Showing posts with label Reveals. Show all posts
Showing posts with label Reveals. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013

I miss him but I don't want to say it

As salam warahmatullah hiwabarakah♡♡♡

It has been more than a week since my husband left for haj. He went on d 7th of oct. ..I have to be frank that I'm used to manage d kids alone because mr hubby are always outstation. ..but...I do feel sad because it would be great if he is not that far away...

Sometimes we talked...sometimes we smsing and most of the time whatsapping...kdg2 tu rs mcm zmn bercinta kn...nk plk ader nk miss u..love u...aduhai sweet kn...♥♥♥

I think itulah manisnya berjauhan sekali sekala. Kita jauh lbh appreciate our spouse better.  Kita pun xkan tinggal a single detail utk update...itulah kelebihan nya plk...yg x best ialah bila tpaksa jawab soalan d kids. ..bertubi2...hihi

D kids are a little affected and nmpk mcm mereka sgt missing their daddy's presence.  Selalunya daddy la akn tucked them to sleep...sometimes bckn buku2 kisah nabi...n kdg2 lyn qasidah dulu. ..:) but I always remind d kids that their daddy is performing haj...so kn doa yg baik2. ..in shaa Allah. ..daddy blk dgn sihat n mndpt hj mabrur. ..ameen

Wednesday, September 11, 2013

This feeling

As salam.

Pernah tak terasa sedih tapi sebabnya unknown...
Pernah tak terasa lonely tapi sebenarnya bkn bsendirian pun...
Pernah tak terasa rindu tapi kata2 seakan tak cukup...
Pernah tak terasa tersisih tapi sebenarnya orang care...
Pernah tak terasa hidup ini kosong tapi sebenarnya byk lg hal nak buat...

Pernah...pernah...pernah...neverending questions n uncertain answers...

I always feel that when I lacked of zikr, selawat, tasbih n syukur...semua sadness, emptiness, feeling isolated etc akn muncul tiba2...kita yg buat diri ni sedetik jauh dr Allah SWT dan RasulNya...sedetik kita teralpa, sedetik itu muncul ol kind of weird feelings...uncertains...bnda x best...

Ampunkan hambaMu ini Allah...:( ameen...
Astagfirullah lil mukminin wal mukminat...ameen

Wednesday, April 10, 2013

Dah cukup...

 
As salam.
 
 
Siapa sangka, si budak yang pakai baby tee + jeans dan bertudung pendek akan berubah menjadi si anonymous? Empunya diri pun tak pernah sangka.  Sangkanya, tunggulah...masanya akan sampai, tunggulah...bagi puas nak bergaya...gaya kalau dikejar, stail kalau dikejar dan fashionable kalau dikejar...memang takkan sudah.  Boleh jadi stress kalau tiba-tiba tersalah pakai, mahupun ongkos tak mengizinkan untuk bergaya branded.  Stress stress.
 
2 tahun lepas...semuanya bagaikan mimpi.  Rupanya, lagi banyak aurat kita ditutup, jiwa kita menjadi tenang.  Tiada lagi tersingkap nampak panty, mahupun tudung mendedahkan dada, atau pakai baju berlengan sekerat...jenuh dulu nak jaga diri.  Mana tidaknya, pakai baju macam tak cukup duit nak beli kain lebih.  Mana tidaknya, pakai baju macam jahil sangat tentang aurat wanita Islam.  Nama saje berhijab, tapi gaya kalah wanita yang tidak berhijab mahupun yang bukan Islam.  Astaghfirullahalazim.  :(
 
Lagi kita menutup apa yang sepatutnya ditutup, apa yang Allah tuntut untuk seorang wanita itu tutup, lebih selamat.  Malahan, Allah telah 'melarikan' nafsu untuk memilih pakaian selain daripada abaya dan jubah...kini, buka almari...HITAM on d house y'all! Haha...Kalau ada pun warna, sulam-sulaman atau rhinestones...basic, harus hitam. 
 
Tidaklah kata diri ini baik, alim warak bagai...Tidak.  Namun, untuk berhijrah, harus ada kesungguhan.  Wanita memang kena mula dengan aurat.  Ikhlasnya dia untuk menutup aurat, bukan sekadar rambut malahan bentuk tubuh, kaki, lengan, pewangi berlebihan dan sebagainya.  Wanita tidak boleh lari untuk kelihatan cantik, namun definisi cantik itu harus eksklusif untuk suami.  Sekiranya masih bujang, cantik itu harus sederhana.  Bukan niat mahu menggoda.  Lagi eksklusif kita menjaga diri kita, maka lebih eksklusiflah jodoh yang akan sampai kepada kamu...In shaa Allah...:)
 
Semoga saya dan kita semua akan terus istiqomah...Allahumma ameen.
 
