Monday, August 2, 2010

REMPEYEK FOR HARI RAYA...


Ramadan...akhirnya, muncul juga. Yeay!

Salam all...

Hati ini berbunga riang sebabnya bulan Ramadan is just around the corner. Dari zaman sekolah sampai kini, I just love the month of Ramadan. Sukar hendak ditafsirkan, namun perasaan dan hati, sangat tenang apabila tiba bulan Ramadan Al Mubaruk. Itulah dia kurniaanNya. Alhamdulillah, tahun ini, Insya Allah, akan menunaikan ibadah Ramadan untuk tahun ke3 sebagai seorang isteri dan tahun kedua sebagai seorang ibu...Alhamdulillah.
Di bawah adalah Niat utk berpuasa dan buka puasa. Dipetik dari http://www.chokilala.com. Thank you.

LAFAZ NIAT PUASA


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa

LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN



sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala

DOA BERBUKA PUASA



allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin
So, semua, Selamat Menyambut Ramadan Alk Mubaruk. And, after this, kena berblogging secara hemah la ya...=)

Selamat Hari Raya...errrr????











Tuesday, July 27, 2010

Let by gone, be by gone...

Salam all. *wink*
Orang kata, cemburu itu tanda sayang. *blur* Kenapa pulak? Adakah benar, cemburu itu tanda sayang? Mungkin ada juga kebenarannya dalam 50%...Kenapa saya kurang setuju, sebab...saya sayangkan semua orang keliling saya, namun jarang pula saya mahu berasa cemburu. Lagi pulak, saya sangat mengelak untuk membius hati dengan perasaan cemburu...NOPE! Bukan ego, tetapi, buat apa menyeksa hati memikirkan sesuatu yang tidak seharusnya difikirkan keterlaluan. Kadang-kala, permainan hati dan fikiran lebih jahat dari permainan syaitan...betul! Kenapa pulak, sebab, permainan hati dan fikiran ini menerawang terlalu jauh sehinggakan sesuatu yang tidak terjadi pun, kita boleh jadikan ia realiti seperti betuk-betul kejadian sebenar. *wink* Betul tak? =)
Dulu, masa arwah bapak masih ada, dia selalu berpesan...jangan suka-suka nak bermain-main dengan 'old flame'..let by gone, be by gone. Awal-awalnya, saya tidak faham, ye la, waktu itu, saya tidak ada pun old flame...boyfriend pun tak ada, macamana nak ada bekas kekasih kan...Ketika itu, saya berada di Tingkatan 5. Apabila memasuki usia 20an, saya mulai memikirkan mengenai pesanan arwah bapak. Ada benarnya. Kenangan bersama kekasih lama itu patut ditinggalkan ke belakang apabila kita sudah mempunyai orang baru. Tambahan, sekiranya kita sudah berumahtangga, lebih baik jangan ada connection langsung dengan orang lama. Kenapa? Ia akan merosakkan rumahtangga. Period.
Mesti you all pernah dengar dengan kata-kata seperti, biarpun sudah berpisah namun kami masih kekal sebagai kawan baik...hikhikhikhik...ye ke? Saya tetap percaya, lelaki dan perempuan tidak boleh jadi kawan baik. Mungkin ada tetapi bilangannya boleh dibilang dengan jari tangan dan kaki seorang manusia. Maknanya, tidak ramailah...Kalau kita sudah berumahtangga, buat cara orang berumahtangga. Old flame, kekasih lama tu, lupakanlah melainkan kalau masih nak menggatal. Lagipun, untuk mempunyai komunikasi sebagaimana dulu-dulu, ia akan mengundang rasa kecil hati pasangan kita kini. Kesian dia, kenapa harus ada kawan baik lain sedangkan suami/isteri sendiri pun boleh jadi kawan baik untuk berkongsi suka dan duka...betul tak? So, janganlah cari alasan. Biarlah bekas kekasih tu dengan kehidupan dia. Jangan sibuk-sibuk atau ambil tahu. Cukup-cukuplah tu...
Perkahwinan dan pernikahan adalah satu ikatan suci yang harus kita jaga. Syaitan akan bersorak riang apabila masjid yang dibina runtuh satu persatu. Sekiranya kita boleh elak masalah dan kontroversi yang boleh meruntuhkan rumahtangga, elakkanlah. Jangan cari pasal. Pendek kata, bila sudah pegang status suami atau isteri, atau lebih best lagi, mommy atau daddy, fokuslah pada membina keluarga. Cari rezeki pun isteri dan anak-anak, atau pergi kerja untuk membantu suami dan menyara anak-anak. Hati kena bersih, jiwa kena tulus dan layan suami/isteri sebaiknya untuk membina rumahtangga harmoni. Soal lain yang remeh-temeh, tolak tepilah...Tak penting!
Kalau mahu ada skandal, fikir dulu ini...
* Masa kahwin, belanja untuk hantaran, pakaian pengantin, gifts tetamu, cake 6 tingkat, pelamin etc...ribu-riban...lepas tu, suka-suka je nak ada skandal and runtuhkan rumahtangga sendiri. Baik jangan kahwin dulu. Buang duit je. Membazir kan amalan syaitan...*wink*
* Masa mahu bersalin, belanja nak bersalin, bukan main mahal. Nak beli barangan anak-anak pun, sampai berikat perutlah...lepas tu, ada hati pulak nak ada skandal dan kemudian menambah cawangan sana-sini. Mahu ada yang miss soru kan, kan,kan...hmmmph!
* Nak layan suami/isteri seorang pun susah, ini kan nak menambah masalah untuk ada skandal...itulah yang ada pakai HP sampai 2,3, and number pun ada 2,3...senang skandal A atau B nak kol kan...kan dah tambah bill pulak...jangan membazir. Dosa.
Pendek kata, dah kahwin buat cara dah kahwin. Dah ada anak, buat perangai elok-elok supaya boleh jadi contoh pada anak-anak. Old flame ke, skandal ke...buang jauh-jauh. Semua itu hasutan syaitan yang mahu meruntuhkan masjid anda. =)

