Friday, January 18, 2013

Dia syurgaku..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
Semoga Allah mengumpulkan antara aku dan engkau di syurga-Nya dan berdekatan pangkuan-Nya.  Allahumma Ameen.
(Doa Sayyidah Fatimah Az Zahra untuk suaminya, Ali Bin Abi Talib)
 
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Bila kita berfikir, bagaimana mahu menjadi yang terbaik, jawapannya tidak mudah kita perolehi.  Susah...sebab, untuk menjadi yang terbaik semuanya bermula dari permulaan yang baik-baik.  Sedangkan, kita ini hanya manusia biasa, banyak sangat kelemahan.  Kalah dengan nafsu.  Kalah dengan masalah.  Kalah dengan emosi. Tetapi, kita berdoa supaya syurga itu milik kita.  Kebahagiaan dunia dan akhirat milik kita.  Segala yang baik...semuanya kita mahu.  Betul?
 
Apabila kita masih seorang anak, syurga kita di bawah telapak kaki ibu.  Namun, apabila sudah bergelar isteri, surga kita adalah suami.  Benar? Tapi, adakah kita redha bahawa suami itu adalah syurga isteri?  D dalam dunia sekarang, ia seakan faded...seakan ditolak tepi.  Kenapa?  Kerana isteri sekarang sudah earning, dan adakalanya, seorang suami gagal menjalani tanggungjawabnya. 
 
Teringat kata-kata Dr Zakir Nair, "It is a responsibility for a father, or a husband or a brother to take care of a woman's lodging, food, drinks and all".  Men are providers, women are managers.
 
Walaupun seorang isteri berada fully di bawah tanggungjawab suaminya, namun ia adalah tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga kebajikan suaminya, menjaga harta suaminya, menjaga hati serta memelihara maruah/aurat & ibadah untuk suaminya.  Pendek kata, kalau sayangkan suami, jagalah elok2 aurat, pergaulan, ibadahmu...Insya allah, syurga ganjarannya.
 
 
 
 
 
 
Imam Jaafar as-Shadiq meriwayatkan bahawa hendaklah surah Al-Jumuah dibaca 5 kali supaya suami isteri harmoni & rukun. 
 
 
Juga, Imam Ali ar Ridha meriwayatkan bahawa untuk mendamaikan dan mengharmonikan hubungan suami isteri, maka asma Allah (al wadud) hendaknya dibaca sebanyak 1001 kali pada makanan suami isteri.  Insya Allah.
 
Sama-sama kita amalkan...syurgaku ada bersamamu suamiku...Cintaku sampai ke Jannah.

No comments:

 
Images by Freepik