 
 
 
 


 
 
 
 

 


Friday, January 18, 2013

Dia syurgaku..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
Semoga Allah mengumpulkan antara aku dan engkau di syurga-Nya dan berdekatan pangkuan-Nya.  Allahumma Ameen.
(Doa Sayyidah Fatimah Az Zahra untuk suaminya, Ali Bin Abi Talib)
 
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Bila kita berfikir, bagaimana mahu menjadi yang terbaik, jawapannya tidak mudah kita perolehi.  Susah...sebab, untuk menjadi yang terbaik semuanya bermula dari permulaan yang baik-baik.  Sedangkan, kita ini hanya manusia biasa, banyak sangat kelemahan.  Kalah dengan nafsu.  Kalah dengan masalah.  Kalah dengan emosi. Tetapi, kita berdoa supaya syurga itu milik kita.  Kebahagiaan dunia dan akhirat milik kita.  Segala yang baik...semuanya kita mahu.  Betul?
 
Apabila kita masih seorang anak, syurga kita di bawah telapak kaki ibu.  Namun, apabila sudah bergelar isteri, surga kita adalah suami.  Benar? Tapi, adakah kita redha bahawa suami itu adalah syurga isteri?  D dalam dunia sekarang, ia seakan faded...seakan ditolak tepi.  Kenapa?  Kerana isteri sekarang sudah earning, dan adakalanya, seorang suami gagal menjalani tanggungjawabnya. 
 
Teringat kata-kata Dr Zakir Nair, "It is a responsibility for a father, or a husband or a brother to take care of a woman's lodging, food, drinks and all".  Men are providers, women are managers.
 
Walaupun seorang isteri berada fully di bawah tanggungjawab suaminya, namun ia adalah tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga kebajikan suaminya, menjaga harta suaminya, menjaga hati serta memelihara maruah/aurat & ibadah untuk suaminya.  Pendek kata, kalau sayangkan suami, jagalah elok2 aurat, pergaulan, ibadahmu...Insya allah, syurga ganjarannya.
 
 
 
 
 
 
Imam Jaafar as-Shadiq meriwayatkan bahawa hendaklah surah Al-Jumuah dibaca 5 kali supaya suami isteri harmoni & rukun. 
 
 
Juga, Imam Ali ar Ridha meriwayatkan bahawa untuk mendamaikan dan mengharmonikan hubungan suami isteri, maka asma Allah (al wadud) hendaknya dibaca sebanyak 1001 kali pada makanan suami isteri.  Insya Allah.
 
Sama-sama kita amalkan...syurgaku ada bersamamu suamiku...Cintaku sampai ke Jannah.

Tuesday, December 25, 2012

Benar, sabar itu ujian keimanan...


Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakah...
 
Semoga semuanya diberi Rahmat daripada Allah SWT...termasuk saya.  Masya Allah, bulan-bulan yang penuh dengan kesibukan.  Kesibukan yang lantaran tidak mengizinkan untuk update blog kesayangan ini. 
 
Nov...dari awal hingga hujung bulan, pelbagai peristiwa berlaku...membantu suami yang busy menguruskan hal untuknya menziarahi wali-wali Allah di bumi sejuta wali, Hadramawt, Yaman.  I felt envious sebab I couldnt join him, Insya Allah, dengan izin Allah, saya dan anak-anak akan melangkah juga ke sana...Mr. hubby spent 2 weeks di sana...2,3 days after he left, Humaira was admit at DEMC diagnosed with brocopneumonia...she was having this bad cough & flu, plus on off fever...so, she spent 6 days, 5 nights at paediatric ward...phew, without her daddy around, mmg tough juga la...but, syukur, he was at Yaman while I'm with Humaira, doa dr para wali di sana...masya Allah, sangat membantu...Alhamdulillah...4 days after Mr Hubby balik from Yaman, then he went off again to Spore pulak...but this time, me & d kids ke Brunei pula for 9 days...ngeeeeeeeeee....
 
Dec...pun busy jugak, masya Allah.  But, Alhamdulillah, few things yang delayed dapat juga dilaksanakan, one of it ialah nak buat mawlid di rumah...best sangat, walaupun penat bab nak memasak sendiri, but kepuasan tu melebihi rasa penat...syukran kathiran.
 
