Friday, October 28, 2011

Aurat Wanita

Penutupan Aurat Wanita

Thursday, October 20, 2011

He's supposed to be 73 today...

Al-fatihah to Allahyarham Haji Ismail bin Mohd Baki, my father yg sepatutnya berusia 73thn today. Allah SWT lebih menyayanginya dan dia bertemu dengan Penciptanya pada 1 Jun 2004. Dah 7 years bapak pergi but d warmth of his loving touch, careness n all his jokes still remain fresh inside of me. Probably, being d youngest ang plg close dgn dia menjadikan pemergian arwah meninggalkan kesan yg sgt mendalam.

Setiap yg hidup pasti akan mati kerana itu janji kita denganNya. Sewaktu dalam kandungan ibu, kita mengikat janji dengan Allah SWT dan sudah diterangkan mengenai kitab lahul mahfudz kita...apabila dipersetujui, barulah ditiupkan roh dan kemdiannya setelah cukup 9bln 10hari, kita dilahirkan. All of us lived dlm dunia dgn amanah kpd Allah SWT. Namun, adakah kita memegang amanah itu sebaiknya? Wallahualam...

Tuesday, October 11, 2011

Can you stand the rain, sayang...

On a perfect day, I know that I can count on you

When that's not possible, tell me can you weather the storm

Because I need somebody who will stand by me

Through the good times and bad times

He will always, always be right there


Sunny days, everybody loves them

Tell me, can you stand the rain?

Storms will come, this we know for sure

Can you stand the rain?


Love unconditional, I'm not asking this of you

We've got to make it last

I'll do whatever needs to be done

Because I need somebody who will stand by me

Through the good times and bad times

He will always, always be right there


Can you stand the rain?

No pressure from me

Because I want you, and I need you, and I love you

Will you be there for me?

Can you stand the rain?

Semoga Allah SWT merahmati ikatan perkahwinan ini dengan segala nikmat, rezeki dan himpunan hidayah...Amin, amin, amin...

Monday, October 3, 2011

A mother expectations

As salam...


I think everybody would have the same experience during our school days...the parents expectations towards us to score in our exams. Sometimes, parents cannot help it but to push to the limit, just to make sure that we study and score. And that time, we wish that they just leave us alone and let us study in peace. =)


Now, I understand why parents, expecially the mothers wanted their kids to do their best, scored and be the best in class. I'm a mother now and facing a kid, for the first time, to take exams (actually, assestment test LOL), I'm the one who couldn't sleep...and pushing here and there, just to make sure Hannah do her best.


This morning, kata-kata dari si suami benar-benar melegakan. Sesuatu yang tak ternampak kerana terlalu risau Hannah akan main-main dalam examnya. Hannah baru berusia 3 tahun 6 bulan...and we in that age, apa yang kita buat? Maybe ada antara kita yang masih belum tahu A.B.C or count from 1-20...and masih belum differentiate between number 1-10...and belum lagi ada background arabic and mandarin...sometimes, shapes pun leh dapat bezakan...=) And I expect a 3 year old plus untuk tahu melebihi hadnya...haha...itulah dia ibu...kadang-kala, kejam! =)


Today, Hannah akan face Bahasa Melayu, esok, Mathematics, lusa, Science and on Thursday, Pendidikan Islam/Arabic...I learnt few new words in Arabic...Baitun (rumah), banaatun (sejadah), burtokil (limau) and baabun (pintu)....semasa revision, both me and hubby bantu dia but she can actually count and kenal huruf, numbers...cuma, bab writing dia agak lemah...if numbers and huruf yang payah sikit, dia confused...kesian. But, dia kenal...kalau ada oral test, Insya allah dia score...ahahaha....


My prayers for her...Insya Allah, dia akan buat yang terbaik...I have faith in her...=)


Wednesday, September 28, 2011

Ala Arabic Diva




I'm in the mood for a black eyed style...what??? Haha, I mean d arabic diva thingy...just love it and perfect for my small, asian eyes. I just ordered Miss Rose Kajal Eyeliner, it's shape just like a black colour crayon but perfectly draw a perfect set of eyes...especially my small eyes nie...


Ok, I will review the product once it arrive...Thanks to twentyeight.shop1 who sells it for RM10, a very cheap price for a good brand of crayon eyeliner...love it!

Tuesday, September 27, 2011

Blog shoppin'











As salam. I came across this page masa suka-suki browse for blogshops. Laa...owner shop ni add I as a friend tapi tak perasan. So, I accepted because my friend's ada jual accesorries dia kat sini. AnnaYHusin Accesories. Nice, murah and stylo. Love it!


But, yang paling best ialah the owner of Twentyeight Shop ni jual make up. Hah, ini paling best. Miss Rose adalah jenama paling popular di Dubai, and make up palletenya sangat kebaboom! Why? The colours memang superb but banyak blogshops jual dengan harga yang agak mengecewakan. Mahal. But, at Twentyeight Shop nie, harga paling BEST!


48 colours pallete hanya RM25 including postage. Hah, murah kan...48 days mata u ols macam rainbow dengan warna-warna gemilang Miss Rose ini. Ada foundations, blusher, brushes and macam-macam, semuanya harga best! I ordered 2 pallete of Miss Rose's colour pallete and also eyeliner yang bentuknya macam crayon, supaya mata ala-ala minah arab gitew...*wink* Eyeliner tu hanya RM10 satu...hah, amacam, cheap rite??? Yeay!!!


So, apa kata u ols browse page Twentyeight Shop ini, and add as friend, an u girls can start shopping!

Monday, September 26, 2011

Pesanan seorang Ummi...

As salam.


