Friday, June 28, 2013

My passion...

Cook With Cinta


Being healthy, beautiful & happy


Niat i'tikaf, rugi kalau tak buat...

As salam warahmatullah hiwabarakah...

Phew...what a week...terkurung dalam rumah due to haze.  The kids pun cranky je, bosan agaknya.  Usually, ada saje activities mereka with friends sekeliling rumah ni.  This week, amboi...sunyi saje.  Semua terkurung dalam rumah, plus Amani pun makin teruk asthmatic nya.  Kesian dia...Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anak saya ini...ameen.

Okay, I wanted to share about niat i'tikaf.  Mungkin ada yang faham and ada yang tidak tahu mengenai niat i'tikaf.  Apa yang saya faham, correct me if I'm wrong, usually, ramai orang akan buat i'tikaf di masjid 10 hari terakhir semasa bulan Ramadan.  Namun, itu tidak bermakna i'tikaf hanya berlaku pada bulan Ramadan sahaja, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.  I'tikaf bermaksud, dalam ertikata lain, 'berkampung' di masjid, selain dari niat ibadah, khidmat-khidmat lain yang boleh dilaksanakan di masjid juga, dikira sebagai aktiviti semasa i'tikaf. Panjang lagi explanation mengenai i'tikaf ini, in shaa Allah, akan saya kemukakan di dalam entry-entry akan datang dengan bukti-bukti from hadiths dan lain-lain supaya lebih faham.  

Suami saya ada share tentang niat i'tikaf.  Katanya, Habib Ali Zaenal Abidin pernah berpesan, semasa di rumah lagi, apabila ada niat mahu ke masjid, terus pasang niat i'tikaf.  In shaa Allah, dari perjalanan from rumah ke masjid, akan dikira, berganda-ganda.  Sampailah kita keluar dari masjid nanti...best kan.  Rugi kalau kita tak niat i'tikaf especially semasa menjalani ibadah umrah dan haji.

Setiap kali mahu ke masjid, sama ada masjid Nabawi atau MasjidilHaram, suami akan berpesan..."Yang, jangan lupa, niat i'tikaf.  Rugi nanti, tak mahu ke digandakan ganjaran/pahala dalam perjalanan kita ke masjid dan semasa beribadah di dalam masjid nanti?"  Saya tersenyum, gembira kerana Allah itu Maha Penyayang.  Apa sahaja untuk membantu hambaNya menggandakan pahala, ganjaran, kebaikan...ma shaa Allah, Thank You Allah...

Niat i'tikaf simple saja...contohnya, sekiranya kita mahu ke Masjid Nabawi, just pasang niat dari rumah/hotel,"Sahaja aku beri'tikaf/niat i'tikaf di Masjid Nabawi kerana Allah Ta'ala."  (Correct me if I'm wrong ya...)

Okay, jangan kita merugikan peluang yang Allah beri untuk kita menambah ganjaran pahala ini okay...:)

Friday, June 21, 2013

Road to Mekah Al Mukarramah...





Asssalammualaikum warahmatullah hiwabarakah...I wanna share perjalanan from Madinah ke Mekah.  In shaa Allah, perjalanan melalui GMC mengambil masa lebih kurang 3-4 jam.  Pemandangan, memang saujana mata memandang.  Hanya bumi kontang, berpadang pasir, bangunan kotak-kotak, kurang tumbuhan...namun, tetap menarik dan cantik pada pandangan mata saya.  Inikan ciptaan Allah, pasti cantik dan ada keistimewaannya, betul tak?  Bayangkanlah, perjalanan kita from Madinah to Mekah adalah melalui kenderaan berhawa dingin, selesa...namun, Rasulullah SAW dan para sahabatnya, bagaimana?  Hanya menunggang unta...masih tak bersyukur dengan nikmat Allah? :)

Kami memulakan perjalanan selepas Asar dari Bir Ali dan sampai ke Mekah selepas Isyak.  Kami memang telah berada dalam ihram dan bersedia mahu memulakan umrah sejurus selepas urusan hotel selesai di Mekah.  Alhamdulillah, kami memulakan umrah jam 10 malam.


 Ini adalah gambaran yang kami dapat melalui siaran langsung di bilik hotel, sebelum turun ke masjidil haram bagi menunaikan umrah...gementar rasanya saya.  Mana tidaknya...lihatlah...ramainya manusia.  Namun, saya kuatkan keyakinan terhadap Allah, setiap tetamuNya pasti akan dipermudahkan. In shaa Allah.