Memang banyak peristiwa yang menguji kesabaran berlaku, especially apabila berdepan dengan hal Humaira yang jatuh sakit sementara terpaksa membiarkan kakak-kakaknya berada di bawah jagaan nenek di rumah.  Risaukan Humaira plus risaukan budak-budak di rumah yang pastinya akan memenatkan nenek mereka...Ya Allah...syukur semuanya sudah berlalu, dan berakhir dengan baik.  Alhamdulillah...setiap kali berdepan dengan masalah mahupun keluh kesah, saya serahkan kepada Allah...kerana, hanya pada Dia sahaja tempat sebenar pengaduan, dan Dia sahaja yang boleh tunaikan segala hajat...
 
 

Bab lain...
 
Benarlah kata orang, kesabaran itu separuh dari iman, dan bagi saya ia adalah ujian keimanan.  Tanpa diuji kesabaran, kita tidak tahu keupayaan iman dan rasa serah diri kita pada Allah SWT. 
 
Makin kita mendekatkan diri dengan agama, dengan Allah serta mengambil tahu tentang sirah Rasulullah SAW, banyak ujian keimanan yang kita perolehi.  Bagi seorang wanita, seorang isteri...pastinya tidak terlepas dari ujian rumahtangga.  Masya Allah, bagi saya, ia amat merimaskan apabila few orang (wanita bujang) yang memberanikan diri bertanya mengenai poligami...awal-awal saya hanya mampu tersenyum tawar...lama-lama, saya terasa seperti terancam.  Adakah ini ujian atau sekadar 'gurauan' daripada Allah untuk test kesabaran saya...haha...
 
Poligami...sebutnya mudah namun melaksanakan pasti tidak mudah.  Teringat saya nasihat Ustaz Kyrel AlGayauwi, salah seorang angoota Almawlid...sekiranya kita tahu risikonya untuk melibatkan diri dengan suami/isteri orang, langlah terbaik adalah menjauhkan diri. Saya sangat setuju dengan pendapat beliau.  Memang, Rasulullah SAW mempunyai ramai isteri namun baginda mampu berlaku adil walaupun ada natara isteri-isterinya yang mencemburui antara satu sama lain.  Namun, itu Rasulullah SAW...adakah mampu seorang lelaki biasa menjadi seperti baginda?  Tepuk dada, tanya selera.
 
Frankly speaking, saya tidak mampu berkongsi kasih.  Maaf.
 
Saya mahu menjadi sehebat Saidatina Siti Khadijah mahupun Sayyidah Fatimah Az Zahra Rasulullah SAW...tetapi, tak tercapai dek akal kehebatan mereka...terutama Siti Khadijah...Subhanallah...hebat.  Namun, pastinya, saya tak tercapai tahap beliau.   
 
 
 
Very well said...
 
 
Done.
 

Sunday, April 1, 2012

If tommorow never comes

As salam warahmatullah hiwabarakah...

1 April 2012...few hours before my birth day...this year will be my 35th year as a human, Hamba Allah SWT...Syukur alhamdulillah, atas semua nikmat yang telah Allah kurniakan selama 34 tahun...banyak kelemahan, kedegilan dan kealpaan sebagai hambaMu, Ya Allah...34 tahun mungkin tidak terisi dengan 34 tahun penuh ibadah...ampunilah segala dosa2 ku...sekiranya esok tidak tiba untukku, matikanlah aku dalam iman dan Islam...amin3x Ya Rabbal Alamin.

If tommorow never comes...

Ya Allah...terima kasih diatas kurniaan kedua ibu bapa, mentua, ibu bapa angkat yang memberikan sepenuh perhatian, didikan, kasih sayang, nasihat selama 34 tahun sebagai anak dan lima tahun sebagai menantu. Ampunilah segala dosa2 mereka dan minta mereka ampunilah dosa2ku...If I never a good daughter/daughter in law, my fullest opology to all of you. But I want all of you to know that I love all of you so, very much...thank you for everything which I can't repay all of it if I ever live a hundred years. Semoga kasih sayang ini akan membawa kita semua ke syurga Allah SWT...amin3x


If tommorow never comes...

Thank you dear siblings, nieces and nephew...dear sister in law and biras...thank you for everything. Please forgive me if I never did my responsibilities as a sister/aunty perfectly. I love all of you dearly...I hope if there's no tommorow for me, I can be remembered as a someone that very dear to everyone's heart...Semoga kita semua akan melangkah ke titian silaturmustaqim sepantas kilat dan dimasukkan ke jannah bersama-sama dengan Rasulullah dan para anbiya...amin3x Ya Rabbal Alamin.


