Monday, September 26, 2011

Pesanan seorang Ummi...

As salam.


Alhamdulillah, sampai juga saya ke Darul Faliq, TTDI,KL walaupun terlewat setengah jam dari jadual Majlis Burdah. Banyak dugaan sebenarnya untuk ke majlis hari itu...Jumaat, saya ambil cuti kecemasan kerana Amani sakit mata...mula-mula mata kanan kemudian berjangkit ke mata kiri lewat petang. Hari Sabtu itu, Amani masih cranky kerana ketidakselesaan...matanya berair, merah dan bengkak.


Jam 12 tengahari, sepatutnya saya menghantar ibu ke Spa Muslimah untuk rawatan sinus, namun temujanjinya postponed ke jam 12.30tengahari. Tamat jam 1.30 petang, dan saya terpaksa bergegas ke majlis selepas itu. Stuck di jem selama hampir 1 jam di Kota Damansara dan saya tiba-tiba sakit kepala yang terlalu sangat. Namun, kerana semangat mahu ke majlis, saya gagahkan juga...


Alhamdulillah, rezeki ke majlis hari ini, Alah pertemukan saya dengan Ummi (ibu) Ustazah Alina Al Munawwar dari Semarang. Saya memang berhasrat sangat dapat berbual dan mengambil tips dari ibu-ibu yang mempunyai anak-anak soleh & solehah, dan berharap sangat sekiranya topik kelas adalah mengenai peranan wanita, isteri dan ibu....Alhamdulillah, Allah makbulkan...Alhamdulillah. Biarpun kurang dapat memberi penumpuan 100% kepada qasidah Burdah, namun semasa tazkirah, saya dapat mendengar kesemuanya...Syukur...=)


Ummi memulakan tazkirahnya dengan mengatakan, kita patut berasa bangga dan sebak kerana Allah sayangkan kita 70 kali ganda berbanding kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Subhanallah...Beliau bercerita mengenai peranan seorang isteri dan ibu, ganjarannya sangat besar sekiranya kita melakukan dengan penuh ikhlas hati. Keikhlasan 100% itu adalah sesuatu yang paling sukar, serta berserah segalanya kepada Allah SWT juga adalah sesuatu yang mudah disebut namun paling sukar untuk dilaksanakan.


Memang benar, kasih sayang Allah SWT kepada kita besar...kalau tidak, masakan Dia memberikan ganjaran yang banyak, pahala yang berlipat ganda sekiranya kita melakukan sesuatu ibadah, sunnah dengan penuh ikhlas...terutama wanita. Seorang isteri yang menyambut suaminya pulang dari kerja dengan senyuman, ikhlas hati melayan suami dan memberikan minuman biarpun segelas air kosong, akan diberikan ganjaran setahun berpuasa...Insya Allah. Itu belum lagi kita menyediakan segala kelengkapan suami, menjaga makan minum, mendidik anak-anak...Masya Allah, banyak betul ganjarannya, yang penting hati mesti ikhlas.


Sempat, teman saya bertanyakan kepada Ummi, tips beliau mendidik anaknya, Ustazah Alina dengan begitu baik. Ummi mengatakan, setiap anak adalah anugerah Allah SWT. Setiap anak, apa sahaja di dunia ini bukan kepunyaan kita. Ia hanya pinjaman. Jadi, kita harus belajar berserah, berdoa dan bertawakal kepada Maha Pencipta untuk memberikan yang terbaik buat kita, keluarga dan anak-anak. Jadikan anak-anak ini anugerah yang terbaik, biar Allah SWT mencorakkannya...kita berdoa, minta padaNya.


Ummi mengatakan, beliau menghantar anaknya ke kelas mengaji pada usia 3 tahun dan tamat Al Quran pada usia 7 tahun. Beliau tidak memaksa anaknya untuk mengikut apa yang dimahukan malahan membiarkan anaknya memilih jalan hidupnya sama ada mahu mendalami agama atau mahu mengejar kerjaya lain. Semasa awal sekolah menengah, anaknya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama. Lalu, Ummi mencari sekolah/institusi yang terbaik...lalu, Allah permudahkan dengan membuka jalan ke Tharim, Yaman dan anaknya, mengikuti pengajian Islam bersama Habib Umar Al-Hafiz, ahlul baiyt keturunan Rasulullah yang kelapan. Subhanallah...itulah berkat yakin dengan Allah SWT...Dia akan berikan yang terbaik...


Saya juga sempat bertanyakan Ummi mengenai anak-anak saya. Hannah dihantar ke Pre Tahfiz di dalam usia 3 tahun juga. Dan kini, surah-surah muqaddam dapat dihafal dengan mudah, bacaan dalam solat juga begitu dan minatnya mendalami Al-Quran nampak sangat ketara. Alhamdulillah. Namun, di dalam usia 3 tahun setengah kini, bacaan Hannah ada tajwidnya kurang tepat dan sebutannya kurang sana sini. Dan sekiranya mahu dibetulkan kerap-kerap atau secara deras, risau dia akan demotivated. Ummi mengatakan...jangan sibuk membetulkan melainkan yang mudah-mudah kerana di dalam usia 3 tahun, pasti banyak salah sana sini. Biarpun dia memupuk kasih sayang, cintanya kepada Allah, RasulNya dan Al-Quran...slowly, di dalam usianya makin besar, tajwidnya akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Yang penting, pupukkan minat itu...=) Alhamdulillah...Semoga Allah SWT menjadikan Hannah seorang Hafizah, Berakhlak mulia, bijak di dalam agama dan pelajaran serta menjadi contoh terbaik untuk adik-adiknya...Insya Allah, Amin, amin, amin....=)


Dan banyak lagi sharing Ummi yang saya akan kongsikan dari semasa ke semasa...Masya Allah...syukur...

3 comments:

AqmaLily McTykos said...

Tak sabar mahu menanti sharing seterusnya....

Norhafidiah Zainal said...

Alhamdulillah.. terima kasih untuk ilmu ni Jaja =).. semoga jalan menuju kebaikkan akan dipermudahkan olehNya.. Amin

His wifey, their mommy said...

Aqma : Insya Allah...sharing is caring kan...=)

Fie : Welcome...ilmu harus dikongsi kan...

 
Images by Freepik