Tuesday, January 29, 2013

Majlis...majlis...majlis!



Sunday, January 27, 2013

Recipe sharing





As salam...macam2 la d kiddos request untuk I buat...brownies la...dessert...apa aje la yang mereka nak makan...above adalah steamed brownies, buttered prawns, caramel pudding & nutella ravioli.  Semua senang...and sedap!

Friday, January 18, 2013

Dia syurgaku..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
Semoga Allah mengumpulkan antara aku dan engkau di syurga-Nya dan berdekatan pangkuan-Nya.  Allahumma Ameen.
(Doa Sayyidah Fatimah Az Zahra untuk suaminya, Ali Bin Abi Talib)
 
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Bila kita berfikir, bagaimana mahu menjadi yang terbaik, jawapannya tidak mudah kita perolehi.  Susah...sebab, untuk menjadi yang terbaik semuanya bermula dari permulaan yang baik-baik.  Sedangkan, kita ini hanya manusia biasa, banyak sangat kelemahan.  Kalah dengan nafsu.  Kalah dengan masalah.  Kalah dengan emosi. Tetapi, kita berdoa supaya syurga itu milik kita.  Kebahagiaan dunia dan akhirat milik kita.  Segala yang baik...semuanya kita mahu.  Betul?
 
Apabila kita masih seorang anak, syurga kita di bawah telapak kaki ibu.  Namun, apabila sudah bergelar isteri, surga kita adalah suami.  Benar? Tapi, adakah kita redha bahawa suami itu adalah syurga isteri?  D dalam dunia sekarang, ia seakan faded...seakan ditolak tepi.  Kenapa?  Kerana isteri sekarang sudah earning, dan adakalanya, seorang suami gagal menjalani tanggungjawabnya. 
 
Teringat kata-kata Dr Zakir Nair, "It is a responsibility for a father, or a husband or a brother to take care of a woman's lodging, food, drinks and all".  Men are providers, women are managers.
 
Walaupun seorang isteri berada fully di bawah tanggungjawab suaminya, namun ia adalah tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga kebajikan suaminya, menjaga harta suaminya, menjaga hati serta memelihara maruah/aurat & ibadah untuk suaminya.  Pendek kata, kalau sayangkan suami, jagalah elok2 aurat, pergaulan, ibadahmu...Insya allah, syurga ganjarannya.
 
 
 
 
 
 
Imam Jaafar as-Shadiq meriwayatkan bahawa hendaklah surah Al-Jumuah dibaca 5 kali supaya suami isteri harmoni & rukun. 
 
 
Juga, Imam Ali ar Ridha meriwayatkan bahawa untuk mendamaikan dan mengharmonikan hubungan suami isteri, maka asma Allah (al wadud) hendaknya dibaca sebanyak 1001 kali pada makanan suami isteri.  Insya Allah.
 
Sama-sama kita amalkan...syurgaku ada bersamamu suamiku...Cintaku sampai ke Jannah.

Saturday, January 12, 2013

Life

As salam...
 
35 tahun hidup...entah bila Allah akan ambil semuanya, kembali padaNya.  Last week, terima news, my ex colleague meninggal dunia due to breast cancer.  Innalillah...terkesan dek news ni, few days macam blur.  Semata-mata, my ex collegue tu about my age.  Sekelip mata, she died.  Tinggalkan 3 anak2 kecil...ada yang hampir sama usia dengan Hannah & Amani.  Hati ni, sangat terkesan...bila agaknya detik aku...akan tiba?  Hanya Allah ada jawapannya.
 
Sehari, 70 kali Malaikat Maut datang menjenguk kita.  Apabila tiba maut itu...tidak sesaat cepat atau lambat.  Tepat sahaja, semuanya atas izin Allah SWT.  Bagaimana caranya kita mahu nyawa kita diambil?  Mati biasa, syahid, husnul khotimah atau sebaliknya (nauzubillah)...
 
Risau?  Tidak. Takut? Ya. Sedia? Tidak pasti.  Masya Allah.  Itu jawapan biasa kita semua.  Susah kan nak jawab secara nyata bahawa...Ya, aku bersedia mahu mati...aku mahu bertemu Allah SWT dan aku mahu disambut oleh Rasulullah SAW di alam sana...cukup kuatkah kita untuk ucap itu walaupun itulah impiannya? :'(
 
Ingat mati itu sunnah.  Sunnah itu extra pahala.  Namun, sesiapa pada akhir zaman ini yang menghidupkan sunnah umpama menggenggam bara api...masya allah.
 