If tommorow never comes...

Dear hubby...I love you dearly. Thank you for being such a wonderful husband and a perfect father for our daughters. I'm greatly appreciate everything that you've done, especially whatever things that you have taught us as a muslim, muslimats...Saya mohon ampun sekiranya sepanjang lima tahun, I'm not a perfect wifey to you. Semoga saya tidak pernah memulakan sebarang pembinaan mahligai di neraka untuk awak semata-mata kerana kegagalan menjaga aurat serta mengikut syariat dengan sempurna. Ya Allah, ampunilah aku. Please take good care of our daughters and I hope didikan sempurna buiat mereka akan menjadikan impian awak untuk bergandingan dengan Rasulullah ke syurga termakbul...amin3x Ya Rabbal alamin.



If tommorow never comes...

My dearest daughters...Hannah, Amani & Humaira...Mommy doakan dan sentiasa mendoakan untuk all of you menjadi muslimat yang sempurna, seorang hafizah dan hamba Allah yang taat dengan suruhanNya, dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Semoga kehidupan anak2 mommy penuh dengan mahabbah terhadap Allah & RasulNya. Maafkan mommy sekiranya I'm not a perfect mom for all of you as I'm doing everything that I can, dengan izin Allah SWT untuk memberikan yang terbaik...segala yang buruk datang dr mommy dan hanya yang terbaik datang dari Allah SWT. Please take good care of your daddy for me...I love all of you so, so, so, so much...Insya Allah, kita semua akan melalui titian silaturmustaqin bak bintang bersinar dan berada di belakang saidatina Aisyah R.A sebagai para muslimat yang solehah...amin3x Ya Rabbal Alamin.



If tommorow never comes...

Sahabat-sahabatku...ampuni segala dosa2 ku...mohon maaf sekiranya gagal menjadi teman & sahabat yang sempurna. Ketahuilah bahawa telinga, diri dan hati ini ikhlas mendengar setiap luahan, permasalahan, kesedihan, kegembiraan, kebahagiaan dan segala2nya...setiap kesedihan kalian, adalah luka di hati ini...setiap kegembiraan kalian, ibarat bunga mekar yang menyinari hidup ini. Semoga diri ini telah menjadi sahabat yang ada di waktu duka dan menjadi penyokong di saat gembira,,,I love all of you very much...semoga kita bersama-sama berada dalam rahmatNya dan mendapat syafaat rasulullah SAW di hari depan kelak...amin3x Ya Rabbal alamin.



Ya Allah Ya tuhanku...sekiranya esok bukan untukku, berikanlah kesempatan beberapa ketika ini untuk menerima taubatku, ampuni segala dosa2ku dan berikanlah aku rahmat dan limpahan hidayahMu...tempatkan aku bersama-sama hamba2Mu yang soleh/solehah...amin3x ya rabbal alamin...



Selamat Ulangtahun ke35 buat diri sendiri...sekiranya esok masih ada, jadikanlah ia permulaan untuk menjadi seorang hamba Allah, anak, isteri, ibu dan sahabat yang sempurna, solehah...serta mengikut setiap suruhanMu, syariatMu dan menghidupkan sunnah rasulMu...amin...amin...amin...

Tuesday, October 11, 2011

Can you stand the rain, sayang...

On a perfect day, I know that I can count on you

When that's not possible, tell me can you weather the storm

Because I need somebody who will stand by me

Through the good times and bad times

He will always, always be right there


Sunny days, everybody loves them

Tell me, can you stand the rain?

Storms will come, this we know for sure

Can you stand the rain?


Love unconditional, I'm not asking this of you

We've got to make it last

I'll do whatever needs to be done

Because I need somebody who will stand by me

Through the good times and bad times

He will always, always be right there


Can you stand the rain?

No pressure from me

Because I want you, and I need you, and I love you

Will you be there for me?

Can you stand the rain?

Semoga Allah SWT merahmati ikatan perkahwinan ini dengan segala nikmat, rezeki dan himpunan hidayah...Amin, amin, amin...

Monday, June 6, 2011

How is it to be...ME!







Sometimes...people around me couldnt help it but to ask...how is it to be married with a singer? My answer is very simple...is like married to a man that you love but the bonus part is, your husband is a public figure. There's nothing abnormal about marrying a singer, they still eat when hungry, sleep when sleepy etc...so, they're just humans, and wanted to be treated like humans...=)


What is to be ME? Haha...hard, I may say. It's actually a warning. Don't ever dream to be ME because my life is not as beautiful as you imagined. Haha, I'm not talking about my love life, marriage and family hah...it's about my general life, at work etc...


