Monday, December 31, 2012

My dream home office... ;)






 Barulah senang datang inspirasi.... haha

Tuesday, December 25, 2012

Benar, sabar itu ujian keimanan...


Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakah...
 
Semoga semuanya diberi Rahmat daripada Allah SWT...termasuk saya.  Masya Allah, bulan-bulan yang penuh dengan kesibukan.  Kesibukan yang lantaran tidak mengizinkan untuk update blog kesayangan ini. 
 
Nov...dari awal hingga hujung bulan, pelbagai peristiwa berlaku...membantu suami yang busy menguruskan hal untuknya menziarahi wali-wali Allah di bumi sejuta wali, Hadramawt, Yaman.  I felt envious sebab I couldnt join him, Insya Allah, dengan izin Allah, saya dan anak-anak akan melangkah juga ke sana...Mr. hubby spent 2 weeks di sana...2,3 days after he left, Humaira was admit at DEMC diagnosed with brocopneumonia...she was having this bad cough & flu, plus on off fever...so, she spent 6 days, 5 nights at paediatric ward...phew, without her daddy around, mmg tough juga la...but, syukur, he was at Yaman while I'm with Humaira, doa dr para wali di sana...masya Allah, sangat membantu...Alhamdulillah...4 days after Mr Hubby balik from Yaman, then he went off again to Spore pulak...but this time, me & d kids ke Brunei pula for 9 days...ngeeeeeeeeee....
 
Dec...pun busy jugak, masya Allah.  But, Alhamdulillah, few things yang delayed dapat juga dilaksanakan, one of it ialah nak buat mawlid di rumah...best sangat, walaupun penat bab nak memasak sendiri, but kepuasan tu melebihi rasa penat...syukran kathiran.
 
Memang banyak peristiwa yang menguji kesabaran berlaku, especially apabila berdepan dengan hal Humaira yang jatuh sakit sementara terpaksa membiarkan kakak-kakaknya berada di bawah jagaan nenek di rumah.  Risaukan Humaira plus risaukan budak-budak di rumah yang pastinya akan memenatkan nenek mereka...Ya Allah...syukur semuanya sudah berlalu, dan berakhir dengan baik.  Alhamdulillah...setiap kali berdepan dengan masalah mahupun keluh kesah, saya serahkan kepada Allah...kerana, hanya pada Dia sahaja tempat sebenar pengaduan, dan Dia sahaja yang boleh tunaikan segala hajat...
 
 

Bab lain...
 
Benarlah kata orang, kesabaran itu separuh dari iman, dan bagi saya ia adalah ujian keimanan.  Tanpa diuji kesabaran, kita tidak tahu keupayaan iman dan rasa serah diri kita pada Allah SWT. 
 
Makin kita mendekatkan diri dengan agama, dengan Allah serta mengambil tahu tentang sirah Rasulullah SAW, banyak ujian keimanan yang kita perolehi.  Bagi seorang wanita, seorang isteri...pastinya tidak terlepas dari ujian rumahtangga.  Masya Allah, bagi saya, ia amat merimaskan apabila few orang (wanita bujang) yang memberanikan diri bertanya mengenai poligami...awal-awal saya hanya mampu tersenyum tawar...lama-lama, saya terasa seperti terancam.  Adakah ini ujian atau sekadar 'gurauan' daripada Allah untuk test kesabaran saya...haha...
 
Poligami...sebutnya mudah namun melaksanakan pasti tidak mudah.  Teringat saya nasihat Ustaz Kyrel AlGayauwi, salah seorang angoota Almawlid...sekiranya kita tahu risikonya untuk melibatkan diri dengan suami/isteri orang, langlah terbaik adalah menjauhkan diri. Saya sangat setuju dengan pendapat beliau.  Memang, Rasulullah SAW mempunyai ramai isteri namun baginda mampu berlaku adil walaupun ada natara isteri-isterinya yang mencemburui antara satu sama lain.  Namun, itu Rasulullah SAW...adakah mampu seorang lelaki biasa menjadi seperti baginda?  Tepuk dada, tanya selera.
 
Frankly speaking, saya tidak mampu berkongsi kasih.  Maaf.
 
