Friday, September 24, 2010

Ibu c-section, langsing selepas bersalin!

Salam to all...
Terasa ingin berkongsi tip mengenai langsing selepas bersalin, terutama buat ibu-ibu c-section. Payah kan mahu langsing especially bersalin caesarean. Especially, tummy. Mahu dapatkan flat tummy masa bujang dulu, umpama igauan sahaja la kan. Actually, tidak. Kedua-dua anak saya dilahirkan secara c-section. Selepas bersalin anak kedua, saya nekad mahu mengembalikan bentuk badan agar lebih langsing dari dulu. Boleh. =)
#1 : Pantang betul-betul. Siapa kata bila c-section tidak boleh urut? Karut. Boleh, namun kena dapatkan tukang urut yang pandai mengurut ibu c-section. After 1 week, boleh urut dan bertungku.
#2 : For one month (30 days) kena pakai surgical binder. Pakai directly after 1-2 days selepas bersalin. Ini atas nasihat my doc pakar, Puan Fairuz Ashikin, DEMC, Seksyen 14, Shah Alam. Surgical binder ini bukan sahaja boleh menyokong bahagian abdomen, dan mengelakkan beban pada bahagian surgery ketika berjalan dan bangun. Maka, luka cepat baik. Perut juga terjaga! Saya pakai surgical binder everyday, hanya bukak bila berurut dan mandi.
#3 : Makan jamu selepas bersalin. Tidak kira dari apa juga jenama. Saya memang pengguna Amway since dari my first baby. Masa first delivery, I tak pandai pantang. Banyak culas makan jamu. Masa 2nd one, I ikut aturan pemakanan jamu selepas deliver betul2...tiada satu pun tertinggal. Memang, bagus. Water retention berkurangan, keputihan tiada, perut kempis dan angin-angin dalam badan pun tiada. Badan segar dan susu pun banyak.
#4 : I started my carbo diet selepas tamat pantang 30 hari. I stop makan nasi, cuma banyakkan sup ayam atau sayur-sayuran. Banyakkan protein la, dan minum air kosong mengikut sukatan. Gantikan carbo dengan roti serat tinggi, itu pun saya ambil 2 keping sehari. Susu kena minum banyak la, hasilnya, susu badan tidak berkurang.
#5 : After 6 months selepas bersalin, I buat senaman ringan every morning atau malam. Especially untuk perut, kaki dan lengan. Joging dan gimnasium especially yang berat2, jangan buat dulu kerana luka masih belum baik. Takut sakit pulak.
#6 : After 1 year plus, saya start buat skipping. Awal2 terasa pancit juga, namun, lama2 saya terasa okey. Buat 30 kali dulu...and then, after one week, increase pada 50 kali...dan begitulah seterusnya. Skipping ini umpama menggantikan joging, lebih selamat senaman di rumah kini. Kalau ada threadmill, lagi better. Maka, lemak2 akan cair, after that, baru kita mulakan senaman untuk perut, kaki dan lengan.
#7 : After 1 year, saya mula amalkan diet carbo secara intensif. Buat ibu yang menyusukan badan, memang sukar juga kerana takut effect susu, namun boleh gantikan dengan roti berserat tinggi. Namun, saya sudah putus susu menjelang anak kedua 7 bulan. Jadi, saya bermula dengan Inte Cleanse, DCL selama 10 hari...untuk detoksifikasi, buang segala lemak-lemak lama dan tepu. Selepas itu, saya memulakan diet dengan Herbalife shake selama 1 month.
#8 : Selepas tamat dengan Herbalife, saya hanya diet sendiri dengan tidak amalkan nasi langsung dan hanya minum red guara cafe dari DCL pada waktu pagi dan malam, sekiranya lapar.
#9 : Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk amalkan diet carbo. Banyak minum air buah2an, air putih dan bersahur dengan Red Guara Cafe.
#10 : Selepas tamat diet 1-2 bulan, saya akan sekali lagi melalui proses detoksifikasi dengan DCL, Inte Cleanse. Dan kemudian, mula diet semula.
Yang penting disiplin...hati kena kuat. Selamat berjaya.

No comments:

 
Images by Freepik