You can imagine people talking BAD about you bt you actually never spoke to that person...and you can ask me how I feel, I feel funny...it's funny, because I actually never bother to feel irritated but there's a question poppin' in my head..."Who are you, and why are you talking shit about me?"


You can imagine people making bad stories about your partner, your marriage and family...well, I face that from day 1 I'm with my hubby as a boyfie/girlfie...the stories never stop until now, after we have 2 kids...and maybe until we die...gosh, that bad huh! =)


You can imagine people make fun of you, making a group to talk bad things about you...it's like peserta AF that have their own fanclub but mine, I Hate Jaja fanclub...haha...yeah yeah...not to that extend, but kinda like it laaa...omaigod, I just don't know, what did I do to receive all this...


And so many things...at work, outside of work, with people around me...etc...sometimes, I just don't know how to trust other people, and I hope these friends that I have around me are real...I love you girls (u know who u r)...=)

Thursday, May 5, 2011

Pros & Cons

Masih dalam mode : Maid nak balek....sob sob...

***Mode mengubat hati***


Will I be okay without a maid? I think, I'll be okay....(I think so....)

Pros :

1. I'll be the only queen in the house and also I can manage the house chores on my own style...=)

2. The kids, only rely on me...and the bonding will be stronger...Amin

3. If we were planning to go for a vacation, we can actually booked a normal room, no more suite that cost us a lot...just because my hubby is not comfortable to be in the room together with a maid...anyway, it's not proper as well...=)

4. Family time : Lebih privacy...

5. The kids will be more independent and after this we're thinking to shift the kids to other room...yeehhaaaa!!! =)

6. It's time for the kids to speak proper Malays rather than Indons...haha

7. I think, without a maid, the kids tak spoil sangat...


Cons :

1. I'll be doing all the house chores whether I'm having a very bad headache or penat...there's no one yang akan bantu lagi...sob sob

2. I have to spare some of my cuti utk standby if the kids demam, sakit etc...If I have a maid, kalau one of the kids demam biasa, I just leave them at home...kalau serious sangat2, baru I take leave...

3. No more lagi orang yang akan bangun pagi2, and tolong mop lantai serta basuhkan kain...i have to do it sendiri, after this...

4.I'll be alone at home with the kids kalau my hubby outstation or ada kelas malam...kalau ada my maid, kitorang selalu share tgk TV and dramas...=)


Well...banyak lagi kot...ahahahaha....

Thursday, April 14, 2011

Jangan buruk sangka dengan Allah SWT

Dugaan paling berat adalah dugaan bila kita memutuskan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Untuk menguji keimanan dan tanda keikhlasan kepada Dia, diturunkan dugaan. Mungkin ada yang berpatah balik kerana tidak tahan diuji...dan, ramai yang berjaya menahankan diri.

Saya adalah salah seorang yang menahankan diri...terlalu banyak dugaan. Saya tidak tipu...airmata tumpah banyak kali, keimanan goyah acapkali...dan seringkali saya bekalkan diri dengan buku doa Rasulullah, sentiasa ada dalam tas tangan. Saya berikan diri ruang untuk beribadat dan tidak mahu memberi ruang rasa sangsi dengan kasih sayang Allah SWT...apabila kita sampai ke penghujung ujianNya...bila kita mampu bertahan, kita akan tersenyum kemenangan. Insya Allah...


"Ya Allah...kuatkan hati dan keimanan ini untuk kuat mengingatiMu, kuat beribadah kepadaMu dan kuat menahan dugaan dariMu. Kuatkan rasa keimanan agar tidak pernah buruk sangka dengan dugaanMu dan segala yang kau berikan biarpun itu bukan kehendakku. Amin."

Saturday, April 9, 2011

Review VCO


Salam to all...

Okay, it's been a while since I promised to update about VCO Catalyst. Okay, it's been a month I've been taking this suplement. From my point of view, it's very good but anybody with the impatience attitude, this is certainly not the suplement for u...kesannya bukan lambat tetapi ia sangat teliti...=)

Teliti, apa maksudnya? Okay...ini explanationnya...

* If you guys memang ada penyakit2 contohnya migraine, sinus, masalah kulit berminyak, asthma...etc...ia akan heal dulu penyakit2 nie...suplement ini memang jelasnya, bertindak dr dalam.

