Thursday, August 27, 2009

Deadline, deadline...




Mood : Sangat2 la sensitif kalau server slow...*hmmph* which is memang slow...*hmphh lagi*
My deadline adalah pada 10th of sept...*huwaaaa*, memang sangat laju la...tapi have to siapkan sebab nak cuti raya...(yeayyyy)...so everybody, jangan lupa dapatkan Nona bulan Nov okayyy...civer siapa???ahahahaha...rahsia...tapi, best sangat kerana nov adalah EDISI PERCUTIAN...yeay yeay yeay...



Wednesday, August 26, 2009

My princesses latest pix


KHAYRA HANNAH @ HANNAH
25TH MARCH 2008




KHAYRA AMANI
2 JUN 2009








Friday, August 21, 2009

DI PASARAN...EDISI KHAS LEBARAN

Salam all...dapatkan Nona bulan September yang sudah berada di pasaran...edisi khas lebaran ini menampilkan Erra Fazira bersama suaminya, Engku Emran dan si manja mereka yang comel, Engku Eleesya...banyak sangat idea fesyen lebaran dan juga resipi menarik utk dicuba...rugi kalau tak beli...dapatkan segera okay!!!

SALAM RAMADAN


Tuesday, August 11, 2009

Wear your mask...

Salam all...

Virus pandemik ini semakin menjadi2, jadi kita yang masih sihat ini...pakailah virus mask utk melindungi diri sekiranya terpaksa bertemu atau berada di kawasan yang sesak...

Jaga kebersihan diri, basuh tangan sentiasa supaya virus tidak mudah merebak.

And, kalau anda dinasihatkan untuk berehat di rumah, berehat dan kuarantinkan diri...jgn sebarkan virus kepada org lain

H1N1-langkah keselamatan

Pada 10 Ogos 2009 (semalam) sejumlah 203 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia. Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 10 Ogos 2009 adalah sebanyak 1983 kes dengan jumlah kematian 32 orang.
Berikut adalah arahan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengawal penyakit ini :
1. Bagi mereka yang mengalami simptom H1N1 dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) (
Lampiran 1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.
2. Bagi mereka yang mempunyai simptom penyakit ini (sila rujuk dlm e-emel di bawah) diminta untuk mendapatkan rawatan di klinik dengan serta merta. Mereka juga dinasihatkan untuk tidak datang bekerja dan berada di rumah sekiranya diberikan sijil sakit (MC) dan membatas pergaulan serta aktiviti dgn orang lain. Sentiasa amalkan kebersihan diri, selalu basuh tangan dan etika batuk. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.
3. Pekerja yg datang bekerja dan sedang mengalami atau baru sembuh dari penyakit seperti Selesema / Influenza haruslah memakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ semasa bekerja. Mereka ini juga dikehendaki memeriksa suhu bahan mereka setiap hari. Sekiranya suhu badan anda 380C atau lebih sila kembali mendapatkan rawatan di klinik. Sila rujuk arahan nom 2 di atas.
4. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.
5. Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.
6. Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung pada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.
7. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Lampiran 1 : Orang yang berisiko tinggi mendapat komplikasi:
· Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
· Warga tua berusia 65 tahun ke atas
· Kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang
· Wanita hamil
· Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, dan gangguan metabolik seperti diabetes.
· Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubat-ubatan tertentu, pesakit kanser, dan HIV)
· Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain
Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)

Monday, August 3, 2009

Maid or taska?

Salam all...hmmm...inilah dilemmanya, once u have kids, dilemma between having a maid to take care of your kids or send them to day care? Nowadays, education memang sangat2 dititikberatkan...some parents would wait until their kids enter kindies and learn as much as possible before entering the real school...but, ramai juga yang percaya that education and learning should begin from babies...mesti ramai yang tertanya2, apalah yang akan dipelajari oleh babies kan? well, kalau kita explore about baby and toddlers method of education, memang sangat interesting...
Well, I sent Hannah to Taska Al Ikhlas, lilttle one @ sec 13 shah alam...walaupun its a day care centre, namun dah ada schedule utk dorang...macam hannah, still considered as a baby, 1st stage adalah guna flash card, songs etc...2nd stage nanti adalah masa hannah 1 tahun 6 bulan sampai 3 years old, method nya berlainan...tapi, as what I can see, ada ramai kids yang below 4 years old, dah boleh membaca and speak in english, also ada pengetahuan dalam doa2 basic...i want that...hannah pun very interested dengan buku and sangat2 sukakan music...cepat jugak dia tangkap words baru yang kita ajar and cepat catch up on things...
Tapi, cuma nak hantar ke taska, semuanya melibatkan kos...and bila good education involved, ia adalah sangat mahal...macam amani pun kami akan lakukan yang sama...biarpun ada maid, namun kami rasakan, ia adalah satu tanggungjawab utk start them dengan early education...
Ada maid di rumah memang bagus, tidak mudah sakit and also selamat...biarpun banyak kes dera and also ketidakjujuran maid yang pukul and cederakan anak2 majikan, namun bukan semua begitu. Ramai yang okay. Tapi, apa yang boleh dipelajari dari maid? Can anybody answer my question?

Amani...my 2nd princess

Hello everybody...this is my 2nd karya ye...Khayra Amani...macam muka sape erk???
 
Images by Freepik