Tuesday, December 6, 2011

Wanita harus lebih banyak bersedekah...=)

As salam all...


Just a little sharing from few books that I read recently, also, kata-kata nasihat dari Ummi Ustazah Alina Al Munawar few months ago. Few books yang saya baca sering menganjurkan untuk wanita lebih banyak bersedekah. Kerana, dengan bersedekah ia akan sentiasa mengingatkan kita tentang sharing dan juga belajar bersyukur.


Siapa kata kena tunggu kaya baru boleh bersedekah? Tidak perlu. Sedekah bukanlah melalui wang ribuan atau jutaan ringgit, berapa banyak yang kita mampu memadai, janji ikhlas. Juga, sedekah tenaga, pakaian, makanan dan macam-macam lagi yang membuatkan sesiapa yang menerima itu terasa ringan bebanannya. Namun, mahu bersedekah, kenalah dengan niat ikhlas dan hati yang bersih. Jangan pula niatnya mahu menunjuk-nunjuk.


Menurut Ummi, seorang ibu sangat disarankan untuk bersedekah atas nama anak-anaknya. Kita semua mahukan anak yang soleh & solehah, baik, bijak, hafi & hafizah...anak-anak yang boleh membawa kita ke syurga, Insya Allah. Sedekahlah atas nama anak-anak, ia umpama satu doa yang berterusan...


Paling bagus, menurut ummi, sedekah beras. Kerana setiap butir beras mempunyai Nur Muhammad SAW...subhanallah. Tidak perlu sekampit atau seguni setiap hari atau minggu atau bulan. Petua ummi, setiap kali mahu masak nasi, sebelum kita basuh beras itu, ambil segenggam beras dan letakkan dalam bekas yang lain. Mulakan dari hari Sabtu hingga Jumaat, hari Jumaat kita sedekah beras yang kita asingkan segenggam sehari itu kepada mereka yang memerlukan. Segenggam sehari x7 = 7 genggam beras setiap minggu kita sedekah atas nama anak-anak kita. Sedekah dengan niat agar anak-anak menjadi anak yg baik, soleh/solehah, warak, fasih baca al-quran etc...Insya allah, dengan izin Allah SWT, doa akan makbul...asalkan niatnya ikhlas.


Wallahualam...semua yang kita lakukan harus beserta dengan niat yang betul, Insya Allah, Allah SWT akan makbulkan...amin3x...

No comments:

 
Images by Freepik