Saya mahu menjadi sehebat Saidatina Siti Khadijah mahupun Sayyidah Fatimah Az Zahra Rasulullah SAW...tetapi, tak tercapai dek akal kehebatan mereka...terutama Siti Khadijah...Subhanallah...hebat.  Namun, pastinya, saya tak tercapai tahap beliau.   
 
 
 
Very well said...
 
 
Done.
 

Friday, November 9, 2012

Bakal ibu, ini untuk kamu...

As salam warahmatullah hiwabarakah.  Alhamdulillah, saya menerima few good news since last few weeks.  Ada few of my friends, even teman-teman bloggers yang sudah hamil...ada yang anak pertama, anak kedua, ketiga dan seterusnya.  syukur Alhamdulillah.  Prolly, there's a lot of infos and also blogs that already wrote on amalan & zikir semasa hamil.  But, I would love to share this infos and also amalan for pregnant mommies khususnya daripada segi amalan sunnah serta doa & zikir yang diamalkan oleh Saidatina Fatimah Az Zahra.  Insya allah...
 
Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Wanita yang hamil dan melahirkan lalu menyusui akan mendapat pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.  Jika dia meninggal dunia pada masa itu, maka wanita tersebut akan mendapat pahala syahid." Subhanallah.  Best sangat. Tetiba terasa nak pregnant lai...(sabar Jaja...sabar ya....Humaira baru nak masuk 9 months old...=))
 
Bulan Pertama Kehamilan
 
* Baca Surah Yassin & As-shaffat setiap hari Khamis & Jumaat.  Setelah usai membaca kedua surah tersebut, tiupkan ke perut. 
* Hendaklah melaksanakan solat fardhu tepat pada masanya.
* Sebelum solat, kumandangkanlah azan & iqamat sambil meletakkan tangan di perut.
* Digalakkan umtuk makan epal manis.
* Setiap hari Jumaat, makanlah buah delima sebelum sarapan.
* Makan kurma setiap hari- dalam keadaan perut kosong dengan terlebih dahulu dibacakan surah Al-Qadr.
 
Bulan kedua Kehamilan
 
* Baca surah Al-Mulk pada hari Khamis dan Jumaat.
* Selawat sebanyak 140 kali pada hari Khamis dan 100 kali pada hari Jumaat sambil memegang perutnya.
*Setiap minggu digalakkan untuk makan daging, susu dan epal manis.
* Setiap hari hendaklah makan kismis/anggur dua biji dalam keadaan perut kosong yang terlebih dahulu dibacakan surah Al-Ikhlas.
 
Bulan ketiga Kehamilan
 
*Setiap hari Khamis dan Jumaat, baca Surah Ali Imran dan selawat 140 kali.
*Sebelum solat, hendaklah dia memegang perut sambil membaca selawat.
*Setiap minggu untuk makan makanan bergandum, daging, susu dan setiap pagi minum sedikit madu.
* Setiap hari makan epal yang terlebih dahulu dibacakan ayat Kursi.
 
Bulan keempat Kehamilan
 
*Setiap hari Khamis dan Jumaat untuk membaca surah Al-Dahr (surah Al Insan).
* Pada setiap solat fardhu, digalakkan untuk membaca surah Al-qadr dalam salah satu rakaatnya.
*Sambil memegang perut, bacalah surah Al-qadr, surah Al-Kausar, selawat lalu baca ayat ini :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan keturunan kami sebegai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa." (Q.S Al Furqan [25]:74)
*Kemudian baca doa ini sebanyak 7 kali :
Aku memohon keampunan dari Allah dan bertaubat kepadaNya.
*Setiap hari selepas melaksanakan solat, baca selawat 140kali.
*Dari malam pertama bulan keempat, laksanakan solat malam.
*Pilih nama anak sebelum empat bulan 10 hari masa kehamilan.
*Digalakkan untuk makan epal manis, madu dan buah delima.
*Setiap hari sebelum sarapan, makan buah tin yang terlebih dahulu dibacakan surah At Tin.
 