So, in my case, my sinus and my asthma memang teruk..cuma tak show sgt kat skin. But, one week ambil VCO, terus trigger my flu, batuk...demam and a little bit of asthma...flu & batuk tu keluar phlegm...awal2 pengambilan, warna phlegm tu macam tak tahulah nak explain, maknanya memang lama sgt dah, tersekat...about 3weeks jugak nak settle semua.

*After that, ia akan heal other problem pulak...skang ni, I tgh ada pimples kat dagu. Ini adalah area yg selalu problem time period or kadang2 tak semena-mena keluar jerawat. So, let it be, I biar saje VCO bertindak utk settlekan masalah kat situ pulak. =)

*Memang betul, VCO mengurangkan minyak di wajah. Bangun pagi dah tak oily macam dulu. And after basuh muka pun macam tu. Rasa best je.

* Bersin pagi and alahan pada seafood juga dah sangat berkurangan. I likeeeeee....=)

I think, untuk kesan2 lain, I have to take another bottle. Sekarang ni, I ambil VCO dan Collagen Catalyst sekali. Best sgt rasanya! Okay, I will update ion one month time about both suplements yah!

Friday, April 1, 2011

Friday Sharing - Doa2 Ketika Wudhu

Doa ketika hendak berwudhu

"Segala puji hanyalah bagi Allah yang telah menjadikan air suci lagi mensucikan."


Doa ketika hendak berkumur

"Ya Allah, berilah daku nanti minum segelas air dari telaga Nabi-Mu Muhammad SAW yang akan membuatku tidak dahaga lagi sesudahnya selama-lamanya.


Doa ketika hendak membersihkan kedua lubang hidung

"Ya Allah, janganlah Engkau halangi kami dari ni'mat-Mu dan keharuman bau syurga-Mu."


Doa ketika hendak membasuh wajah

"Ya Allah, putihkanlah wajahku di hari wajah semua umat manusia ada yang putih dan ada yang hitam."


Doa ketika membasuh kedua tangan

"Ya Allah, berikanlah kepadaku kitab catatan amalku dengan tangan kananku. Ya Allah, janganlah Engkau berikan kepadaku kitab catatan amalku dengan tangan kiriku."


Doa ketika mengusap kepala

"Ya Allah, hindarkanlah rambut dan kulitku dari neraka dan naungilah daku di bawah naungan Arasy-Mu di hari yang tiada naungan kecuali naungan-Mu."


Doa ketika mengusap kedua telinga

"Ya Allah, jadikanlah diriku termasuk orang-orang yang mahu mendengar perkataan lalu mengikuti yang terbaik daripadanya."


Doa ketika membasuh kedua kaki

"Ya Allah, teguhkanlah kedua telapak kakiku saat berlalu di atas shirath."


Doa sesudah wudhu

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, jadikanlah rumahku terasa lapang bagiku, dan berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepadaku."


Amin, amin, ya rabbal alamin.

Monday, March 21, 2011

SAKIT

It's more than 2 weeks...my condition is not very good...cough, flu...fever, migraine...asthma...u name it, I got it! Worst ever...
Itulah dia kan, bila Allah SWT menurunkan dugaan kepada hambaNya, dalam pelbagai cara. Risau juga dibuatnya. Insya Allah, berkat kesabaran dan makan ubat ikut arahan doktor, mesti okay kan.
An apple a day, keeps the doctor away. Obviously, I missed an apple and I've been sick for days...LOL...Probably, if it's only cough without the flu, or flu without the migraine, I will be okay kottt....but, it's more of like a package which I have to accept every single pains in one time. God! *miserable*
Mr Shayang cakap...maybe it's because of the suplement that u took kot, yg buat trigger all this...probably...but, I baru je ambil VCO tu, so takkan la kesannya sampai macam ni...hmmm...kottt...
Huwaa...sedih pulak...nak baik cepat!
Friends, doakan saya ya...

Tuesday, February 1, 2011

Petanda itu : Airmata tumpah.

