Friday, August 13, 2010

Kenapa...salah ke?

Bulan Ramadan berjaya disempurnakan tiga hari...Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan semoga dapat mencapai ibadah sempurna, mengumpul pahala berlipat ganda dan mengaut segala kenikmatan, hidayah yang dibuka oleh Allah SWT pada bulan mulia ini. Amin, amin, amin...
Beberapa hari ini, banyak yang berlaku. Kesemuanya menguji kesabaran, serta menguji kebijaksanaan menepis setiap persoalan 'bikin panas'! Entahlah, apa yang mereka mahu tahu dari diri ini, apakah jawapan yang mereka mahu dengar serta mensensasikan juga setiap jawapan yang diberikan...dan sebenarnya, apakah mereka yang bermasalah atau diri ini yang enggan membuka kisah sedih di hati...
Apa sebenarnya manusia inginkan dalam hidup...WANG, KUASA & NAMA...Benar? Ya benar...sekiranya seorang manusia memiliki kesemuanya, ada dua kemungkinan, iaitu dia akan riak dan lupa diri, atau kedua, dia akan menjaga setiap nikmat yang Allah berikan dengan melakukan kebajikan dan kebaikan kepada semua insan. Namun, kebanyakan manusia suka memilih yang pertama kerana Syaitan memutuskan untuk mereka. Sesungguhnya, mempunyai ketiga2 nikmat dunia, seakan lengkap hidup. Namun, benarkah lengkap? Persoalannya itu biarlah anda yang jawab ya...=)
Mengapa saya bangkitkan persoalan ini? Kerana, inilah yang berlaku pada saya. Dilema? Tidak, saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup dan Allah SWT memberikan saya lebih dari apa yang pinta...mungkin ada yang saya pinta, tidak dikurniakan, mungkin ada sebab. Mungkin juga saya akan riak, atau mungkin saya akan hilang apa yang saya miliki kini...mungkin, mungkin, mungkin...saya tidak tahu kepastian kerana hanya DIA yang tahu, memutuskan...kita hanya mampu merancang. Betul.
Di dalam soal kehidupan peribadi, saya bahagia dengan kurniaan Allah SWT...suami yang baik, rajin dan bertanggungjawab...anak-anak yang bijak dan sempurna sifatnya. Mertua yang sangat memahami, ibu yang membantu, kakak-kakak, abang, abang-abang ipar, kakak-kakak ipar dan biras yang begitu 'happening'...justeru, apa lagi yang saya mahu? Mungkin, lebih ramai anak, mungkin anak lelaki...Insya Allah, kalau Tuhan perkenankan permintaan saya.
Dari sudut karier, saya tidak labelkan diri saya sukses, namun saya sering mengatakan saya bertuah. Biarpun pendapatan bulanan saya tidak mewah namun saya mewah pengalaman. Baik atau buruk, semuanya saya jadikan pengalaman yang mematangkan. Ada ketikanya, saya putus harapan...benar. Ada ketikanya, saya terasa marah...tidak dihargai dan dipergunakan. Oleh siapa, biarlah mereka saja yang tahu. Saya jadikan semua ini pengalaman. Yang pahit saya telan, yang baik saya ucapkan...=)
Seketika, saya berada di tempat baru, semangat saya hilang. Dek kerana kerenah atasan yang sangat menyesakkan. Yang unreasonable...yang hanya berlandaskan masalah peribadi semata-mata. Semuanya ekoran ramai mulut bercerita keburukan orang lain, ada yang terpengaruh biarpun mereka tidak tahu kisah sebenar, apa yang mereka suka dengar adalah keburukan dan kejatuhan orang lain. Namun, Tuhan Maha Penyayang, dia mengurniakan saya atasan yang baru. Lebih reasonable, lebih terbuka dan lebih memahami. Alhamdulillah. Namun, seketika...dia juga akan pergi. Mungkin dia telah dibukakan dengan peluang yang baik dan menguntungkan, dan saya mengizinkan kepergiannya kerana soal masa depan orang lain, tak patut kita matikan. =)
Pengisian tempat kosong itu yang menjadi bahan...ada yang membuat telahan, andaian, tekaan dan tidak kurang juga menuduh...itulah menusia. Suka dengan kontroversi dan spekulasi. Yang jadi mangsa, adalah orang yang tidak mahu komen. Yang enggan meneka-neki...biarlah, siapa pun orangnya, itulah dia yang layak untuk berada di situ. Cuma...saya minta...jangan;ah orang yang 'lama' itu...kerana saya tidak mampu bekerja dengannya. Entahlah, kalau begitu suratan Allah SWT.
Hati saya terluka bila orang mula bertanya soalan, tak kurang juga memerli...saya sedar diri saya. Saya tahu hakikatnya...aghh...biarlah diri ini menyimpan apa juga yang berlaku pada masa lalu. Mungkin hanya masa, masa akan menentukan sampai bila 'hukuman' ini akan berakhir. Selagi dihukum biarpun tanpa sebab, selagi itu, lupakan untuk dilihat, lupakan untuk disedari...lupakan, lupakan, lupakan. Hanya Allah SWT yang tahu, betapa terlukanya dengan kenyataan, dengan kata-kata dan dengan perlian orang...hanya mampu menelan setiap kata-kata...mahu menceritakan hal sebenar, tidak mungkin. Biarlah.
Namun....salahkah sekiranya disuratkan rezeki kepada saya? Salahkah? Pasti jawapan mereka..."ehh...tidak...", namun, hakikatnya di hati mereka, mula menghukum. Mula menular mencari setiap sudut dan inci kesalahan dan mula bercerita itu ini, membuka pekung orang lain. Itulah dia manusia. Kerana itulah, saya kekal dihukum...

No comments:

 
Images by Freepik