Monday, July 5, 2010

My dear BFFs...

Salam...

Busy,busy week...penat. Sangat penat. Pulang ke kampung, puas hati. Dapat juga tolong mak dengan kerja rumahnya dan layan apa juga kehendaknya...nak makan itu dan ini. Mak saya sudah tua, tahun ini sudah mahu menginjak 70tahun. Apabila saya perhatikan wajah mak, saya jadi sayu. Mak sudah 70 tahun, saya sudah 33 tahun...selama 33 tahun ini, berapa banyak agaknya airmata mak yang sudah saya tumpahkan. Banyaknya dosa saya...ampunkan saya ya mak...=(

Sempat saya dan suami ke pusara arwah bapak. Dulu, kalau mahu ke pusara arwahnya, jalannya lurus sahaja. Kini, makin banyak pusara baru...dan pusara arwah bapak tenggelam. Hampir sesat ya...ini menunjukkan, makin ramai saudara Islam meninggalkan kita, dan mungkin masa kita bila-bila masa saje...melihatkan keadaan itu, hati saya semakin sayu.
BFF saya....saya tidak ramai kawan. Boleh dibilang dengan jari. Mungkin teman ramai, tapi BFF, tak ramai. Prinsip saya mudah...kenapa perlu ramai kawan kalau semuanya umpama parasit. Maka lama menjalar, makin merosakkan. TIDAK...buang jauh-jauh. Pengalaman mengajarkan agar saya lebih berhati-hati memilih kawan. Last Friday, ada peristiwa di ofis. Kisah seorang teman dengan BFFnya. Inilah orang kata, kalau ikut nafsu, matikan...kisahnya, si teman ini menghamburkan kata-kata kurang enak di FBnya. Datang si teman ini, menyedari status BFFnya, terus mencetak dan berikan kepada teman yang lain. Akibatnya, teman ini sudah kehilangan kerja. Mungkin ada silapnya si teman ini, ikut kata hati di dalam meluahkan amarahnya. Namun, dia harus sedar kini, BFFnya bukan sahabat sejati. Seorang BFF tidak akan menimbulkan bala dan bencana kepada sahabatnya. Hanya menyedarkan, mungkin, tetapi bukan menganiayakan. Sangat tidak baik...seharusnya, BFF sebegini, UNFRIEND sahaja...inilah orang kata, gunting dalam lipatan. Ini pengajaran untuk saya agar tidak menjadi teman itu atau BFFnya...simpang!
Senarai BFF saya adalah...suami saya, buah hati saya...my dear brother and sisters, my dear mother and mother in law...and my dear sister in laws also my dear brother in laws....and adalah sahabat-sahabat sejati yang mereka tahu diri mereka ini sahabat terbaik yang pernah saya ada. Saya sayang semua BFF saya kerana mereka tidak perlu ada dengan kita 24/7, tetapi aura dan kehadiran mereka dapat dirasa dekat. Terima kasih sahabat-sahabat...u know who you are. Thanks a lot for being d best friends ever...I love u BFFs...

No comments:

 
Images by Freepik