Bulan kelima Kehamilan
 
*Setiap hari Khamis dan Jumaat untuk membaca surah Al-Fath.
*Di dalam solat, bagus sekiranya dapat dibacakan surah an-Nashr.
*Letak tangan di perut sambil azan & iqamat dari awal bulan kelima.
*Setiap pagi digalakkan untuk makan kurma.
*1 biji telur sebelum sarapan yang terlebih dahulu dibacakan surah Al-Fatihah.

Bulan keenam Kehamilan

*Setiap Khamis dan Jumaat untuk membaca surah al-Waqiah.
*Di dalam solat, baca surah at-Tin.
*Setelah sarapan, makan buah Tin dan zaitun.
*Setiap hari, sebelum sarapan, makan satu biji buah delima yang terlebih dahulu dibacakan surah al-Fath.
*Hindari makanan berkolesterol tinggi.

Bulan ketujuh Kehamilan

*Dari bulan ketujuh hingga seterusnya, selepas melaksanakan solat Subuh, ambil kacang yang terlebuh dahulu dibacakan surah al-Anam, lakukan sehingga 40 hari.
*Isnin, bacalah surah an-Nahl, Khamis dan Jumaat, bacalah surah Yassin & al-Mulk.
*Selama bulan ketujuh, kelapan dan kesembilan, bacalah surah an-Nur.
*Setiap hari, bacalah selawat 140 kali.
*Dari bulan ketujuh dan seterusnya, baca 5 surah yang diawali dengan tasbih iaitu surah al-Hadid, al-Hasyr, as-Shaff, al-Jumuah dan at-Taghabun.
*Apabila makan buah, terlebih dahulu dibacakan surah Yassin.
*Jangan lupa untuk selalu azan & iqamat serta solat malam.

Bulan kelapan Kehamilan

Di samping amalan yang disebutkan diatas, perhatikan juga amalan-amalan ini :
1. Hari sabtu setelah Subuh, baca surah al-Qadr 10x
2.Hari Ahad setelah Subuh, baca surah at-Tin 2x
3.Hari Isnin, baca surah Yassin
4.Hari Selasa, baca surah al-Furqan.
5.Hari Rabu, baca surah al-Insan.
6.Hari Khamis, baca surah Muhammad.
7.Haru Jumaat, baca surah as-Shaffat.

* Jangan lupa untuk makan yogurt dan madu.
*Setiap Jumaatm makan buah delima sebelum sarapan.

Bulan kesembilan Kehamilan

*Semasa melaksanakan solat Zuhur dan Asar, bacalah surah al-Ashr dan adz Dzariyat.
*Hari Khamis, baca Surah al Hajj
*Hari Jumaat, bacalah surah Fathir.
*Makan makanan yang dipanggang/bakar.
*Jangan mengambil ubat-ubatan.
*Makanlah kurma.
*Hendaklah setiap hari berjalan dan jangan sering melihat cermin.
*Dalam keadaan perut kosong, ambil susu dan madu yang terlebih dahulu dibacakan surah al Insan.

Selamat beramal.  Insya allah, setiap amalan yang disebutkan itu mempunyai manfaat untuk ibu dan juga anak di dalam perut.

Wanita yang hamil ini pahalanya umpama berpuasa pada siang hari dan beribadah pada malam hari.  Masya allah...untung sgt!




Sunday, November 4, 2012

New look - Again! =)

As salam warahmatullah hiwabarakah...
 
New look..new blog title & new blogging determinations...Insya Allah.  Semoga apa yang dikongsi akan bermanfaat buat semua...Amin Ya Rabb...
 
Till meet again.

Friday, November 2, 2012

Cerita hati


Bila kita mahu berbicara mengenai hati, memang macam2 versi kita akan dengar.  Ada yang hatinya berbunga-bunga, hati kecewa, hati kesedihan, hati kosong dan pelbagai lagi.  Memang, cerita hati ini seronok untuk didengar malahan berkongsi rasa.  Tambahan pula, apabila bersama si dia atau sahabat-sahabat.
 
Selepas berehat dan menyeyapkan diri daripada 2 hari before Aidiladha hinggalah ke hari Isnin selepas Aidiladha, apabila on je FB...wow...macam2 dalam PM.  Seronok pulak, catch up dengan frenzies.  Ada yang mahu sharing tentang 'hijrah', tak kurang juga yang bertanyakan tips itu ini...juga, ada seorang sahabat saya ini, rupanya diam-diam sudah bertemu 2nd half...=) Happy saya mendengar kisahnya.
 
