Thursday, August 5, 2010

Penyapu dan ahli sihir! =)

Eeee...green face aunty!!! Hannah tiba-tiba merungkai resahnya apabila kami sama-sama ketagihan menonton Wizard Of Oz, hampir setiap hari. Sehari, 1-2 kali yaaa...=) Sama sahaja, Hannah atau Amani, kedua-duanya sangat menyukai musical. Sama seperti mommy, sama seperti kedua-dua Wan-nya, sama seperti Mak Teh, Mak Ngah...=)

Kalau sebelum Wizard Of Oz, hannah dan Amani sangat menggemari Sound Of Music. Namun, saya agak resah apabila mereka kerap menonton filem itu. Ya, lagu-lagunya enak kedengaran, bahasanya baik dan penggunaan Bahasa Inggerisnya sangat bagus untuk mereka yang masih dalam peringkat pembelajaran. Namun, ia berkisah tentang Nun dan gereja. Sukar mahu menafsirkan telahan anak-anak mengenai religions sedangkan kita sebagai Islam, mahu lebih menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri mereka yang masih mentah kan...

Kembali kepada Wizard Of Oz, atau kebanyakan filem Inggeris yang mempunyai ahli sihir berterbangan menggunakan penyapu. Antaranya, Harry Potter atau Bewitched...ahli-ahli akan travel sana sini menggunakan broomsticks. Ternyata persoalan anak-anak adalah...kenapa broomstick atau penyapu? Hannah siap bertanyakan kepada pembantu rumah...'Kakak, penyapu terbang?" Tergelak besar pembantu rumah yang bernama Asti itu..."Nggak...mana bisa. Kalau bisa terbang, kakak pulang ke kampung ketemu ibu..." Hannah terkebil-kebil tanda masih belum faham dengan jenaka itu. Itulah dia, anak-anak senang terpengaruh. Biarpun kita rasakan remeh, namun sebenarnya ia amat interesting untuk diolah, serta dirungkai.

Kenapa penyapu?

Khabarnya, penyapu adalah simbol ahli sihir wanita yang sering mahu menyembunyikan kekuasaan mereka seperti tongkat sakti mahupun bintang hikmat daripada diketahui oleh masyarakat. Lalu, mereka menukarkannya kepada penyapu supaya tiada siapa akan mempersoalkan, mengapa memegang penyapu...

Benar atau tidak, kena tanyalah kepada ahli sihir wanita. Bagaimana pula dengan ahli sihir lelaki, apakah pula alat untuk mereka terbang sana sini kan...Namun, Harry Potter guna sahaja penyapu yang siap boleh dipendekkan serta dipanjangkan sekelip mata. Ahli sihir juga tidak kalah dengan teknologi kan...=)

Pada pendapat saya, apabila dipersoalkan mengapa perlu ada penyapu yang boleh terbang. Jawapan saya mudah, ia sangat simbolik. Lazimnya, wanita yang mahu mendekati seseorang lelaki (pada zaman dahulu, dan sedikit pada zaman ini) harus pandai di dalam menguruskan hal rumahtangga. Wanita dan penyapu, seumpama wanita dan sudip atau wanita dan mesin basuh sukar dipisahkan. Ia sangat simbolik menunjukkan, biarpun wanita itu mempunyai kuasa sakti atau boleh menggunakan magis untuk apa-apa sahaja, tetapi apabila berkaitan dengan rumahtangga atau perkahwinan, mereka tetap wanita. Harus bijak menguruskan rumah, keluarga dan suami (jika ada). Relevannya pada zaman kini, ramai wanita yang bijak, berpelajaran tinggi, pendek kata...seumpama terbangnya lebih tinggi dari suami. Namun, biarpun raja di pejabat atau syarikat, apabila di rumah, dia tetap harus berbakti kepada suami...dan memegang penyapu dan sudip untuk menjadi permaisuri di hati suami pula...*wink*

No comments:

 
Images by Freepik