16th of June 2007...it's been 3 years plus of marriage, I may say that I'm blessed with a loving husband...and 2 darling kids. Sepanjang 3 tahun, bukan mudah...ada ketikanya bermasam muka, kelancaran bercabang...namun semuanya diatasi dengan cara matang. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Kalau mahu sebut mengenai dugaan, tidak kira siapa, status apa...semua ada dugaan. Dan, kita harus percaya, Tuhan turunkan dugaan kepada hambaNya mengikut keupayaan hambaNya. Berat atau ringan, semuanya mampu dibebani...terpulang kepada kita menerimanya sama ada dengan dada terbuka atau mengambil peluang mengatasi dengan langkah pendek.
Saya anggap, setiap dugaan dan permasalahan sebagai sesuatu yang boleh merapatkan suami isteri. Kita sit down and discuss, malahan menyelesaikan bersama-sama. Mungkin juga...menangis bersama. Dengan siapa selain Allah SWT, yang mampu memahami...spouse kita, Insya Allah. I have a hubby and a soul mate yang memahami setiap satu benda dalam diri ini. Setiap kali kami dilanda dugaan, berat atau ringan, menguji atau sekadar jenaka, kami terokai dan tangani bersama. Ada ketikanya, saya cool...ada ketikanya, suami cool...dan ada ketikanya, kami berderai airmata bersama...dan banyak kali, kami gelak bersama-sama...
Kasih sayang ni bukan sekadar kita menerima dan memberi...tetapi juga belajar memahami dan menerima kenyataan baik serta buruk. Bila kita kata, I Do, kita bukan sahaja berkata janji tetapi juga memegang amanah sebagai isteri...dan juga ibu. Apa juga keadaan, baik atau buruk, saat indah atau sebaliknya, kita harus cuba bersama-sama. Kesabaran hari ini, Insya Allah, Tuhan akan kurniakan sesuatu yang lebih baik esok hari. Tangisan hari ini, sekiranya kita bertawakal dan bersabar, akan ada senyuman pada esok harinya...semua ini sudah dijanji Allah SWT. Yang penting...kita tidak lupa pada Nya...