Thursday, July 22, 2010

Back to school Mommy!!!


I really want to pursue my studies to masters level. However, due to constraints of time and commitment as a mother and wife, so I have to forget my dream for a while until the children are big enough. Moreover,study has no age limit, any time also we continue with our studies.

So, I said to my husband that I wish to take a course at Dewan Bahasa dan Pustaka. The course is the translation (basic course), and then, I want to pursue to the advanced translation course. If the time and money mengizinkan, I also want to take writing courses in Malay and English.
I have enrolled in Translation Unit of Malaysia and I hope everything will as I planned. I am very excited and so can not wait to pursue this short courses. Even though there is no graduation ceremony, and cloak and scrolls, but I am still excited. My intention is to work from home and have more time with my children and husband.
Perhaps I repeated the same stories and dreams in this blog. Yes, it is true, I would like to have more time at home. I want to help my husband and my children and educate them myself. Best kalau jadi kenyataan! =)

Thursday, July 15, 2010

"Saya nak kulit gebu...putih melepak- tapi saya hitam manis..."

Hello...
You know what, since I first get to know about browsing and blogging, I love to surf and search for beauty products, as well as shop online (clothings) and also slimming products...heee...=) well, banyak la pros and cons nya, macam ada orang kata, shopping online ni banyak risikonya. Memang betul, namun it's depending on ur luck...serious...really, you have to gamble when u decided to shop online. U have to bear in mind, probably the shirt wont fit u, or maybe the fabric it's totally not ur taste...U cant refund it, what u can do is you resell it online...=)
Lately, I love to shop slimming products (yang selamat lah) guna webbie online that can be trusted...macam juliaeswardrobe.blogspot. I beli slimming jamu from her, as well as DCL's products...and I got discounts lagi sebab jd member...hmmm...sangat berbaloi. Last 2 weeks pulak, I search for beauty regime online...dah fed up kot dengan beauty regime yang I dah guna for more than 3 years...I think macam dah immune kot my skin nie...but nway, I pun browse la net...
Hmmm...banyak juga local products kan. I okay dengan local made products sebab I pernah guna skincare Cleopatra for almost 6 years. Okay, tiada masalah and buatkan I terpaksa tukar product ke dermatologist based adalah disebabkan my skin kena infection masa buat facial...(bukan saloon cleopatra)...teruk sangat my skin jadinya, sampaikan I rasa nak menangis tau. Masa tu, I terpaksa ucap bye bye pada Cleopatra sebab doc suggest I guna produk dia...mahalnya, memang cekik darah hokeh!!! =( Tapi, tak sampai 6 months pun I pakai, I changed pada Biotherm. BAGUS! Tapi, sebabkan it's too pricey, maka I changed to Eucerin after 6 months jugak. Okaylah, tapi Eucerin nie moisturiser tak ada SPF, so my skin jadi gelap sikit. Tapi I continued dengan Eucerin sampai setahun and then I switched pada ZA, True White. Puas hati, dah lebih 3 tahun I guna product ni sampai kini.
Biasalah, nama pun manusia. Tak pernah puas hati kan. I macam bosan pulak dengan ZA, agaknya sebab terlalu lama gunakan produk ni, nak cuba juga produk baru. I try Nano White...hmmm...nyesal, I naik jerawat okay. Tapi bukanlah banyak pun, 2 ketul je la...terus stop and I guna ZA balik...lambat nak surut...so, I browse la online, macam teruja pulak nak try Tia Amelia...bila baca testimonial dalam few webbies, banyak positif...tapi, bila baca yang negatif tu, esp aster stop using Tia Amelia, rasa berbelah bahagi pulak...
Kalau produk tempatan nie, memang banyak sangat yang nak memutihkan kulit. Best sangat ke kulit putih, rasanya macam susah je nak jaga. I nak kategorikan putih melepak tu, biasa je la...tapi, taklah hitam manis kan. But, I tak pernah pulak berminat dengan produk pemutih nie...tambah pulak, kalau yang memang dilahirkan hitam manis, nak juga putih...hasilnya, muka putih tapi tangan tak putih...camno tu? =) So, apa kata kita semua bersyukur dengan apa yang Allah SWT anugerahkan kepada kita...betul tak? putih ke, hitam manis ke, biru ke..kita kan orang Malaysia? Ewahhh....
Okay, shall I try Tia Amelia, or tak payah?
 
Images by Freepik