Thursday, September 2, 2010

Ihsan, Iman dan Islam...


Salam. Kita semua sudah sampai ke penghujung bulan ramadhan. Sedih rasanya mahu meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. Namun, Insya Allah, panjang umur, kita akan bertemu juga bulan ramadhan pada tahun-tahun akan datang.

Pada 28-29hb Ogos yang lalu, saya bersama teman-teman telah terpilih mengikuti kursus lanjutan ESQ Eksekutif, iaitu MCB di SACC, Shah Alam. Training yang bermula jam 8.30 pagi hingga 7malam ini benar-benar menyentuh jiwa. Ia ternyata lebih strong daripada ESQ Eksekutif.

Ini bukan promo ESQ...ini hanya luahan pendapat. Kita sering mengatakan, dunia dan akhirat...berbeza...hidup dan agama, harus mempunyai laluan yang lain-lain. Kita salah...hidup dan agama harus berjalan seiring. Hidup tanpa agama umpama kapal tiada nakhoda. Hilang haluan. Bagaimana kita mahu hidup kalau tanpa Allah SWT, tanpa Al-Quran dan sunnah...? Ia tidak boleh dipisahkan. Umpama Ihsan, Iman dan Islam, ia harus seiring. Dan setiap titipan rukun-rukun itu boleh diaplikasikan dalam setiap perkara dalam hidup ini. Hidup ini harus berlandaskan Tuhan yang SATU, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Jangan pisahkannya, hayati setiap rukun dan percaya...Alah SWT itu ada...Insya Allah hidup kita akan bahagia.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, saya menerima banyak email yang memaparkan saudara-saudara Islam kita mempersendakan agama melalui FB...malahan, ada yang menghina Ramadhan, mempersoalkan mengapa perlu berpuasa dan berpuasa ini hanya menyusahkan. Benarkah? Di dalam Rukun Islam, salah satunya adalah berpuasa pada bulan Ramadhan. Nilai berpuasa adalah self controlling. Kita dapat mengawal nafsu dari pelbagai segi dan fokus kepada ibadah. Malahan, berpuasa juga mampu meningkatkan kesihatan sekiranya kita melaksanakan dengan tepat. Di dalam Islam tiada paksaan, buat mereka yang tidak mampu berpuasa, mereka boleh membayar fidiah sebagai gantian berpuasa. Adakah masih ada yang mahu merungut mengenai bulan yang mulia ini sedangkan Allah SWT menyediakan setiap sudut solusi untuk setiap masalah hambaNya. Masihkan kita mahu berdusta tentang nikmat dan kuasa Allah SWT? kalau ya, memang kita tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan sepanjang kehidupan kita.
Melalui MCB, saya pelajari nilai hidup ini dari perspektif yang dulunya saya tidak nampak. Iaitu, visi dan misi hidup, serta nilai yang harus saya pelajari daripadanya. 33 tahun saya hidup, saya hanya mampu menyatakan visi dan misi hidup di dunia...lancar sahaja pena berjalan menyatakan itu ini...namun, untuk agama dan akhirat...saya sifar! Astaghfirullahalazim...apalah yang mampu saya bekalkan kepada anak-anak kelak...serta sanggupkah saya biarkan ibu dan ayah merempat di pintu syurga kerana gagal memenuhi ilmu agama di dada anak-anaknya...semua ini, saya harus perbaiki...ini adalah visi dan misi saya...Insya Allah.
Islam itu bahagia...di dalam Bahasa Arab, Islam itu membawa makna bahagia...jadi, mana mungkin umat Islam hidupnya menderita? Fikir-fikirkan...

No comments:

 
Images by Freepik