"Kau berdiri je kat tengah...kiranya, kau macam ratu laa..." ingat lagi kata-kata ini ketika sedang menjalani latihan utk malam makan malam KKSB, about 5 years ago kot...that time, I was very active dengan Broken Angels, a group of dancers yang popular kat ofis...:) perintisnya adalah si anip, masa tu dia masih writer for MH...kemudian dinaikkan pangkat ke Edt last year...sayangnya, dia tak sempat menerajui Klik! kerana Allah SWT terlebih dahulu menjemputnya...Al fatihah...
Bila bercerita mengenai arwah, banyak kenangan yang kami tempuhi bersama...mahu dikatakan terlalu akrab, tidak juga tetapi rapat la sebab ketika itu kami tinggal di kawasan yang sama iaitu Pandan...Arwahnya sangat baik, tak reti la dia nak sakitkan hati orang, jauh sekali nak menggunakan perkataan vulgar utk org lain...kalau dia terasa hati, paling kuat pun dia akan buat muka...or dia bolayan je...tapi, kita usik la macamana pun, habis2 pun dia akan tersenyum atau tersipu...itulah dia Haniff Ghani...
Banyak kisah dengan Anip...ahahaha...gosip yang dikatakan I ngorat dia, is actually true...memang, tak pernah nafikan, keikhlasan utk dia memang ada tapi sebenarnya, hati tu sangat sayangkan dia sebagai seorang kawan...teman yang sangat baik, antara kawan yang baik laa...masih ada lagi VCD Veer Zaara pemberian arwah, dia berikan pada malam valentine...ketika itu, dia lalu tempat I di area Remaja dan terus menyerahkan bungkusan hadiah...terkejut juga tapi arwahnya cepat2 beredar sebelum sempat tanya mengenai tujuan pemberian tue...waktu tu I belum kahwin n belum lagi dengan my hubby...tahu, arwah berikan kerana penghargaan persahabatan...apa pun, pemberian itu yakin ikhlas darinya...
Dah tiada lagi Aniff Ghani...apatah lagi Madah Bersama Aniff, pastinya akan sunyi juga ofis tanpa suara 'sumbang'nya menyanyi...pasti makan malam kksb after this macam lain sikit tanpa perintis Broken Angels ini...
Yang penting, arwah dah memang tiada lagi...kita yang hidup, doakan semoga rohnya diletakkan bersama org yang beriman...and kalau kita teman yang baik, tak lupa sedekahkan al fatihah dan yassin padanya...
Aniff...TQ for your friendship...I'm gonna miss u...all of us are gonna miss you...RIP
Al Fatihah
5 comments:
A'kum..hi Jaja,pekabar..
sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraannya di alam barzakh,pergi nya seorang Aniff Ghani yang terlalu banyak meninggalkan kenangan termasuk lah perjalanan hidupnya bersama bus..walau pernah bekerja selama setahun di karangkraf..persahabatan bersama kekal sehingga ke akhir hayatnya..tiada yang dapat membataskan persahabatan kami kerana berpaksikan keikhlasan dan jujur antara satu sama lain.Arwah sememangnya orang yang sgt baik hati,pemurah dan manja.kali terakhir melihat arwah semasa bus sempat menghantar laporan x ray yang diperlukan oleh Dr.di hospital seremban pada isnin lalu..bus sangat terkejut melihat arwah sudah semakin tidak berdaya sampaikan untuk bergerak sudah terbatas..bus sempat sorongkan kerusi roda memandi,membersih dan memakaikan pakaian untuk anif.Itulah kenangan terkhir bus..terkilan juga rasanya kerana tidak sempat untuk menghantar 'air penawar' terakhir untuk menghapuskan bisa dan kotoran yang bersarang di dlm badan aniff yg dikatakan "dibuat orang" oleh insan berhati iblis.Apakah dosanya?dimanakah silapnya aniff diperlakuakn sedemikan rupa? Betapa seksanya Aniff menanggung derita. Itulah ikhtiar terakhir bus bersama adik beradik aniff pada mlm sabtu sebelum aniff pergi selamanya pada keesokan hari..Walau apa pun perjalanan hidupnya sudah ditakdirkan,TUHAN lagi Maha Menyayanginya daripada kita.Namun pemergianya bagai suatu kehilangan yang amat dirasai.Sebagai sahabat dunia akhirat sama-sama lah kita berdoa kebahagiaan rohnya di sana..Al-Fatihah.
kak jaja, perintis Broken Angel was Abg Richie...Arwah ANiff adalah penyambung n penggerak B.A after abg Richie let go that group. Al fatihah utk arwah. semoga tenang di alam sana. (TAZMANIA LOVER)
yes...semoga tenang...
hi jaja, shana ni... ingat lg kn ms broken angel dulu... walau kite ni belakang tabir & last minute bc sajak jer sebelum u all muncul...
rindu sangat dgn arwah...
Hmmm...hye shana...yes, arwahnya sangat baik....today bday dia kan...
Post a Comment