Thursday, September 23, 2010

Ujian emosi...

Salam to all...
Kenyang sangat! =) Itulah dia namanya rezeki. Pada hari raya, banyak rumah terbuka, banyak makanan dan banyak sangat jemputan untuk ajak makan-makan. Semuanya ini rezeki. Sekiranya mahu memenuhi semua jemputan, sukar juga sebab kekangan masa. Namun, mana yang sempat, pergi juga. Bukan sekadar mahu menjamu selera namun mahu mengeratkan tali silaturahim.
Lately, emosi saya mengalami ujian hebat. Syukur, saya masih diberi kekuatan untuk terus bersabar. Dari awal-awal hingga kini, hubungan dan perkahwinan saya tidak pernah sunyi dari gangguan. Kadang-kala terfikir juga, apa agaknya yang mereka mahu dari saya dan suami? Sekiranya ada hutang wang, mintalah wang. Namun, ini mungkin hutang hati kot. Jadi, nak dibayar dengan hati, fuh...susah tu. Hati kami ini kan sudah dimiliki. =)
Doa tidak pernah luput dari ingatan malahan setiap kali, setiap masa, saya memanjatkan doa agar kehidupan saya dan suami bahagia hingga ke akhir hayat. Kuatkan iman kami apabila dilanda ujian, dan tingkatan kesabaran agar kami tetap bertahan. Amin.

No comments:

 
Images by Freepik