Salam to all...
How are you? Untuk yang menyambut CNY, Gong Xi Fa Chai...atau bila Hannah wish her friends..."Gong Chi Ka Chai..." Jenuh ajar, itu juga bunyinya. Hehehe...=)
You all, percayakan mimpi? Orang kata, mimpi ni mainan tidur. Tapi, ada juga petunjuk dari Allah SWT hadirnya dalam mimpi. Mungkin ada pesanan dariNya yang meminta kita untuk menghayati dan berfikir. Namun, tafsiran mimpi, bukan sembarangan orang boleh buat...ni bukan style pakai tapak tangan la...Madam Zora la...=)
Tadi, saya terjaga dalam jam sebelum 3am...saya bermimpi langit terbelah dua. Dalam mimpi itu, saya menyangkakan dunia sudah kiamat. Namun, saya tetap tenang. Apabila langit terbelah dua, suasana itu sangat meremangkan bulu roma...takut. Gelap...takut. Namun, saya tenang, serius. Setelah beberapa lama, muncul teman...dengan merambu airmata, dia berdoa agar terangkan alam. Kami rindukan cahaya dari Allah SWT...seketika itu juga, lamgit cerah dengan pancaran cahaya yang terang...Subhanallah. Mimpi itu sangat menakjubkan. Dalam mimpi itu, saya menangis. Bersungguh. Teresak-esak. Esakan itu, airmata itu masih saya rasa biarpun sudah terjaga.
***Saya perlu berubah...=)

Friday, December 17, 2010

This feeling again

Salam to all....
Very busy, very busy...there's a lot to share but the time seems very short for me lately. 24 hours is not enough, I guess...=)
Okay...okay...lately, I have this odd feeling about somebody. Really odd sampaikan naik rimas. Odd sebab I hardly know this person but, d feeling ni datang macamla dah kenal 10 tahun. Hmmm...I wont mention what type of feeling, but it's just not right.
Maybe ini ujian Allah SWT, and I will try to face it as matured as I can. Dalam kesibukan with this new job and everything, ada la pulak benda macam ni datang kan. Memang rimas. Awal-awal tu, tak la terasa sangat, but bila start layan, hah...kan dah. Dosa taw Jaja!
Hahahahaha....mesti ada antara u ol yang dah buat teka teki kan. Jangan sampai terteka yang salah sudahlah kan...=)
Til next time...bye!
Have a nice weekend! LOL...next week, I cuti....jgn jealous!

Monday, November 29, 2010

When we say...I DO

16th of June 2007...it's been 3 years plus of marriage, I may say that I'm blessed with a loving husband...and 2 darling kids. Sepanjang 3 tahun, bukan mudah...ada ketikanya bermasam muka, kelancaran bercabang...namun semuanya diatasi dengan cara matang. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Kalau mahu sebut mengenai dugaan, tidak kira siapa, status apa...semua ada dugaan. Dan, kita harus percaya, Tuhan turunkan dugaan kepada hambaNya mengikut keupayaan hambaNya. Berat atau ringan, semuanya mampu dibebani...terpulang kepada kita menerimanya sama ada dengan dada terbuka atau mengambil peluang mengatasi dengan langkah pendek.
Saya anggap, setiap dugaan dan permasalahan sebagai sesuatu yang boleh merapatkan suami isteri. Kita sit down and discuss, malahan menyelesaikan bersama-sama. Mungkin juga...menangis bersama. Dengan siapa selain Allah SWT, yang mampu memahami...spouse kita, Insya Allah. I have a hubby and a soul mate yang memahami setiap satu benda dalam diri ini. Setiap kali kami dilanda dugaan, berat atau ringan, menguji atau sekadar jenaka, kami terokai dan tangani bersama. Ada ketikanya, saya cool...ada ketikanya, suami cool...dan ada ketikanya, kami berderai airmata bersama...dan banyak kali, kami gelak bersama-sama...
Kasih sayang ni bukan sekadar kita menerima dan memberi...tetapi juga belajar memahami dan menerima kenyataan baik serta buruk. Bila kita kata, I Do, kita bukan sahaja berkata janji tetapi juga memegang amanah sebagai isteri...dan juga ibu. Apa juga keadaan, baik atau buruk, saat indah atau sebaliknya, kita harus cuba bersama-sama. Kesabaran hari ini, Insya Allah, Tuhan akan kurniakan sesuatu yang lebih baik esok hari. Tangisan hari ini, sekiranya kita bertawakal dan bersabar, akan ada senyuman pada esok harinya...semua ini sudah dijanji Allah SWT. Yang penting...kita tidak lupa pada Nya...

