Salam semua...
Hmmm...begitulah lumrahnya kehidupan ini. Semuanya adalah satu pinjaman sahaja, sampai masanya, Allah SWT akan mengambil semuanya dari kita...termasuk diri kita ini sebagai hambaNya. Suatu hari, Allah SWT akan memanggil kita untuk kembali kepadaNya. Bersediakah kita?
Pagi ini, I received a news...very sad news about my ex-editor in Bacaria dulu, Encik Jalil Yusof. Sudah kembali ke Rahmatullah pagi ini kerana serangan jantung semasa dalam perjalanan pulang ke kampung isterinya di Kuala Pilah. Arwahnya mengadu sakit dada ketika sedang memandu dan akhirnya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Jenazahnya sudah selamat dikebumikan tengahari tadi di Kuala Pilah. Semoga arwahnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Banyak kenangan dikongsi bersama arwahnya. Ketika saya berkhidmat di Bacaria pada tahun 2003, selama setahun, arwahnya memang banyak memberikan semangat dan kata-kata yang menguatkan hati saya bahawa kehidupan ini bukanlah untuk diratapi mahupun ditangisi. Ketika itu, saya baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta dan prestasi kerja menurun. Dan ketika emosi sedang terganggu, di saat itulah banyak orang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan, dan saya hampir kehilangan kerja. Dari berkhidmat di sebuah majalah popular, saya ditukarkan ke Bacaria dengan harapan (dari beberapa orang tertentu) untuk saya resign dan meninggalkan Karangkraf. Namun, arwahnya adalah salah seorang yang banyak membantu dan backing saya...malahan, boleh saya katakan, semangat saya pulih atas nasihat dan kata semangatnya. Terima kasih En Jalil...budi baik En Jalil tidak akan saya lupakan sepanjang hayat.
Al-Fatihah...
:: it's not even ... ::
1 year ago
No comments:
Post a Comment