elok-elok supaya boleh jadi contoh pada anak-anak. Old flame ke, skandal ke...buang jauh-jauh. Semua itu hasutan syaitan yang mahu meruntuhkan masjid anda. =)

No comments:

 
Images by Freepik