Memang seronok apabila Allah SWT mengurniakan kita dengan hati yang penuh dengan kasih sayang.  Bermula dengan kasih sayang kepadaNya, kepada kekasihNya, kepada ibu, ayah dan adik beradik...tak kurang juga, sayangi diri sendiri.  Selepas itu, mulalah mencari pelengkap hati iaitu pasangan sehidup dan semati, melangkah ke Firdausi bersama.  Amin.

Kita mahukan kehidupan yang bahagia apabila sudah bergelar isteri/suami.  Juga apabila Allah kurniakan rezeki untuk bergelar ummu/abu.  Kisah sahabat saya, segalanya berlaku sekelip mata.  Saya gembira, namun dalam kegembiraan itu, terselit juga rasa risau.  Saya teringat kata ustazah, Allah akan berikan semua yg kita minta, tapi, dalam Dia memberi, tidak pernah tidak akan terselit ujian.  Jadi, jangan sesekali kita tersilap menafsir, ujian itu rezeki...atau ujian itu jawapan Allah...masya allah.  Bagaimanalah manusia biasa seperti kita boleh mendapat jawapan atas setiap ujian Allah itu...

Itulah tersedianya Istikharah...saya perolehi tip dari suami yg mendapat tip dari seorang ustaz (yang kebetulan juga ahlul baiyt)...sebelum kita membuat istikharah, bacalah istighfar 100x. Ucapkan syahadah 3x.  Sedekahkah Al-fatihah buat diri sendiri, Rasulullah SAW, orang2 tersayang, org2 yg kita benci & org2 yg membenci kita.  Usai semua itu, dirikanlah solat sunat istikharah 3x (2 rakaat, 2 rakaat, 2 rakaat)...selesai zikir & doa istikharah, kita capai Al-Quran (tafsir buat yang tidak faham bahasa Al Quran).  Randomly, buka tafsir dan baca di mukasurat kanan.  Insya Allah, itu mungkin jawapan petunjuk daripada Ya Rabb.  Boleh diulang solatnya sekiranya masih belum pasti.  Wallahualam.

Sekadar sharing....=)

Tuesday, October 23, 2012

Baiki hubungan ruhaniah...

As salam...
 
Pernah tak dalam hidup ini, walaupun segalanya berjalan dengan baik ( kita fikir baik), rezeki cukup (kita fikir cukup) dan semuanya seakan perfect (pada pandangan kita) tapi hati kita tetap down...tetap ada kesedihan itu, ada rasa ketidaktenangan itu...benarlah kata orang, harta benda wang ringgit bukanlah segalanya.  Ada perkara yang jauh lebih baik daripada harta dunia ini...iaitu hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan Allah SWT.
 
Tanpa kita sedar, dalam kita dok sibuk kejar amal, ibadah, majlis ilmu itu ini etc...untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah & Rasulullah SAW...kita lack dan tidak peduli untuk memperbaiki hubungan kita sesama manusia...terutama hubungan kita dengan ibu bapa, hubungan dengan suami/isteri, hubungan dengan adik beradik, hubungan dengan anak-anak...etc.  Mmglah segalanya akan serba tak kena.
 
 
 
These few days, I feel rather lonely, rather down and a little bit down.  I feel mcm serba x kena.  Tiba2 I isolate myself from everybody.  Usually bila jadi macam tu, I berfikir...fikir itu ini, muhasabah diri.  Bila terjadi begitu, the first thing I will do is...call my mom.  I know, bila kita ada distance dengan parents, kita akan ada distance dengan semua org dan benda dalam life ni.  I'm right.  After I call my mom I talked to her...and I opologized because it's been a while since I last contacted her, all due to my busy schedule (itu bukan alasan terbaik)...barulah rasa lega, rasa lapang...
 