(pic selepas umrah)

Umrah kali pertama, Alhamdulillah...dipermudahkan.  Lapangnya jalan di hadapan Baitullah.  Pertama kali saya melihat kaabah, ma shaa Allah...AllahuAkbar, SubhanAllah...perasaan bercampur baur...yang paling ketara, airmata jatuh laju...tanpa disuruh-suruh.  Menggeletar seluruh tubuh, rasa seperti tidak percaya, sebak...macam-macam.  Ya Rabb, terima kasih atas jemputan ini.

Saya paling kagum dengan kesungguhan anak-anak saya, Hannah & Amani, especially Amani.  Walaupun usianya 4 tahun, namun semangatnya...ma shaa Allah, kagumnya.  Ikutkan, umrah kali pertama itu, sudah lewat waktunya.  Kalau waktu Malaysia, sudah hampir jam 3-4am...namun, Amani ikut tawaf dan saie tanpa komplen penat berjalan.  Syukur dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada anak-anak ini.  Bukan sekadar mereka ikut membuat umrah, malahan, turut serta membaca doa..paling sebak, mereka tidak berkelip-kelip melihat kaabah.  Wajah mereka, ma shaa Allah, walaupun pernah melihat bangunan yang jauh lebih berseni reka daripada bangunan kaabah, namun tetap...bangunan hitam bersegi empat itu adalah bangunan yang beraura luarbiasa buat kita semua...:)







Tuesday, June 11, 2013

Pengalaman wida' yang sangat indah... :)

As salam...

The experience that I wanted to share is not meant untuk berbangga diri, jauh sekali untuk riak.  Semuanya berlaku atas izin Allah SWT, dan saya sangat yakin, semuanya kerana anak-anak dan doa ibu saya.  Tanpa mereka, entahlah, saya merasa atau tidak pengalaman wida' yang indah semasa ziarah Rasulullah SAW dan tawaf.

Pada hari terakhir di Madinah, iaitu pada hari Jumaat, 24 Mei 2013, antara jam 7am-9am adalah masa untuk ziarah wida' bagi muslimat.  Untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.  Pada hari sebelum itu, iaitu selepas solat Asar, saya bersama suami, ibu dan anak-anak mengambil peluang untuk menziarahi baqi', di sana terdapatnya persemadian Saiyidina Fatimah Az Zahra RA, Saidatina Aisyah RA serta cucu-cucu Rasulullah, Saidina Hasan dan Saidina Husin.  Anak-anak saya menjadi senyap dan suasana agak saya apabila suami membacakan al-fatihah serta doa menziarahi Baqi'.  Terasa sangat-sangat sayu hati ini apabila mengenangkan setiap tubuh suci yang bersemadi di sini terutama yang berkait rapat dengan Baginda.

Al Fatihah buat mereka semua, dan semoga kita dapat dikumpulkan bersama mereka yang soleh dan solehah.  Allahumma Ameen.  



After that, kami proceed untuk bergambar di sekitar masjid Nabi.  Ma Shaa Allah, rasa sebak sangat-sangat.  Saya berdoa panjang-panjang supaya kami semua dijemput lagi ke sini.  Ketenangan di sini, it's simply magical.  Ketenangan yang saya cari, yang semua umat Islam cari.  Sedikit pic kami di hadapan kubah hijau, di bawah kubah hijau inilah bersemadinya Penghulu 2 kiblat, Rasullullah SAW...Al-Fatihah buat Baginda.



Dek kerana terlalu penat hari itu, dari selepas zuhur, kami membeli barang sedikit Taibah Commercial Centre then, terus solat Asar di masjid, lepas tu berjalan sekitar masjid dan menziarahi Baqi', ibu saya 'flat'.  Malam itu, saya ada berniat mahu ke Raudhah, namun tidak sampai hati pula mahu meninggalkan ibu yang kurang sihat, lalu saya batalkan hasrat.  Namun, dalam hati, saya berdoa agar ibu okay esoknya untuk ziarah wida'.  

Pagi itu, ibu saya terus tak sihat, demam dan kepeningan.  Dalam usianya yang mid 70s, dia terlalu kepenatan agaknya semalam.  Terasa bersalah pula saya.  Namun, saya tiba-tiba nervous...alamak...saya kena ziarah wida' bersama anak-anak...Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua.  Amin.

