Saturday, January 12, 2013

Life

As salam...
 
35 tahun hidup...entah bila Allah akan ambil semuanya, kembali padaNya.  Last week, terima news, my ex colleague meninggal dunia due to breast cancer.  Innalillah...terkesan dek news ni, few days macam blur.  Semata-mata, my ex collegue tu about my age.  Sekelip mata, she died.  Tinggalkan 3 anak2 kecil...ada yang hampir sama usia dengan Hannah & Amani.  Hati ni, sangat terkesan...bila agaknya detik aku...akan tiba?  Hanya Allah ada jawapannya.
 
Sehari, 70 kali Malaikat Maut datang menjenguk kita.  Apabila tiba maut itu...tidak sesaat cepat atau lambat.  Tepat sahaja, semuanya atas izin Allah SWT.  Bagaimana caranya kita mahu nyawa kita diambil?  Mati biasa, syahid, husnul khotimah atau sebaliknya (nauzubillah)...
 
Risau?  Tidak. Takut? Ya. Sedia? Tidak pasti.  Masya Allah.  Itu jawapan biasa kita semua.  Susah kan nak jawab secara nyata bahawa...Ya, aku bersedia mahu mati...aku mahu bertemu Allah SWT dan aku mahu disambut oleh Rasulullah SAW di alam sana...cukup kuatkah kita untuk ucap itu walaupun itulah impiannya? :'(
 
Ingat mati itu sunnah.  Sunnah itu extra pahala.  Namun, sesiapa pada akhir zaman ini yang menghidupkan sunnah umpama menggenggam bara api...masya allah.
 
 

No comments:

 
Images by Freepik