Monday, November 17, 2008

Plz READ!!!

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Berhati- hati tentang masalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita. Bahaya….!!!


AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

No comments:

 
Images by Freepik