Kerana hari itu hari Jumaat, lazimnya, ia hari cuti di sana, maka memang orang ramai.  Saya sampai di kawasan nak masuk ke Raudhah, polis wanita sudah membahagikan para muslimat mengikut negara.  Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam satu kumpulan.  Terus terang, saya tidak ada pengalaman berkumpul begini sesudah ke Raudhah dua kali.  Namun, saya tenang sahaja dan menerangkan semuanya kepada anak-anak supaya mereka tak meragam.  Saya berdoa, janganlah orang tolak menolak, berombak-rombak kerana saya bersama anak-anak.  Moga Allah lindungi mereka.  Apabila tiba masanya kumpulan kami masuk, ia sangat peaceful.  Walaupun ada adegan lari-lari dan tolak-tolak, namun tidaklah seteruk mana.  Kerana saya bersama anak-anak, maka saya beri laluan untuk mereka yang mahu ke hadapan.  Saya kata kepada anak-anak,"Selawat banyak-banyak Hannah, Amani.  Kita di rumah Rasulullah ni.  Jangan lari, kita jalan baik-baik.  Beri salam, selawat...ini rumah Rasulullah, kita kena jaga adab ya."

SubhanAllah...saya bersama anak-anak yg lambat ni, dapat tempat di hadapan, benar-benar berdekatan tabir putih, dan sebaliknya adalah makam Rasulullah.  Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad, waala alihi Saiyidina Muhammad...airmata saya bergenang.  Paling buat saya terkedu...semua orang duduk, dan saya bersama anak-anak ditempatkan di tepinya tiang dan ada rak kasut yang boleh dijadikan tempat duduk.  Maka, kami duduk dan benar-benar mengadap pintu makam Rasulullah...SubhanAllah...

Assalammualaika Ya Rasulullah...Assalamualaika ya Nabi Allah...Benarlah, anak-anak ini dijemput oleh Rasulullah SAW ke rumahnya. Anak-anak ini ada tempat yang istimewa di sini...antara kita mahu percaya atau tidak.  Tetamu istimewa memanglah dapat first class treatment...saya tidak kata tentang anak-anak saya tetapi semua anak-anak yang belum mencapai usia baligh.  Mereka ini adalah ahli syurga, maka mereka sangat suci, istimewa...kerana anak-anak ini, atas izin Allah, atas jemputan Rasulullah, saya menumpang tempat istimewa ini bersama anak-anak saya...Alhamdulillah.

Saya buka buka mawlid Addiya Ulami' karya Habib Umar Ben Hafidz.  Saya baca mawlid di hadapan makam Rasulullah, memang itulah hasrat dan impian saya...syukur Allah permudahkan.  Anak-anak saya, mereka recite semua surah-surah hafazan mereka sehingga saya tamat baca mawlid...Selalunya budak-budak ni susah nak duduk diam, tapi di hadapan Rasulullah, ma shaa Allah...mereka hadiahkan bacaan surah-surah pula kepada Kekasih Allah ini...Alhamdulillah...

Kemudian, saya berpindah ke belakang untuk bersedia masuk ke Raudhah.  saya lepaskan anak-anak untuk mereka bermain seketika sementara menunggu waktunya.  Ma shaa Allah, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti gempa bumi...alamak, anak-anak saya...orang ramai berlari, bertolak, berombak-ombak mahu ke Raudhah, pintu sudah dibuka...Ya Allah, lindungilah anak-anak saya terutama Humaira yang tak sempat saya  capai...syukur, selamat...cepat-cepat saya gendong Humaira di dalam baby carrier, dan mahu berjalan ke arah orang ramai berlari-lari...namun, saya ditegur oleh seorang polis wanita..."Malayzie...?", saya angguk...lalu dia menyuruh saya dan anak-anak mengikutnya, dan dia membuka satu pintu, jalan pintas ke Raudhah...Ma shaa Allah....Ya Allah, terima kasih...terima kasih...terima kasih...inilah dia rezeki anak-anak ini.

Saya dapat solat dua rakaat di Raudhah, berhadapan dengan mimbar.  Dapat sampaikan salam semua ahli keluarga, sahabat2 saya...doa untuk semua orang...serta melambai-lambai Rasulullah SAW...semoga ini bukan ziarah kami yang terakhir.  In shaa Allah...

Di bawah adalah pic kubah hijau yang sempat saya snap semasa keluar dari Raudhah.  Dekat sangat dengan pintu keluar dari Raudhah...pic ini menunjukkan saya sangat berat mahu meninggalkan Madinah...



Sambungan mengenai tawaf wida'. next post!

Sunday, June 9, 2013

Ya Rabb...

As salam...
 
