Sunday, July 7, 2013

Allah beri peluang...Thank You

As salam...

Nampaknya, whether a day or two lagi, kita semua akan menyambut Ramadan.  Syukur, setelah melalui Rejab dan Syaaban, In shaa Allah, Allah sampaikan kita ke bulan penuh mulia ini.  Bulan Ramadan ini, Allah turunkan segala rahmat, rezeki, bonus melimpah ruah...bulan ini, kita membuat untung daripada kemurahan Allah...semoga kita make full use of every nikmat, rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan...

Janji nak share tentang tawaf wida'...In shaa Allah, akan datang...kali ni, I want to share about my rezeki untuk berkhidmat for mak.  My mother is 72 years old, kaki pun dah tak kuat nak jalan.  Boleh jalan tapi slow, lutut sakit...jadi, untuk ke masjid setiap waktu, memang tak boleh.  I fully understand apa perasaan mak, rasa tidak selesa...duduk lama salah, berdiri lama pun begitu...apa pun, semua ini saya sudah sedia untuk hadapi.  Biarpun saya ada 3 orang anak kecil yang memerlukan saya, namun, saya yakin...setiap sesuatu yang baik, Allah akan permudahkan.

Semasa mahu membuat umrah untuk kali kedua, suami bertanya, sama ada dia atau saya yang mahu menolak mak di wheelchair...saya kata, biarlah saya...semasa umrah pertama, mak ditolak oleh isteri ustaz yang memberikan kami penerangan, mengajar dan membimbing umrah pertama kami.  Jadi, untuk buat kali kedua, kami buat sendiri.  Kami mengerjakan umrah pada waktu malam, selepas solat Isyak.  Humaira saya gendong dengan baby carrier, dan saya kata pada mak...mak baca doa ya, ja aminkan.  Saya tolak wheelchair mak...ma shaa Allah...SubhanAllah...ringan.  Sangat ringan.  Saya langsung tak rasa terbeban.  Dalam hati...saya menangis...ma shaa Allah, Allah benar-benar membantu...Alhamdulillah.

7 kali tawaf kami tamatkan dengan tak rasa terbeban, laluan dipermudahkan...lapangnya...benar-benar, niat saya mahu khidmat untuk mak, dipermudahkan Allah.  Saya menumpang rezeki anak-anak dan mak...Alhamdulillah.  Selesai tawaf, kami semua mengerjakan solat sunat di tempat yang menghadap pintu kaabah.

Usai solat, saya berdoa...doa saya panjang, airmata saya tak berhenti mengalir sampai saya teresak-esak.  Doa saya untuk semua.  Paling penting, saya mengucapkan syukur kerana terpilih menjadi tetamuNya, dapat pergi bersama suami, anak-anak dan mak.  Serta syukur kerana dapat berkhidmat untuk mak.  Saya berharap, Allah akan menjemput kami lagi, ameen.

Melihat saya menangis, mak mendekati saya..."Ja, thank you..."...kerana ucapan ringkas itu, sekali lagi airmata saya mengalir laju.  Dengan nada sebak, saya jawab..."THANKS to you mak..." Terima kasih sebab beri peluang untuk berkhidmat, untuk membantu sedaya mungkin.

Dengan khidmat yang sedikit, mana mungkin saya membalas jasanya melahirkan dan membesarkan saya.  Melihat mak yang semakin tua, saya jadi sebak.  Selepas arwah bapak pergi, saya jadi 'unsecure'.  Rasa takut kehilangan mak memang menebal.  Saya berdoa semoga mak dipanjangkan usia, setiap bonus usianya diberikan rahmat dan gandaan pahala atas setiap kebaikan/ibadah yang dilaksanakan.  Ameen.

Semoga hasrat mak mahu ke Aqsa dipermudahkan pula..ameen.





 
Images by Freepik