Thursday, August 19, 2010

My ex friends....

Life is too short, why must us fill all the days making enemies? Itu satu persoalan yang sangat bagus untuk dikupas. Siapa suka bermusuh? Memang hidup tak ceria dan sentiasa berkata-kata, menuduh dan membuat andaian. Mulut kata ok, tapi hati...siapa yang tahu kan. Hanya Allah SWT saja yang tahu, dan faham...Mulut kata, "aghhh...siapa perlukan dia. Hidup aku ada ke takder dia, sama saje...lebih baik takder..." Memang benar. Kita hidup untuk Allah SWT dan kita hidup sebagai Hamba Allah SWT, menjalani kehidupan dengan menyebarkan syiar Islam, menjalani ibadah dalam kerjaya, perhubungan sesama manusia etc...Jadi, relevankah kita untuk bermusuh atau membuat musuh mahupun saje-saje suka bermusuh...
Saya sudah 33 tahun. Pasti sangat kelakar apabila saya ceritakan, saya mempunyai teman-teman yang kini bergelar bekas teman-teman. Perselisihan faham, misunderstood, fitnah mewarnai persahabatan kami semua sehingga tiada ruang lagi untuk berbincang atau meluahkan apa yang sebenarnya yang menghancurkan perhubungan teman ini. TIADA RUANG! TIADA MAAF lagi...malahan, tiada peluang menyatakan sebenarnya, membawa makna...mereka lebih senang bermusuh daripada menyelesaikan masalah.
Saya sayangkan bekas teman-teman saya. Bukan kerana saya tiada teman lain, namun...kita semua tidak tahu bila masanya akan pergi mengadap Ilahi. Saya risau sekiranya tidak sempat memohon maaf dan memaafkan mereka...kita semua manusia biasa, bebas melakukan kesilapan. Jadi, mengapa memanjangkan kisah yang seharusnya boleh diselesaikan secara orang dewasa. Kita bukan kanak-kanak tadika...kita semua sudah wanita, ada yang sudah jadi ibu orang...isteri orang, tunang orang, gf orang...hmmm...
Salah seorang teman saya...biar saya namakan dia sebagai I.S. Saya sayang dia macam adik saya sendiri. Saya tidak pernah ada adik, namun sikapnya yang manja dan sering bersedia mendengar setiap permasalahan sama ada kecil atau besar benar-benar menyenangkan. Kami pernah bertengkar suatu ketika dahulu dan kemudian okay semula...saya benar-benar gembira apabila dia sudah berjaya kini, tetapi...dia mula memusuhi saya. Di FB, awal2nya, saya seperti teman-teman yang lain. Boleh berbicara dan membalas komen tentang status atau gambar-gambar....Kini, tidak lagi. Saya disisihkan biarpun saya tidak dibuang dari senarai teman-temannya. Lalu, setelah sekian lama, saya terus blacklist dia dari FB...bukan saya bersikap kebudak-budakan, namun, apa gunanya saya sebagai 'temannya' dan saya terasa diri saya bukan temannya...dengan pelbagai sekatan. Saya jarang buka page orang, tambahan, saya suka mencantikkan page seniri. Namun, kadang-kala, ada juga saya jenguk page teman-teman rapat bagi melihat update diri mereka. Tetapi, kalau itu caranya, senaraihitam adalah langkah terbaik dr saya.
Kalau ditanya, kenapa...apa yang kau buat? Jawapan saya...ENTAH...saya pun tak tahu walaupun deep down saya dapat meneka permasalahan yang wujud. CUMA...saya sedih sebab...saya tiada kaitan dengan permasalahan tersebut cuma fitnah...dari seseorang yang memburukkan nama saya. Saya mangsa keadaan, dan akhirnya saya hilang teman. Bagi saya...seharusnya dia bijak menilai. Namun, mungkin dia buta dengan paras rupa dan sikap hipokrit si penebar fitnah. Kamu tidak kenal dia I.S...namun, saya doakan, kamu bahagia...dan kamu kekal bahagia dengan 'teman-teman' yang tidak ikhlas dengan kamu. Moga Tuhan tunjukkan jalan buat kamu ya I.S....
Ada beberapa orang teman lagi...kisahnya hampir sama. Saya sebagai seseorang yang memerhati dan menjadi mangsa, hanya mampu berdoa...moga...kita boleh berbaik semula sebelum salah seorang menutup mata. Amin.

Friday, August 13, 2010

Zafri Phamily!!!


My Stick Family from WiddlyTinks.com

Kenapa...salah ke?