Benarlah kata orang, anak-anak ibarat kain putih...suci bersih, tiada sebarang noda sehinggalah mereka mencapai akil baligh...SubhanAllah, amazing apabila kita serahkan semuanya kepada Allah, untuk dipermudahkan setiap ibadah di rumah kekasihNya serta di rumahNya...tambahan, apabila membawa anak-anak bersama, pasti kita mahu semuanya lancar...
 
Nervous...apabila me & hubby decided to perform Umrah with our kids & my mom.  My kids aged 5, 4 & 1 plus.  Kecil-kecil...pasti leceh, kata sesetengah orang.  Pasti tak boleh bebas beribadah, pasti tak boleh ikut berjemaah bla, bla, bla...saya cuma sambut setiap kata-kata dengan senyuman, dan tak putus berdoa agar saya sentiasa yakin dengan perancangan Allah SWT...Kata suami, Allah & Rasulullah jemput anak-anak tu...kita tumpang sahaja barokah mereka...dalam hati, saya mengiyakan dan setuju dengan kata-kata suami.  Itu adalah kekuatan saya sebelum dan semasa berada di Madinah & Mekah...Alhamdulillah.  :)
 
Alhamdulillah...saya & suami sudah membiasakan anak-anak dengan majlis2 di masjid, malahan, kami cuba create rasa seronok apabila mahu mengimarahkan majlis-majlis zikir dan mawlid di masjid-masjid.  'Kenalkan' mereka dengan gambar-gambar, serta klip-klip kaabah, mekah, madinah, masjid Nabawi etc.  Syukur, mereka juga awal2 lagi sudah ada di taska & tadika Islam, serta agak lancar dengan surah2 harian sebagai hafazan.  Ma shaa Allah, dengan anugerah serta jalan yang dipermudahkan oleh Allah ini, anak-anak ini tiada masalah apabila kami decided nak bawa mereka pergi umrah.  Excited mereka...SubhanAllah...semuanya atas izinMu, Ya Rabb...syukur...
 
Saya search blogs and info untuk bawa anak-anak kecil pergi umrah...hampir kesemuanya saya ikut iaitu bawa buku colouring, stationaries, botol air, coklat, biskut, soft toys, baby carrier for baby bawah 2 tahun etc kecuali...tali untuk mengikat kaki atau lengan anak-anak ketika mahu solat atau tawaf...satunya, saya tak jumpa tali tu...keduanya, saya mohon Allah berikan saya petunjuk, apa yang terbaik untuk anak-anak...sesuatu yang memudahkan saya, suami serta tidak menyebabkan anak-anak tercedera, hilang etc...maka, Allah gerakkan hati saya, tak perlu tali...anak-anak akan OKAY...saya yakin dan Alhamdulillah, saya dapat mengikuti most of solat fardhu berjemaah, solat jenazah serta solat-solat sunat di masjid...syukur, Allah permudahkan.
 
Baju juga, awal2 bukan main saya packed...tapi, suami nasihatkan agar saya tinggalkan separuh daripada amount pakaian yang saya packed untuk anak-anak.  Katanya, In shaa Allah, ada kelapangan dan rezeki, baju anak-anak sekiranya tak cukup, boleh beli di sana...saya ikut kata suami walaupun pada awalnya, ragu-ragu.  Tetapi, di Madinah & Mekah, saya ambil inisiatif untuk membasuh pakaian anak-anak serta baju2 kecil kepunyaan saya, suami dan ibu.  Ini khidmat saya untuk mereka.  Alhamdulillah, cukup rupanya baju anak-anak...:)  Travel light kata orang, lebih baik...
 
Rezeki anak-anak di bumi Madinah & Mekah...ma shaa Allah, mereka di sana sangat-sangat meraikan anak-anak.  Bagi mereka, anak-anak ini 'ahli syurga', bersih, suci...sepatutnya memang diraikan.  Tak pernah putus menerima duit, coklat, kurma, sweets, biskut, ciuman, pelukan, doa...subhnAllah...malahan, ketika kami membeli ole-ole kurma dan coklat kurma di pasar kurma, anak-anak ini diberikan seplastik penuh (hampir 1kg) coklat daripada tuan kedai...Ya Allah...itulah rezeki anak-anak ini...kami ni menumpang saje...:)
 
 

Anak-anak ini...











Alhamdulillah...amazing journey...







Alhamdulillah....Allah jemput sebagai tetamuNya...Rasulullah jemput sebagai tetamu Baginda...SubhanAllah...amazing...awesome...magical...sukar digambarkan dengan kata-kata.  Syukur...diberikan peluang menjejakkan kaki ke dua2 bumi barokah...Alhamdulillah...
 
Images by Freepik