Wednesday, September 28, 2011

Ala Arabic Diva




I'm in the mood for a black eyed style...what??? Haha, I mean d arabic diva thingy...just love it and perfect for my small, asian eyes. I just ordered Miss Rose Kajal Eyeliner, it's shape just like a black colour crayon but perfectly draw a perfect set of eyes...especially my small eyes nie...


Ok, I will review the product once it arrive...Thanks to twentyeight.shop1 who sells it for RM10, a very cheap price for a good brand of crayon eyeliner...love it!

Tuesday, September 27, 2011

Blog shoppin'











As salam. I came across this page masa suka-suki browse for blogshops. Laa...owner shop ni add I as a friend tapi tak perasan. So, I accepted because my friend's ada jual accesorries dia kat sini. AnnaYHusin Accesories. Nice, murah and stylo. Love it!


But, yang paling best ialah the owner of Twentyeight Shop ni jual make up. Hah, ini paling best. Miss Rose adalah jenama paling popular di Dubai, and make up palletenya sangat kebaboom! Why? The colours memang superb but banyak blogshops jual dengan harga yang agak mengecewakan. Mahal. But, at Twentyeight Shop nie, harga paling BEST!


48 colours pallete hanya RM25 including postage. Hah, murah kan...48 days mata u ols macam rainbow dengan warna-warna gemilang Miss Rose ini. Ada foundations, blusher, brushes and macam-macam, semuanya harga best! I ordered 2 pallete of Miss Rose's colour pallete and also eyeliner yang bentuknya macam crayon, supaya mata ala-ala minah arab gitew...*wink* Eyeliner tu hanya RM10 satu...hah, amacam, cheap rite??? Yeay!!!


So, apa kata u ols browse page Twentyeight Shop ini, and add as friend, an u girls can start shopping!

Monday, September 26, 2011

Pesanan seorang Ummi...

As salam.


Alhamdulillah, sampai juga saya ke Darul Faliq, TTDI,KL walaupun terlewat setengah jam dari jadual Majlis Burdah. Banyak dugaan sebenarnya untuk ke majlis hari itu...Jumaat, saya ambil cuti kecemasan kerana Amani sakit mata...mula-mula mata kanan kemudian berjangkit ke mata kiri lewat petang. Hari Sabtu itu, Amani masih cranky kerana ketidakselesaan...matanya berair, merah dan bengkak.


Jam 12 tengahari, sepatutnya saya menghantar ibu ke Spa Muslimah untuk rawatan sinus, namun temujanjinya postponed ke jam 12.30tengahari. Tamat jam 1.30 petang, dan saya terpaksa bergegas ke majlis selepas itu. Stuck di jem selama hampir 1 jam di Kota Damansara dan saya tiba-tiba sakit kepala yang terlalu sangat. Namun, kerana semangat mahu ke majlis, saya gagahkan juga...


Alhamdulillah, rezeki ke majlis hari ini, Alah pertemukan saya dengan Ummi (ibu) Ustazah Alina Al Munawwar dari Semarang. Saya memang berhasrat sangat dapat berbual dan mengambil tips dari ibu-ibu yang mempunyai anak-anak soleh & solehah, dan berharap sangat sekiranya topik kelas adalah mengenai peranan wanita, isteri dan ibu....Alhamdulillah, Allah makbulkan...Alhamdulillah. Biarpun kurang dapat memberi penumpuan 100% kepada qasidah Burdah, namun semasa tazkirah, saya dapat mendengar kesemuanya...Syukur...=)


Ummi memulakan tazkirahnya dengan mengatakan, kita patut berasa bangga dan sebak kerana Allah sayangkan kita 70 kali ganda berbanding kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Subhanallah...Beliau bercerita mengenai peranan seorang isteri dan ibu, ganjarannya sangat besar sekiranya kita melakukan dengan penuh ikhlas hati. Keikhlasan 100% itu adalah sesuatu yang paling sukar, serta berserah segalanya kepada Allah SWT juga adalah sesuatu yang mudah disebut namun paling sukar untuk dilaksanakan.


Memang benar, kasih sayang Allah SWT kepada kita besar...kalau tidak, masakan Dia memberikan ganjaran yang banyak, pahala yang berlipat ganda sekiranya kita melakukan sesuatu ibadah, sunnah dengan penuh ikhlas...terutama wanita. Seorang isteri yang menyambut suaminya pulang dari kerja dengan senyuman, ikhlas hati melayan suami dan memberikan minuman biarpun segelas air kosong, akan diberikan ganjaran setahun berpuasa...Insya Allah. Itu belum lagi kita menyediakan segala kelengkapan suami, menjaga makan minum, mendidik anak-anak...Masya Allah, banyak betul ganjarannya, yang penting hati mesti ikhlas.