Bulan Ramadan berjaya disempurnakan tiga hari...Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan semoga dapat mencapai ibadah sempurna, mengumpul pahala berlipat ganda dan mengaut segala kenikmatan, hidayah yang dibuka oleh Allah SWT pada bulan mulia ini. Amin, amin, amin...
Beberapa hari ini, banyak yang berlaku. Kesemuanya menguji kesabaran, serta menguji kebijaksanaan menepis setiap persoalan 'bikin panas'! Entahlah, apa yang mereka mahu tahu dari diri ini, apakah jawapan yang mereka mahu dengar serta mensensasikan juga setiap jawapan yang diberikan...dan sebenarnya, apakah mereka yang bermasalah atau diri ini yang enggan membuka kisah sedih di hati...
Apa sebenarnya manusia inginkan dalam hidup...WANG, KUASA & NAMA...Benar? Ya benar...sekiranya seorang manusia memiliki kesemuanya, ada dua kemungkinan, iaitu dia akan riak dan lupa diri, atau kedua, dia akan menjaga setiap nikmat yang Allah berikan dengan melakukan kebajikan dan kebaikan kepada semua insan. Namun, kebanyakan manusia suka memilih yang pertama kerana Syaitan memutuskan untuk mereka. Sesungguhnya, mempunyai ketiga2 nikmat dunia, seakan lengkap hidup. Namun, benarkah lengkap? Persoalannya itu biarlah anda yang jawab ya...=)
Mengapa saya bangkitkan persoalan ini? Kerana, inilah yang berlaku pada saya. Dilema? Tidak, saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup dan Allah SWT memberikan saya lebih dari apa yang pinta...mungkin ada yang saya pinta, tidak dikurniakan, mungkin ada sebab. Mungkin juga saya akan riak, atau mungkin saya akan hilang apa yang saya miliki kini...mungkin, mungkin, mungkin...saya tidak tahu kepastian kerana hanya DIA yang tahu, memutuskan...kita hanya mampu merancang. Betul.
Di dalam soal kehidupan peribadi, saya bahagia dengan kurniaan Allah SWT...suami yang baik, rajin dan bertanggungjawab...anak-anak yang bijak dan sempurna sifatnya. Mertua yang sangat memahami, ibu yang membantu, kakak-kakak, abang, abang-abang ipar, kakak-kakak ipar dan biras yang begitu 'happening'...justeru, apa lagi yang saya mahu? Mungkin, lebih ramai anak, mungkin anak lelaki...Insya Allah, kalau Tuhan perkenankan permintaan saya.
Dari sudut karier, saya tidak labelkan diri saya sukses, namun saya sering mengatakan saya bertuah. Biarpun pendapatan bulanan saya tidak mewah namun saya mewah pengalaman. Baik atau buruk, semuanya saya jadikan pengalaman yang mematangkan. Ada ketikanya, saya putus harapan...benar. Ada ketikanya, saya terasa marah...tidak dihargai dan dipergunakan. Oleh siapa, biarlah mereka saja yang tahu. Saya jadikan semua ini pengalaman. Yang pahit saya telan, yang baik saya ucapkan...=)
Seketika, saya berada di tempat baru, semangat saya hilang. Dek kerana kerenah atasan yang sangat menyesakkan. Yang unreasonable...yang hanya berlandaskan masalah peribadi semata-mata. Semuanya ekoran ramai mulut bercerita keburukan orang lain, ada yang terpengaruh biarpun mereka tidak tahu kisah sebenar, apa yang mereka suka dengar adalah keburukan dan kejatuhan orang lain. Namun, Tuhan Maha Penyayang, dia mengurniakan saya atasan yang baru. Lebih reasonable, lebih terbuka dan lebih memahami. Alhamdulillah. Namun, seketika...dia juga akan pergi. Mungkin dia telah dibukakan dengan peluang yang baik dan menguntungkan, dan saya mengizinkan kepergiannya kerana soal masa depan orang lain, tak patut kita matikan. =)
Pengisian tempat kosong itu yang menjadi bahan...ada yang membuat telahan, andaian, tekaan dan tidak kurang juga menuduh...itulah menusia. Suka dengan kontroversi dan spekulasi. Yang jadi mangsa, adalah orang yang tidak mahu komen. Yang enggan meneka-neki...biarlah, siapa pun orangnya, itulah dia yang layak untuk berada di situ. Cuma...saya minta...jangan;ah orang yang 'lama' itu...kerana saya tidak mampu bekerja dengannya. Entahlah, kalau begitu suratan Allah SWT.
Hati saya terluka bila orang mula bertanya soalan, tak kurang juga memerli...saya sedar diri saya. Saya tahu hakikatnya...aghh...biarlah diri ini menyimpan apa juga yang berlaku pada masa lalu. Mungkin hanya masa, masa akan menentukan sampai bila 'hukuman' ini akan berakhir. Selagi dihukum biarpun tanpa sebab, selagi itu, lupakan untuk dilihat, lupakan untuk disedari...lupakan, lupakan, lupakan. Hanya Allah SWT yang tahu, betapa terlukanya dengan kenyataan, dengan kata-kata dan dengan perlian orang...hanya mampu menelan setiap kata-kata...mahu menceritakan hal sebenar, tidak mungkin. Biarlah.
Namun....salahkah sekiranya disuratkan rezeki kepada saya? Salahkah? Pasti jawapan mereka..."ehh...tidak...", namun, hakikatnya di hati mereka, mula menghukum. Mula menular mencari setiap sudut dan inci kesalahan dan mula bercerita itu ini, membuka pekung orang lain. Itulah dia manusia. Kerana itulah, saya kekal dihukum...

Wednesday, August 11, 2010

Yuna Zarai-she's cool

Salam Ramadan all...Baru puasa satu hari, namun terasa kenikmatan ramadan ini. Sangat peaceful. Hati terasa lapang. Pendek kata, this holy month is just awesome. Period.
Kesempatan hari ini, I took the opportunity to listen to some CDs that's have been abandoned for quite a while. I'm just too busy, but I have to admit thatI have to take my own sweet time in enjoying new CDs, or new artistes...I think, being a reviewer for 4 years, memberikan impak kepada diri. Hargai setiap seni, iaitu setiap artis itu mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri.
Currently, I'm listening to Yunalis Zarai. Heee...=) maybe, dah outdated kot sebab babe nie memang sedang popular kan. I got to know about her music bila dgr single dia- Dan Sebenarnya, dan ada teman memberikan link utk dengar EP-Blue Sands. At first, memang I begitu impressed tapi tak hayati sangat. Probably, during that time, I sedang sarat pregnant and no longer involved dalam entertainment. My focus that time ialah my new mag kan...=)

Anyway, today I already listened to her English songs and malays, as well. I think, I have to stick with Dan Sebenarnya...that's the most awesome malay song from Yunalis. I think, the impromptu ilham tu mmg superb...ia lebih relax and tak terlalu recorded...=) Congrats babe. For english songs, I think I have to agree with Deeper Conversation, These Streets and Blue Sands. Her vocal was superb in those songs, and I'm really proud of her. Being a Malaysian with unique music and style, she never feel awkward performing with her hijab and being one of the fav artiste this year...congrats again Babe...go hijab gurl! Heee...=)

Cool sangat with her hijab, playing guitar and set her own image sampai jadi ikutan, memang cool. I mean, hijab shouldnt be something that restricted muslim women to follow their dreams...as long as it's not against the law of Islam...

Kadang-kala, terasa bila kewujudan Yunalis di dalam urban music nie, menjadikan penampilan bertudung sebagai image, telah memadamkan pendapat, ideas and kononnya pandangan orang-orang bandar mengenai imej bertudung yang kekampungan. I only agreed with the image and guitar, not hijab woth cigarette in hand yah!!! huh...Hah, tgk, pakai tudung pun boleh cakap english, boleh petik gitar dan boleh mempelbagaikan imej tanpa memperjudikan kesopanan...kan,kan,kan...

I think, sekarang Malaysian patut lebih menghargai muzik tempatan berbanding membanggakan muzik luar, cthnya Indonesia. Muzik memang tiada sempadan, boleh dengar dari apa sudut dunia. Namun, berbangga dengan produk tempatan lebih baik kot. =) Beri komen membina kepada artis tempatan kita supaya mereka boleh memperbaiki setiap kelemahan, dan mampu menyerlah di mata dunia. Go Malaysian artistes!!!

I think, by now, Yunalis already celebrated the holy month of Ramadan at UK...Take care babe and good luck.