 

Wednesday, January 2, 2013

Benar...Al Quran itu petunjuk kehidupan...


As salam...Happy New Year everybody.  Saya doakan semoga kedatangan 2013 ni, kehidupan kita akan lebih dilimpahi Rahmat Allah SWT, setiap tugasan, kerja dan tanggungjawab yang kita laksanakan akan lebih barokah, setiap rezeki yang kita perolehi adalah halal...allahumma ameen.  Semoga kita semua menjadi yang lebih baik setiap hari..Amin.
 
Almost a year, I've been observing my husband reciting the al quran, and each session ended, he will then open the musyaf/tafsir and read the meanings of each ayat yang dibacanya.  Last 2 weeks, tiba-tiba, dia memberikan tausiah pendek kepada saya selepas solat mengenai Al Quran sebagai petunjuk.  Katanya...percayalah, apabila kita recite the quran everyday, kita akan dapat answer on each questions yang wujud dalam hati kita.  Adakalanya, ada sesuatu yang membelenggu, yang menganggu serta perlukan jawapan segera, katanya, cubalah baca al quran dan jawapannya tersedia.  Tinggal yakin atau tidak yakin sahaja.  Dan kenapa pula kita harus sangsi dengan ayat-ayat Allah? Astaghfirullahalazim.
 
Saya cuba.  Masya Allah...saya dapat.  Airmata saya gugur.

Benarlah, Al Quran itu petunjuk.  Dulu, saya tahu namun saya tidak cuba untuk cuba faham.  Tetapi kini, saya tahu dan telah faham caranya.  Alhamdulillah.  Syukur.

Sharing doa:

Doa ini diamalkan oleh Sayyidah Fatimah Az Zahra sebelum Beliau membaca Al Quran, saya share terjemahannya ya.

Ya Allah, aku bersaksi bahawa Kitab Mu ini turun dari sisi Mu kepada Rasul Mu, Muhammad Bin Abdullah dan Kitab Mu yang berbicara melalui lisan Nabi Mu dan Engkau menjadikannya sebagai janji dari Mu kepada makhluk Mu dan tali yang menghubungkan antara Engkau dan hamba-hamba Mu.  Ya Allah, aku menyebarkan janji Mu dan Kitab Mu.  Ya Allah, jadikanlah pandanganku di dalamnya sebagai ibadah dan bacaanku sebagai zikir dan fikiranku sebagai renungan dan jadikan aku termasuk orang yang mengambil pelajaran dari nasihat Mu di dalamnya dan menjauhi maksiat Mu.  Janganlah Engkau tutup hatiku dan telingaku ketika membacanya, jangan Engkau letakkan tabir di atas mataku dan jangan Engkau jadikan bacaanku sebagai bacaan yang tiada disertai dengan tadabur di dalamnya tetapi jadikan bertadabur terhadap ayat-ayatnya dan hukum-hukumnya serta melaksanakan syariat agama Mu.  Jangan jadikan penglihatanku terhadapnya sebagai kelalaian dan jangan jadikan bacaanku sia-sia.  Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Amin3x Ya Rabbal Alamin.

Baca doa ini sahaja, hati saya sangat sayu.  Masya Allah...

Ini pula doa apabila kita usai membaca al-quran.

Ya Allah, aku telah membaca sesuatu yang telah Engkau tetapkan iaitu Kitab Mu yang Engkau turunkan kepada Nabi Mu yang benar (salam sejahtera baginya).  Maka bagi Mu pujian.  Ya Allah, jadikan aku termasuk orang yang menghalalkan apa yang halal di dalam al-quran dan mengharamkan apa yang haram dan beriman terhadap ayat muhkam (jelas) dan mutasyabih (yang tidak jelas)-nya.  Jadikan al-quran sebagai penenteram (penolong) di alam kuburku dan alam masyarku dan jadikan aku termasuk orang yang Engkau tinggikan darjatnya dari setiap ayat yang dibacanya di tempat yang paling tinggi. Amin.  Wahai Yang Mengatur alam semesta.

Amin3x Ya Rabbal Alamin.

 

 
Images by Freepik