Hmmm...baca akhbar kini bagaikan membaca cerita seram...segalanya mengenai penganiayaan anak-anak, kes dera dan bunuh kanak-kanak, kes pencabulan dan macam-macam lagi. Latest, kes di Kelantan mengenai sunnah Nabi yang berkahwin dengan anak-anak kecil, seawal usia 10 tahun...apa ni? Bab kahwin, ikut sunnah Nabi, tapi bab lain tinggalkan...kalau orang tak tahu sejarahnya mengenai perkahwinan Nabi, janganlah pandai2 buat cerita pulak...geram pulak...grrrr...
Kes Syafia dan seangkatan dengannya, memang sangat tragis...didera sebelum terbunuh...manalah letaknya hati n perasaan mereka nie...kejam betul. Sama seperti kes Nurin...dan anak-anak lain yang sudah menjadi mangsa...semoga mereka tenang di SANA...amin...
Paper today, ada banyak kes bapa cabul anak...jadikan anak hamba seks...gila ke? Darah daging sendiri pun bernafsu? Gila gila gila...F***ing Stu**d...!!! Memang sangat marah sebab anak-anak kecil ni tidak bersalah. Kesiannya, apalah nasib mereka.
Dunia ni sudah semakin uzur...banyak kes yang tidak masuk akal, dan manusia semakin hilang pertimbangan. Anak-anak kecil dijadikan bahan pelepas nafsu, malahan ada yang dibuang kerana dosa sendiri...kenapa ya? Kita semakin moden, tapi akal semakin gelap...kita gah dengan pelbagai cerita kejayaan, tetapi semakin deras dengan kebinatangan manusia...apa ni?
Di saat ini, saya memeluk erat anak-anak saya...Hannah & Amani...saya berdoa kepada Allah SWT yang Maha Agung, yang Maha Besar, yang Maha Suci dan yang Maha Mengetahui...semoga Allah SWT lindungi anak-anak saya dari sebarang penganiayaan, kesakitan dan penderitaan...juga doa saya panjatkan untuk semua anak-anak kecil di dunia ini...Tuhan, hapuskanlah manusia yang kejam, hapuskanlah manusia yang berperangai syaitan...jauhkanlah dari anak-anak kami. Hanya Kau yang kami pinta bantuan, pinta perlindungan...amin ya rabbal amin...
No comments:
Post a Comment