Thursday, August 5, 2010

Penyapu dan ahli sihir! =)

Eeee...green face aunty!!! Hannah tiba-tiba merungkai resahnya apabila kami sama-sama ketagihan menonton Wizard Of Oz, hampir setiap hari. Sehari, 1-2 kali yaaa...=) Sama sahaja, Hannah atau Amani, kedua-duanya sangat menyukai musical. Sama seperti mommy, sama seperti kedua-dua Wan-nya, sama seperti Mak Teh, Mak Ngah...=)

Kalau sebelum Wizard Of Oz, hannah dan Amani sangat menggemari Sound Of Music. Namun, saya agak resah apabila mereka kerap menonton filem itu. Ya, lagu-lagunya enak kedengaran, bahasanya baik dan penggunaan Bahasa Inggerisnya sangat bagus untuk mereka yang masih dalam peringkat pembelajaran. Namun, ia berkisah tentang Nun dan gereja. Sukar mahu menafsirkan telahan anak-anak mengenai religions sedangkan kita sebagai Islam, mahu lebih menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri mereka yang masih mentah kan...

Kembali kepada Wizard Of Oz, atau kebanyakan filem Inggeris yang mempunyai ahli sihir berterbangan menggunakan penyapu. Antaranya, Harry Potter atau Bewitched...ahli-ahli akan travel sana sini menggunakan broomsticks. Ternyata persoalan anak-anak adalah...kenapa broomstick atau penyapu? Hannah siap bertanyakan kepada pembantu rumah...'Kakak, penyapu terbang?" Tergelak besar pembantu rumah yang bernama Asti itu..."Nggak...mana bisa. Kalau bisa terbang, kakak pulang ke kampung ketemu ibu..." Hannah terkebil-kebil tanda masih belum faham dengan jenaka itu. Itulah dia, anak-anak senang terpengaruh. Biarpun kita rasakan remeh, namun sebenarnya ia amat interesting untuk diolah, serta dirungkai.

Kenapa penyapu?

Khabarnya, penyapu adalah simbol ahli sihir wanita yang sering mahu menyembunyikan kekuasaan mereka seperti tongkat sakti mahupun bintang hikmat daripada diketahui oleh masyarakat. Lalu, mereka menukarkannya kepada penyapu supaya tiada siapa akan mempersoalkan, mengapa memegang penyapu...

Benar atau tidak, kena tanyalah kepada ahli sihir wanita. Bagaimana pula dengan ahli sihir lelaki, apakah pula alat untuk mereka terbang sana sini kan...Namun, Harry Potter guna sahaja penyapu yang siap boleh dipendekkan serta dipanjangkan sekelip mata. Ahli sihir juga tidak kalah dengan teknologi kan...=)

Pada pendapat saya, apabila dipersoalkan mengapa perlu ada penyapu yang boleh terbang. Jawapan saya mudah, ia sangat simbolik. Lazimnya, wanita yang mahu mendekati seseorang lelaki (pada zaman dahulu, dan sedikit pada zaman ini) harus pandai di dalam menguruskan hal rumahtangga. Wanita dan penyapu, seumpama wanita dan sudip atau wanita dan mesin basuh sukar dipisahkan. Ia sangat simbolik menunjukkan, biarpun wanita itu mempunyai kuasa sakti atau boleh menggunakan magis untuk apa-apa sahaja, tetapi apabila berkaitan dengan rumahtangga atau perkahwinan, mereka tetap wanita. Harus bijak menguruskan rumah, keluarga dan suami (jika ada). Relevannya pada zaman kini, ramai wanita yang bijak, berpelajaran tinggi, pendek kata...seumpama terbangnya lebih tinggi dari suami. Namun, biarpun raja di pejabat atau syarikat, apabila di rumah, dia tetap harus berbakti kepada suami...dan memegang penyapu dan sudip untuk menjadi permaisuri di hati suami pula...*wink*

Monday, August 2, 2010

REMPEYEK FOR HARI RAYA...


Ramadan...akhirnya, muncul juga. Yeay!

Salam all...

Hati ini berbunga riang sebabnya bulan Ramadan is just around the corner. Dari zaman sekolah sampai kini, I just love the month of Ramadan. Sukar hendak ditafsirkan, namun perasaan dan hati, sangat tenang apabila tiba bulan Ramadan Al Mubaruk. Itulah dia kurniaanNya. Alhamdulillah, tahun ini, Insya Allah, akan menunaikan ibadah Ramadan untuk tahun ke3 sebagai seorang isteri dan tahun kedua sebagai seorang ibu...Alhamdulillah.
Di bawah adalah Niat utk berpuasa dan buka puasa. Dipetik dari http://www.chokilala.com. Thank you.

LAFAZ NIAT PUASA


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa

LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN



sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala

DOA BERBUKA PUASA



allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin
So, semua, Selamat Menyambut Ramadan Alk Mubaruk. And, after this, kena berblogging secara hemah la ya...=)

Selamat Hari Raya...errrr????











 
Images by Freepik