B.I.J.A.K bukan sahaja dihadkan kepada bijak di dalam akademik semata-mata, tetapi turut menjurus kepada kebijaksanaan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan bijak di dalam menguruskan kehidupan etc...Dahulu, sebelum berumahtangga, aku memang menyimpul impian untuk mendidik anak-anak menjadi budak bijak. Kalau boleh, aku nak anak-anak master dalam languages more than 2...more than BM & BI, meaning, anak-anak aku nanti akan belajar juga bahasa asing seperti yang ditawarkan di semua sekolah SBP seperti Arabic, Mandarin, Japanese and French...hah, amacam, ada berani? =)
Baru-baru ini, team e@siswa berpeluang ke USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) di Nilai, N9. Cantik juga universiti nie, teringat kenangan semasa di menara gading dulu....USM rox! =) Ada Debat Bahasa Arab, heee...=) best giler. Serius, aku kagum dengan para pelajar sekarang...bukan sahaja bijak dalam pelajaran, malahan bijak pulak dalam berbahasa asing. Sangat bangga okay. Bayangkan, kita tgk debate usually in BM or BI, but now, ada debate in arabic and dibahaskan oleh para pelajar kita, orang Malaysia, orang Melayu...bangga! =) After this, akan ada debate la dalam Japanese, french and Mandarin, oleh para pelajar Melayu kita...wah, wah, wah...tak sabar jugak nak tgk kan, mesti best...
And, yesterday, aku berpeluang mengikuti Minggu Bahasa & Debat MRSM se-Malaysia. 45 buah MRSM mengambil bahagian. Teringat zaman sekolah, selepas tamat SRP (Sijil Rendah Pelajar), sekarang ni PMR la. Aku sebenarnya nak sangat masuk sekolah asrama penuh. Salah satunya adalah MRSM or Sekolah Sains yang berasrama la...bukannya apa, aku rasa, kalau aku masuk sekolah berasrama penuh, persaingan untuk aku belajar dan score lebih baik dalam SPM, lagi best kot...bila ada di daily school nie, persaingan tu tak banyak...some more, dulu, yang bijak2 semuanya ikut kelas...so, I think, kat situ je macam dah ada puak pandai, tak pandai and average...jadi, yang bijak akan lebih bijak, yang kurang pandai akan lebih tak pandai manakala yang average pula harus membuat keputusan untuk menjadi bijak atau sebaliknya...=) But, nways, I'm glad, I did score in my SPM, I did managed my 2 years as a form sixer and I survived in my 3 years as a bachelor holder...okaylah tue...=)
Semasa aku bekerja sebagai writer di Nona mag, aku berpeluang menemubual adik Adi Putra. Genius Maths tue...alalala, comel sungguh budak ni tau. Memang, dia genius. Bukan sekadar di dalam Maths malahan di dalam pengajian Al-Quran, juga di dalam bahasa-bahasa asing. Satu perkataan sahaja utk adik Adi Putra - Gifted...=) To be a genius, it's a gift from Allah SWT. So, gunakan bonus itu untuk kebaikan.
Hannah & Amani, mereka bijak di dalam cara dan usia mereka. I'm glad...Hannah boleh mengira (dengan pelat) antara 1-5 di dalam English semasa usianya kurang dari 1 1/2 tahun. Dia boleh membaca doa, berselawat dan simple zikir di dalam usia 2 tahun...I'm glad...Amani pulak, boleh mengikuti setiap physically training seperti bergerak ikut lagu, cuba mengikut segala words (biarpun tak jelas and pelat) di dalam usia 1 tahun...juga, boleh imitate dengan pantas, kalau tidak melalui perkataan, melalui gerakan...I'm very impressed...=)
Syukur dengan kurniaan Allah SWT...kurniakanlah rezeki buat aku dan suami supaya dapat menyediakan anak-anak dengan makan/pakai/pendidikan yang sempurna. Amin, ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment