Wednesday, November 24, 2010

MANUSIA

Bila seorang wanita hamil, dia belajar menyayangi seseorang yang tidak pernah dikenalinya, tidak pernah bersua muka dan tidak pernah bercakap berdepan. Namun, melalui naluri dan rasa kasih sayang kerana seseorang itu menjadi sebahagian darinya, dia tetap melayan dan menjaga sehingga tiba masanya bersua muka. Itulah kuasa seorang wanita, magikalnya apabila bergelar ibu...dan kebahagiaan serta cinta yang lahir tanpa perlu dipaksa atau disuruh-sarah...=) Indahnya bila bergelar ibu.
Manusia...gemar membuat judging sehingga dia lupa..."Aku juga manusia...aku dilahirkan tidak sempurna...aku juga buat kesilapan, dan aku juga buat dosa...dan hukuman terhadap dosa yang aku buat, sama seperti manusia lain yang membuat dosa yang sama..." Namun, ada manusia yang menganggap dirinya...SUCI. Ada ke? Jawapan yang tepat, TIADA...Jadi, haruskah seseorang manusia atau segelintir manusia yang suka membuat telahan, andaian sehingga timbulnya sesi mengumpat, mengata dan akhirnya...membuat fitnah. Orang sebegini, I gelarkan...MANUSIA TIDAK SEDAR DIRI!
Keras post kali ini...airmata entah tumpah kali ke berapa...renung kembali, mungkin hidup aku ni, banyak sangat mengundang dosa kepada orang lain. Kenapalah diri suka dijadikan subjek mengata dan mengumpat sedangkan...aku tidak pernah campur hal orang lain. Sampaikan, ada yang buat statement...."Kalau nak tahu, jaja ni jd bahan umpatan kitorang..." Banyak pahala yang aku kumpulkan...Thanks!
Aku mempunyai cara yg berbeza untuk menonjolkan diri...mahupun, kadang-kala bila aku bersendiri, aku lebih senang melayan apa yang boleh memberikan ketenangan. Daripada menghimpun geng mengata orang, lebih baik aku melayan diri dengan mengadap laptop...ataupun mendengar MP3...tak kurang juga main games...mungkin ada yg kurang senang, tapi bukan sepanjang masa pun...bila ti ba waktunya aku harus mempunyai masa untuk melayan apa yang terbuku di hati...kalau itu menjadi masalah pada orang lain, haruskah aku minta maaf?
Jangan sibuk umpat orang lain...diri sendiri belum tentu sempurna...lagi satu, jangan di depan bukan main baik, tapi belakang...dialah ketua segala syaitan!

No comments:

 
Images by Freepik