Monday, April 29, 2013

Preparations begin...

As salam...
 
Phew...last week was a bit tight for me & my hubby...finally, the agency confirmed our umrah package.  8d madinah, 8d mekah...SubhanAllah...happynya tak terkata.  Tapi, bila teringat...ma shaa Allah, ada less than 3 weeks utk prepare...I terus sms my mom.  My mom happy and terus kata OK...dia tetap nak proceed...wow...Alhamdulillah...:)
 
I kena perbaiki niat, perbaiki mentally & also phisically sebab ingatkan hajat dah tertangguh mahu ke umrah bersama suami, ibu dan anak-anak.  Rupa-rupanya, Allah SWT panggil...subhanAllah...semoga urusan kami dipermudahkan, semoga rezeki kami dilipatgandakan...:)  Allah knows best!
 
Mahu mengerjakan umrah bersama anak-anak kecil (5, 4 & 1), it's a bit tough but barakah, In shaa Allah.  Kenangkan barokah serta menumpang barokah anak-anak ini, saya kuatkan semangat.  Kesabaran harus tinggi...Ya Rabb, tingkatkan kesabaran ku di tanah suci mu, serta bumi barokah RasulMu. Ameen.
 
So...the preparations begin...In shaa Allah, saya akan continue updating, so that we can share any tips ya...okay, road to Madinah & Mekah in less than 17 days...phew...
 

Wednesday, April 10, 2013

Dah cukup...

 
As salam.
 
 
Siapa sangka, si budak yang pakai baby tee + jeans dan bertudung pendek akan berubah menjadi si anonymous? Empunya diri pun tak pernah sangka.  Sangkanya, tunggulah...masanya akan sampai, tunggulah...bagi puas nak bergaya...gaya kalau dikejar, stail kalau dikejar dan fashionable kalau dikejar...memang takkan sudah.  Boleh jadi stress kalau tiba-tiba tersalah pakai, mahupun ongkos tak mengizinkan untuk bergaya branded.  Stress stress.
 
2 tahun lepas...semuanya bagaikan mimpi.  Rupanya, lagi banyak aurat kita ditutup, jiwa kita menjadi tenang.  Tiada lagi tersingkap nampak panty, mahupun tudung mendedahkan dada, atau pakai baju berlengan sekerat...jenuh dulu nak jaga diri.  Mana tidaknya, pakai baju macam tak cukup duit nak beli kain lebih.  Mana tidaknya, pakai baju macam jahil sangat tentang aurat wanita Islam.  Nama saje berhijab, tapi gaya kalah wanita yang tidak berhijab mahupun yang bukan Islam.  Astaghfirullahalazim.  :(
 
Lagi kita menutup apa yang sepatutnya ditutup, apa yang Allah tuntut untuk seorang wanita itu tutup, lebih selamat.  Malahan, Allah telah 'melarikan' nafsu untuk memilih pakaian selain daripada abaya dan jubah...kini, buka almari...HITAM on d house y'all! Haha...Kalau ada pun warna, sulam-sulaman atau rhinestones...basic, harus hitam. 
 
Tidaklah kata diri ini baik, alim warak bagai...Tidak.  Namun, untuk berhijrah, harus ada kesungguhan.  Wanita memang kena mula dengan aurat.  Ikhlasnya dia untuk menutup aurat, bukan sekadar rambut malahan bentuk tubuh, kaki, lengan, pewangi berlebihan dan sebagainya.  Wanita tidak boleh lari untuk kelihatan cantik, namun definisi cantik itu harus eksklusif untuk suami.  Sekiranya masih bujang, cantik itu harus sederhana.  Bukan niat mahu menggoda.  Lagi eksklusif kita menjaga diri kita, maka lebih eksklusiflah jodoh yang akan sampai kepada kamu...In shaa Allah...:)
 
Semoga saya dan kita semua akan terus istiqomah...Allahumma ameen.
 
 
 
 
 


 
 
 
 

 


Rumah Tangga...

 
As salam...
 
Macam-macam cara kita lakukan untuk mempertahankan rumahtangga kita.  Agaknya, itulah dipanggil rumahtangga...rumah yang bertangga, daki dan daki sampai ke puncak..kadang-kadang, jatuh terpeleot...kadang-kadang terlalu laju mendaki, kadang-kadang duduk kepenatan di sudut tangga...itulah ujian. 
 
Tak kisah...baru kahwin, bertahun kahwin mahupun berpuluh tahun bersama.  Ujian tetap ada.  Dugaan masih ada.  Allah sayang. 
 
 
Gaduh sikit, mula emosional.  Itulah wanita, kata lelaki.  Kata wanita pula, gaduh sikit, mulalah capai kunci kereta, keluar...cari ketenangan katanya.  Tak kisah, apa juga cara...janji selepas itu, duduk rapat-rapat, capai kata sepakat.  Muafakat.  Berdamai dan senyum baik-baik semula.  Selisih faham kadang-kala buat kita lebih kenal, gaduh-gadih manja buat kita lebih menghargai antara satu sama lain, cemburu sikit buat kita lebih memberikan perhatian...semuanya kalau menjurus kepada solusi positif, tak kisahlah.  Janji jangan berlebihan.
 
 
Orang kata...wah untungnya, dapat suami baik.  Baik, definisinya banyak.  Ramai isteri dapat suami baik.  Alhamdulillah.  Definisi berbeza untuk setiap individu.  Ada orang kata, suami baik bila minta barang semua dapat.  Ada pula kata, suami baik bila dia volunteer jaga anak-anak.  Yang lain pula kata, suami baik bila dia yang memasak dan mengemas.  :)  Tapi, bagi saya, suami baik apabila dia membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah.  Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW.  Soal harta benda, bantu dalam soal kerja rumah atau anak-anak, ini adalah bonus.  Apabila seorang suami mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT serta kuat cintanya kepada Rasulullah SAW, secara automatik, sikapnya akan jadi baik...In shaa Allah...

Tuesday, April 2, 2013

Doa dia...

Moga terus berkekalan mengenal Sang Pencipta dan KekasihNya SAW dan didekatkan serta mendapat redha dan petunjuk langsung dari Allah SWT. Ya Allah, panjangkanlah umur isteriku dlm ibadahnya serta peliharalah dia dlm setiap geraknya. Aku tidak mampu utk mendidiknya dan aku tidak mampu utk menjaganya tanpa bantuanMu wahai Allah yang Maha mengetahui lg Maha penyayang, Engkau berilah yg terbaik baginya dan Kau himpunkanlah kami bersama di dunia dan akhirat kerana tiada apa lg yg kami inginkan selain pandangan RahmatMu serta kasih sayangMu dan izinkanlah kami mendapat syafa'at kekasihMu SAW. Ya Allah, dialah sahabatku waktu susah dan senang, dialah isteri yang menjaga zuriatku, dialah isteri yg solehah dan dialah anak yg mendoakan ibu bapanya. Engkau berilah SyurgaMu kepadanya. Amin yaRabb.
 
Selamat ulang tahun sayang.
 
Images by Freepik