Tuesday, February 7, 2012

Putus

As salam warahmatullah...


Wow wee...rindunya kat blog nie. Lately, been busy dengan preparation for our new baby and mood nak menulis tu macam terpaksa dipendamkan dek kerana server internet yang melampau slownya...haihhh....


What's new? Utk my life, things berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Penat tu memang sebab sarat dah, but other things macam smooth je...Syukur, Allah permudahkan.


Di dalam saya meniti kebahagiaan untuk menerima cahayamata yang ketiga, terdengar pula berita duka seorang teman baik. Mungkin, setelah hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga, saya seakan terlupa bagaimana rasanya menjadi pasangan yang bercinta serta merancang mahu mendirikan masjid. Juga, dugaan & ujian ketika perjalanan meniti hari bahagia tu. Terpaksa saya membuka semula kenangan lama dan menjadi empati terhadap kisah teman baik saya mengenai hubungannya yang masih tidak tahu jalan selesainya...


Cemburu, sangsi, tidak percaya dan sentiasa curiga ni memang asam garam dalam sesebuah perhubungan. Tidak kisahlah sebagai teman istimewa, tunang atau suami. Namun, sekiranya ia melampaui batas sehingga ke tahap merimaskan, menyusahkan serta menyakitkan...ia bukan normal lagi malahan ia sebenarnya satu penyakit. Sesekali timbul cemburu, rasa sangsi atau tidak percaya ni, normal mungkin kerana ada situasi yang boleh membuatkan pasangan rasa begitu. But all the time, it's not normal anymore tapi telah jadi habit. Ia akan merosakkan relationship kalau tidak dibendung, tidak ada perbincangan hati ke hati.


Kisah teman baik saya bersama buah hatinya memang mengundang rasa simpati daripada diri saya. Kasihan...saya hanya mampu menjadi bahu tempat dia mahu menangis, mahupun menjadi telinga apabila dia meluahkan...dan kadang-kala, meluangkan masa untuk melayani setiap sms luahannya...sebagai teman, kadang-kala untuk ada depan mata tidak mampu, hanya itu sumbangan saya sebagai sahabat. Nasihat saya hanya untuk dia bersabar dan berikan ruang untuk dia berfikir sedalamnya sama ada bertahan, atau sebaliknya. Kalau tiada kepercayaan, bagaimana mahu terus bersama? Ia hanya akan memakan diri.


It's not meant to be...memang menyakitkan. Tapi, mana tahu, Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik. Kita sebagai hambaNya harus redha, berserah serta percaya dengan ketentuanNya. Apa yang kita fikir terbaik untuk kita, mungkin buruk pada pandangan Allah SWT...jadi, kita terima apa juga yang ditakdirkan kerana itulah yang terbaik...minta yang terbaik, Insya allah, Dia akan berikan yang super terbaik...


To my beloved friend, you know who you are...sabar okay...=)

1 comment:

.glass hal full. said...

Semoga sahabat Jaja sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan.

banyakkan membaca doa dijadikan Husnul Khatimah (Al A'raaf: Ayat-126)

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-Mu”

InsyaAllah

 
Images by Freepik