Sempat, teman saya bertanyakan kepada Ummi, tips beliau mendidik anaknya, Ustazah Alina dengan begitu baik. Ummi mengatakan, setiap anak adalah anugerah Allah SWT. Setiap anak, apa sahaja di dunia ini bukan kepunyaan kita. Ia hanya pinjaman. Jadi, kita harus belajar berserah, berdoa dan bertawakal kepada Maha Pencipta untuk memberikan yang terbaik buat kita, keluarga dan anak-anak. Jadikan anak-anak ini anugerah yang terbaik, biar Allah SWT mencorakkannya...kita berdoa, minta padaNya.


Ummi mengatakan, beliau menghantar anaknya ke kelas mengaji pada usia 3 tahun dan tamat Al Quran pada usia 7 tahun. Beliau tidak memaksa anaknya untuk mengikut apa yang dimahukan malahan membiarkan anaknya memilih jalan hidupnya sama ada mahu mendalami agama atau mahu mengejar kerjaya lain. Semasa awal sekolah menengah, anaknya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama. Lalu, Ummi mencari sekolah/institusi yang terbaik...lalu, Allah permudahkan dengan membuka jalan ke Tharim, Yaman dan anaknya, mengikuti pengajian Islam bersama Habib Umar Al-Hafiz, ahlul baiyt keturunan Rasulullah yang kelapan. Subhanallah...itulah berkat yakin dengan Allah SWT...Dia akan berikan yang terbaik...


Saya juga sempat bertanyakan Ummi mengenai anak-anak saya. Hannah dihantar ke Pre Tahfiz di dalam usia 3 tahun juga. Dan kini, surah-surah muqaddam dapat dihafal dengan mudah, bacaan dalam solat juga begitu dan minatnya mendalami Al-Quran nampak sangat ketara. Alhamdulillah. Namun, di dalam usia 3 tahun setengah kini, bacaan Hannah ada tajwidnya kurang tepat dan sebutannya kurang sana sini. Dan sekiranya mahu dibetulkan kerap-kerap atau secara deras, risau dia akan demotivated. Ummi mengatakan...jangan sibuk membetulkan melainkan yang mudah-mudah kerana di dalam usia 3 tahun, pasti banyak salah sana sini. Biarpun dia memupuk kasih sayang, cintanya kepada Allah, RasulNya dan Al-Quran...slowly, di dalam usianya makin besar, tajwidnya akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Yang penting, pupukkan minat itu...=) Alhamdulillah...Semoga Allah SWT menjadikan Hannah seorang Hafizah, Berakhlak mulia, bijak di dalam agama dan pelajaran serta menjadi contoh terbaik untuk adik-adiknya...Insya Allah, Amin, amin, amin....=)


Dan banyak lagi sharing Ummi yang saya akan kongsikan dari semasa ke semasa...Masya Allah...syukur...

Tuesday, September 20, 2011

Art Attack Asia : Must see with kiddos! =)






As salam all...lama jugak tak jenguk blog. Okay, lately, I've been introduced to Art Attack Asia, DisneyChannelAsia hosted by Qi. Interesting. I love art and teaching my kids about being creative is my target besides preparing them with all the religions values and importance.


I love the host, he's very cheerful, very clean cut and some more...he seems enjoying the show. My kids love to see how each art/colours and stuff been made...they love the guitar, the cars and the aquarium decos...me too...=)


Art Attack Asia is a must see show by our kids rather than watching Tom Tom Bak or Idola Kecil etc (I'm not against those kind of show...)...it's just, the values showed and teached by some programmes are juts not suitable for the development of the kids esp the small ones...let them learn the skill and progress a healthy development by watching kids programmes that promote more on creativity, manners, good example and good communication skills, of course...


Come & watch, enjoy the show...Art Attack Asia...=)

Thursday, September 15, 2011

Churpers....

Frenzie, jom join #ChurpChurp today and get rewarded. Prezzies pun best2! Saya dah join...

Thursday, September 8, 2011

Boston creme cake...yummeh!

As salam...


Hari Raya break dah habis, so it's time to lead a normal life...(wah, selama ni abnormal la kan)...during raya tu, tak pulak rasa nak makan itu ini, cuma, seronok je layan lauk pauk yang enak-enak di rumah uncles/aunties....fuh! Tapi, selera tu taklah tinggi sangat, biasa je. But, I punyalah teringin nak makan crab, tak dapat2 jugak...aisey!


Back to work, I macam craving sgt nak makan kek...tapi, bukan nak kek yg murah2 tu...hamboi, kemain lagi baby ni erk...I'm craving for something different, unique but yummy. So, I browse That Last Slice's punya blog...yezza...found it! I memang nak sgt makan boston creme cake...woahhh.....


Ok ok...untuk buat you all terliur jugak, I paste la pic nyer...taken from the blog.



.

Yang ini pulak, The Carrot Cake...one of the famous cake kat blog tue...urm..nak jugak...=)


Okay, jom kita ramai-ramai serang blog That Last Slice, kat Bukit Jelutong je...


Wednesday, September 7, 2011

Delayed post : Hannah's Sports Day

No 3....not bad


Daddy's time!


Hannah with frenzies Go Go Hannah!!!! The banner

 
Images by Freepik