Wednesday, April 10, 2013

Rumah Tangga...

 
As salam...
 
Macam-macam cara kita lakukan untuk mempertahankan rumahtangga kita.  Agaknya, itulah dipanggil rumahtangga...rumah yang bertangga, daki dan daki sampai ke puncak..kadang-kadang, jatuh terpeleot...kadang-kadang terlalu laju mendaki, kadang-kadang duduk kepenatan di sudut tangga...itulah ujian. 
 
Tak kisah...baru kahwin, bertahun kahwin mahupun berpuluh tahun bersama.  Ujian tetap ada.  Dugaan masih ada.  Allah sayang. 
 
 
Gaduh sikit, mula emosional.  Itulah wanita, kata lelaki.  Kata wanita pula, gaduh sikit, mulalah capai kunci kereta, keluar...cari ketenangan katanya.  Tak kisah, apa juga cara...janji selepas itu, duduk rapat-rapat, capai kata sepakat.  Muafakat.  Berdamai dan senyum baik-baik semula.  Selisih faham kadang-kala buat kita lebih kenal, gaduh-gadih manja buat kita lebih menghargai antara satu sama lain, cemburu sikit buat kita lebih memberikan perhatian...semuanya kalau menjurus kepada solusi positif, tak kisahlah.  Janji jangan berlebihan.
 
 
Orang kata...wah untungnya, dapat suami baik.  Baik, definisinya banyak.  Ramai isteri dapat suami baik.  Alhamdulillah.  Definisi berbeza untuk setiap individu.  Ada orang kata, suami baik bila minta barang semua dapat.  Ada pula kata, suami baik bila dia volunteer jaga anak-anak.  Yang lain pula kata, suami baik bila dia yang memasak dan mengemas.  :)  Tapi, bagi saya, suami baik apabila dia membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah.  Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW.  Soal harta benda, bantu dalam soal kerja rumah atau anak-anak, ini adalah bonus.  Apabila seorang suami mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT serta kuat cintanya kepada Rasulullah SAW, secara automatik, sikapnya akan jadi baik...In shaa Allah...

No comments:

 
Images by Freepik