Saturday, June 27, 2009

A poem for him...my hubby:)

Pix masa di Bandung last March...

Seketika rindu semalam datang, ku cuba usir-usir ia pergi
Tidak kuat menyeka hati, namun ku enggan berpegang pada rindu itu lagi
Ku bina hati patah, ku gapai jadi satu agar utuh dan segar
Ingin ku berikan satu hati sejati, kekal di hati nan satu selamanya

Bersama matahari satu sinar bahagia menjelma, ku sangka seketika tatkala matahari hanya wujud sementara
Ku cuba menyita rasa, sembunyi segala agar hati dan jiwa tidak terusik mudah
Semakin ku jauh, rindu dan cinta semakin dalam, hanya menyeksa hati sekiranya disita
Ku doa dan ku pohon, ia bukan sinar sementara, ia bukan dugaan Yang Esa memberi yang salah sebelum sebenar

Bahagia diri dengan senyuman seindah pipit melayang
Bahagia dengan renungan mata nak indah menyemput sanubari
Bahagia dengan santun dan budi yang memang wujud dari hati
Bahagia dengan keikhlasan dan kasih sayang yang mahu kekal di hati

Ku fikir harus mengusir rasa cinta dan rindu lagi
Tatkala taufan melanda lautan tenang, hati ini bagaikan mahu patah semula
Namun, tangan gagah menyambut hati, merentap taufan nakal itu pergi jauh
Lautan tenang bertemankan ombak manja, menderu angin bahagia dan keindahan muncul semula

Masih ada lagi insan seperti mu di dunia ini?
Cinta, rindu, kasih sayang dan hati bagaikan kain putih penuh pesona
Dirimu hanya mahu menjaga hati rapuh ini agar kukuh semula
Menyedari bahawa semua insan sama tapi tidak serupa

Kita bina cinta dan rindu di peterana bahagia
Janji bersatu bukan sementara, hingga hujung nyawa


Happy 2nd Anniversary sayang...

I Love YOU with all my heart. Thank you for being such a good friend, lover, fiancée and finally, a hubby to me...and of course, a daddy to our 2 beautiful babies...I pray hard that our marriage will last forever, eternity...

Your wifey,
Jaja Ismail

Friday, June 26, 2009

Alhamdulillah...semuanya selamat...

Salam all...fuh...nearly 4 weeks I've been away...it's all because i'm now in my confinement period...I gave birth to a very petite baby girl, Khayra Amani Zafri on d 2nd of June, 5.32pm, DEMC Shah Alam...and also d broadband ada prob pulak for d past few weeks...sangatlah bosan woooo...tak leh connected dengan dunia luar and also dunia maya...fuh, mati kutu dibuatnya...

I will post all d photos soon okay...
 
Images by Freepik