Wednesday, November 24, 2010

MANUSIA

Bila seorang wanita hamil, dia belajar menyayangi seseorang yang tidak pernah dikenalinya, tidak pernah bersua muka dan tidak pernah bercakap berdepan. Namun, melalui naluri dan rasa kasih sayang kerana seseorang itu menjadi sebahagian darinya, dia tetap melayan dan menjaga sehingga tiba masanya bersua muka. Itulah kuasa seorang wanita, magikalnya apabila bergelar ibu...dan kebahagiaan serta cinta yang lahir tanpa perlu dipaksa atau disuruh-sarah...=) Indahnya bila bergelar ibu.
Manusia...gemar membuat judging sehingga dia lupa..."Aku juga manusia...aku dilahirkan tidak sempurna...aku juga buat kesilapan, dan aku juga buat dosa...dan hukuman terhadap dosa yang aku buat, sama seperti manusia lain yang membuat dosa yang sama..." Namun, ada manusia yang menganggap dirinya...SUCI. Ada ke? Jawapan yang tepat, TIADA...Jadi, haruskah seseorang manusia atau segelintir manusia yang suka membuat telahan, andaian sehingga timbulnya sesi mengumpat, mengata dan akhirnya...membuat fitnah. Orang sebegini, I gelarkan...MANUSIA TIDAK SEDAR DIRI!
Keras post kali ini...airmata entah tumpah kali ke berapa...renung kembali, mungkin hidup aku ni, banyak sangat mengundang dosa kepada orang lain. Kenapalah diri suka dijadikan subjek mengata dan mengumpat sedangkan...aku tidak pernah campur hal orang lain. Sampaikan, ada yang buat statement...."Kalau nak tahu, jaja ni jd bahan umpatan kitorang..." Banyak pahala yang aku kumpulkan...Thanks!
Aku mempunyai cara yg berbeza untuk menonjolkan diri...mahupun, kadang-kala bila aku bersendiri, aku lebih senang melayan apa yang boleh memberikan ketenangan. Daripada menghimpun geng mengata orang, lebih baik aku melayan diri dengan mengadap laptop...ataupun mendengar MP3...tak kurang juga main games...mungkin ada yg kurang senang, tapi bukan sepanjang masa pun...bila ti ba waktunya aku harus mempunyai masa untuk melayan apa yang terbuku di hati...kalau itu menjadi masalah pada orang lain, haruskah aku minta maaf?
Jangan sibuk umpat orang lain...diri sendiri belum tentu sempurna...lagi satu, jangan di depan bukan main baik, tapi belakang...dialah ketua segala syaitan!

Tuesday, November 2, 2010

e@siswa...goodbye!

Hi...all...
Hmm...I'm still in shock. I just couldn't share anything with anyone right now...I have all these feelings inside of me, it's like all of it going to explode...just like Gunung Merapi di Jogja...lama menanti untuk meletup...beginilah juga perasaan di dalam diri ini.
Okay...1st of all, I'm going to announce that officially e@siswa closed down on Fri, 29th Oct @ 9.15am...It's been a shock to d whole team...because we just got back from Gambang, Kuantan and we managed to straight some things, events and deals with Pejabat Pendidikan Pahang. And, we planned to boost d magazine thru out Malaysia by next year. It's been cleared to all of us that our plan for 2011 will make a good turn for e@siswa. Tapi, tu semua sudah punah. Clearly, Dec issue pun takkan keluar. Obviously, Nov issue adalah edisi terakhir untuk pembaca setia e@siswa.
Kak Jie, Cik Usna and Addin...all of us are still sad with the management decision towards e@siswa. We tried our very best to pujuk and promise untuk naikkan sale e@siswa. But, when dealing with ringgit & cents, we couldn't say much. We will pray that our 'abang', Fokus SPM will make it's brightest way to boost the market, as Fokus SPM will soon carry the responsibilities of PMR & SPM students. Good luck to the team...
Actually, kami sempat ambil gambar team di Genting Sempah...on our way back to KL pada 27th Oct 2010. Masa tu dah petang la...secara kebetulannya, all of us are in black that time...and, out of our expectation, rupanya...itulah gambar terakhir team kami. Tak sempat pun nak show off pada readers. I will post the pictures once I got it from Joe Zakaria, our photographer that time. Thanks Joe!- dah resign pulak si Joe ni kan...
To Kak Jie...'mokkkkk'....anak sulung sayang 'mokkkk'....maaf ya kalau ada terlanjur kata dan perbuatan...apa pun, biarpun sekejapan, 'mokkkk' tetap best...!!!
Cik Usna...adikku manja...it's been nice working with u...U helped me a lot...we gave each other strenght and supports...Thank u very much!
Addin...kamu sangat baek! Aku sayang kamooo....
Pe pun...sob sob...memang saya sedang nangis...masih menangis dan akan terus menangis bila tgk sekolah, bila tgk budak pakai baju sekolah, bila PMR berlangsung, bila PMR dimansuhkan...and bila lalu di SMk Gambang, Kuantan, SMART, Kuantan & SEMSAS, Kuantan...serious...nangis!!!
Bye e@siswa. Bye....forever!
 
Images by Freepik