Alhamdulillah, sampai juga saya ke Darul Faliq, TTDI,KL walaupun terlewat setengah jam dari jadual Majlis Burdah. Banyak dugaan sebenarnya untuk ke majlis hari itu...Jumaat, saya ambil cuti kecemasan kerana Amani sakit mata...mula-mula mata kanan kemudian berjangkit ke mata kiri lewat petang. Hari Sabtu itu, Amani masih cranky kerana ketidakselesaan...matanya berair, merah dan bengkak.


Jam 12 tengahari, sepatutnya saya menghantar ibu ke Spa Muslimah untuk rawatan sinus, namun temujanjinya postponed ke jam 12.30tengahari. Tamat jam 1.30 petang, dan saya terpaksa bergegas ke majlis selepas itu. Stuck di jem selama hampir 1 jam di Kota Damansara dan saya tiba-tiba sakit kepala yang terlalu sangat. Namun, kerana semangat mahu ke majlis, saya gagahkan juga...


Alhamdulillah, rezeki ke majlis hari ini, Alah pertemukan saya dengan Ummi (ibu) Ustazah Alina Al Munawwar dari Semarang. Saya memang berhasrat sangat dapat berbual dan mengambil tips dari ibu-ibu yang mempunyai anak-anak soleh & solehah, dan berharap sangat sekiranya topik kelas adalah mengenai peranan wanita, isteri dan ibu....Alhamdulillah, Allah makbulkan...Alhamdulillah. Biarpun kurang dapat memberi penumpuan 100% kepada qasidah Burdah, namun semasa tazkirah, saya dapat mendengar kesemuanya...Syukur...=)


Ummi memulakan tazkirahnya dengan mengatakan, kita patut berasa bangga dan sebak kerana Allah sayangkan kita 70 kali ganda berbanding kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Subhanallah...Beliau bercerita mengenai peranan seorang isteri dan ibu, ganjarannya sangat besar sekiranya kita melakukan dengan penuh ikhlas hati. Keikhlasan 100% itu adalah sesuatu yang paling sukar, serta berserah segalanya kepada Allah SWT juga adalah sesuatu yang mudah disebut namun paling sukar untuk dilaksanakan.


Memang benar, kasih sayang Allah SWT kepada kita besar...kalau tidak, masakan Dia memberikan ganjaran yang banyak, pahala yang berlipat ganda sekiranya kita melakukan sesuatu ibadah, sunnah dengan penuh ikhlas...terutama wanita. Seorang isteri yang menyambut suaminya pulang dari kerja dengan senyuman, ikhlas hati melayan suami dan memberikan minuman biarpun segelas air kosong, akan diberikan ganjaran setahun berpuasa...Insya Allah. Itu belum lagi kita menyediakan segala kelengkapan suami, menjaga makan minum, mendidik anak-anak...Masya Allah, banyak betul ganjarannya, yang penting hati mesti ikhlas.


Sempat, teman saya bertanyakan kepada Ummi, tips beliau mendidik anaknya, Ustazah Alina dengan begitu baik. Ummi mengatakan, setiap anak adalah anugerah Allah SWT. Setiap anak, apa sahaja di dunia ini bukan kepunyaan kita. Ia hanya pinjaman. Jadi, kita harus belajar berserah, berdoa dan bertawakal kepada Maha Pencipta untuk memberikan yang terbaik buat kita, keluarga dan anak-anak. Jadikan anak-anak ini anugerah yang terbaik, biar Allah SWT mencorakkannya...kita berdoa, minta padaNya.


Ummi mengatakan, beliau menghantar anaknya ke kelas mengaji pada usia 3 tahun dan tamat Al Quran pada usia 7 tahun. Beliau tidak memaksa anaknya untuk mengikut apa yang dimahukan malahan membiarkan anaknya memilih jalan hidupnya sama ada mahu mendalami agama atau mahu mengejar kerjaya lain. Semasa awal sekolah menengah, anaknya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama. Lalu, Ummi mencari sekolah/institusi yang terbaik...lalu, Allah permudahkan dengan membuka jalan ke Tharim, Yaman dan anaknya, mengikuti pengajian Islam bersama Habib Umar Al-Hafiz, ahlul baiyt keturunan Rasulullah yang kelapan. Subhanallah...itulah berkat yakin dengan Allah SWT...Dia akan berikan yang terbaik...


Saya juga sempat bertanyakan Ummi mengenai anak-anak saya. Hannah dihantar ke Pre Tahfiz di dalam usia 3 tahun juga. Dan kini, surah-surah muqaddam dapat dihafal dengan mudah, bacaan dalam solat juga begitu dan minatnya mendalami Al-Quran nampak sangat ketara. Alhamdulillah. Namun, di dalam usia 3 tahun setengah kini, bacaan Hannah ada tajwidnya kurang tepat dan sebutannya kurang sana sini. Dan sekiranya mahu dibetulkan kerap-kerap atau secara deras, risau dia akan demotivated. Ummi mengatakan...jangan sibuk membetulkan melainkan yang mudah-mudah kerana di dalam usia 3 tahun, pasti banyak salah sana sini. Biarpun dia memupuk kasih sayang, cintanya kepada Allah, RasulNya dan Al-Quran...slowly, di dalam usianya makin besar, tajwidnya akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Yang penting, pupukkan minat itu...=) Alhamdulillah...Semoga Allah SWT menjadikan Hannah seorang Hafizah, Berakhlak mulia, bijak di dalam agama dan pelajaran serta menjadi contoh terbaik untuk adik-adiknya...Insya Allah, Amin, amin, amin....=)


Dan banyak lagi sharing Ummi yang saya akan kongsikan dari semasa ke semasa...Masya Allah...syukur...
 
Images by Freepik