Friday, November 2, 2012

Cerita hati


Bila kita mahu berbicara mengenai hati, memang macam2 versi kita akan dengar.  Ada yang hatinya berbunga-bunga, hati kecewa, hati kesedihan, hati kosong dan pelbagai lagi.  Memang, cerita hati ini seronok untuk didengar malahan berkongsi rasa.  Tambahan pula, apabila bersama si dia atau sahabat-sahabat.
 
Selepas berehat dan menyeyapkan diri daripada 2 hari before Aidiladha hinggalah ke hari Isnin selepas Aidiladha, apabila on je FB...wow...macam2 dalam PM.  Seronok pulak, catch up dengan frenzies.  Ada yang mahu sharing tentang 'hijrah', tak kurang juga yang bertanyakan tips itu ini...juga, ada seorang sahabat saya ini, rupanya diam-diam sudah bertemu 2nd half...=) Happy saya mendengar kisahnya.
 
Memang seronok apabila Allah SWT mengurniakan kita dengan hati yang penuh dengan kasih sayang.  Bermula dengan kasih sayang kepadaNya, kepada kekasihNya, kepada ibu, ayah dan adik beradik...tak kurang juga, sayangi diri sendiri.  Selepas itu, mulalah mencari pelengkap hati iaitu pasangan sehidup dan semati, melangkah ke Firdausi bersama.  Amin.

Kita mahukan kehidupan yang bahagia apabila sudah bergelar isteri/suami.  Juga apabila Allah kurniakan rezeki untuk bergelar ummu/abu.  Kisah sahabat saya, segalanya berlaku sekelip mata.  Saya gembira, namun dalam kegembiraan itu, terselit juga rasa risau.  Saya teringat kata ustazah, Allah akan berikan semua yg kita minta, tapi, dalam Dia memberi, tidak pernah tidak akan terselit ujian.  Jadi, jangan sesekali kita tersilap menafsir, ujian itu rezeki...atau ujian itu jawapan Allah...masya allah.  Bagaimanalah manusia biasa seperti kita boleh mendapat jawapan atas setiap ujian Allah itu...

Itulah tersedianya Istikharah...saya perolehi tip dari suami yg mendapat tip dari seorang ustaz (yang kebetulan juga ahlul baiyt)...sebelum kita membuat istikharah, bacalah istighfar 100x. Ucapkan syahadah 3x.  Sedekahkah Al-fatihah buat diri sendiri, Rasulullah SAW, orang2 tersayang, org2 yg kita benci & org2 yg membenci kita.  Usai semua itu, dirikanlah solat sunat istikharah 3x (2 rakaat, 2 rakaat, 2 rakaat)...selesai zikir & doa istikharah, kita capai Al-Quran (tafsir buat yang tidak faham bahasa Al Quran).  Randomly, buka tafsir dan baca di mukasurat kanan.  Insya Allah, itu mungkin jawapan petunjuk daripada Ya Rabb.  Boleh diulang solatnya sekiranya masih belum pasti.  Wallahualam.

Sekadar sharing....=)

No comments:

 
Images by Freepik