And, my mom juga pesan...kita juga harus belajar untuk meminta maaf dengan suami setiap hari...waktu pagi apabila suami keluar mencari rezeki dan malam sebelum masuk tidur.  Jangan lokek untuk memohon maaf atau nak simpan semuanya pada hari raya...jangan biarkan segala luka, segala salah faham, segala benda terpendam sampai jadi racun dan hubungan suami isteri semakin renggang, tanpa kita sedari.
 
Yup...my mom is the greatest...Thank you mom for the advice.  Bila antara manusia sudah clear, hati kita juga sudah bersih...maka hubungan kita dengan Allah dan Rasulullah, Insya allah akan berjalan dengan baik.  Tak ada distractions. =)
 
Wallahualam.

Monday, October 22, 2012

Ya Rabb...jemputlah aku


Assalammualaikum wbt...Raya Haji tinggal few days je lagi.  Since few weeks, I've been watching Khabar Haji @ Oasis, hampir everyday airmata asyik bergenang.  Saya mahu pergi!  Setiap hari, setiap kali ditanya dan setiap kali bermimpi...saya mahu menunaikan Umrah dan kemudian mengerjakan ibadah Haji...kemudian, saya mahu melawat Yaman...selepas itu, ada rezeki, barulah saya mahu melancong ke tempat lain...
 
Ya Rabb...jadikanlah aku, suamiku, anak2ku, adik beradikku, ipar2ku, anak2 saudaraku, mertuaku, birasku tetamu di RumahMu...juga, jadikanlah kami tetamu untuk menziarahi kekasihMu di Madinah...amin3x Ya Rabbal Alamin...Ya Rabbi, Ya Allah...kabulkanlah...amin3x


Ya Allah...semoga aku berpeluang mengerjakan 40 waktu di Madinah...kemudian mengerjakan umrah di Makkah dan kemudian kembali ke Madinah bagi mengucapkan selamat tinggal dengan Rasulullah SAW...dan kemudian, jemputlah aku lagi untuk musim haji pula...amin3x

Sunday, October 21, 2012

Downer


I'm a downer...I don't know why, I'm not torturing myself but the word 'downer' mmg kerap muncul di kepala, bibir lately.  Am I a downer?  Seriously, I do feel like it these few days...huh.

Bila tgk how Hannah grows, hati kdg2 rasa sebak...and sometimes, I know that I'm being very strict terutama dalam hal belajar, mengaji dia.  Sometimes, nampak muka dia stress or maybe dia terasa burden dengan tanggungjawab as an eldest...expectations from me & her daddy.  Kadang2, kita ni as a mommy tak perasan sebab kita dok push, push...kadang2 lupa nak tarik balik sebab 'dok tolak' anak kita jauh sgt...nak sgt dia ke depan cepat...sedar tak sedar, dia dah pun ke depan & kita pulak ketinggalan.


Bila Hannah received an award as the Best Reader in Al Furqan, macam tak percaya.  Doa siang malam, hajat ibu dia yg seorang ni, dia tunaikan.  My 4 year old tunaikan my hajat...Alhamdulillah...Syukur Ya Allah...I am very proud of her...and so does my hubby. 

Next year, all my 3 princesses akan naik setahun lagi of age...Hannah will be turning 5 in March, Amani will be 4 in June & Humaira witll turn 1 in February...Masya Allah, cepatnya masa berlalu....



Sometimes, I do go over board bila nak mendidik anak-anak.  And I know after that I would feel regret.  Tapi at times, harapan kita mahukan yg terbaik semua untuk mereka, buatkan kita ni jd kejam!  Benda ni la buat I feel like a downer...

Friday, September 28, 2012

Rasulullah SAW- Blessed Sandals

 
 
 
 
Kreatif, cantik...and saya mahu semuanya!  Sepulangnya Mr Hubby from Mawlid Fest, Spore yang berlangsung dari 23rd-25th of Sept 2012, saya cuma berharap kalaulah dia boleh belikan for me & d kids merchandise Blessed Sandals...mesti best kan...bukan niat sebagai hiasan, tetapi juga sebagai tanda mahu mendapatkan barakah...bila tersemat Blessed Sandals di dada, mahupun di sebagai hiasan ikatan tudung, ia seakan tanda I Love Rasulullah...D kids pun sangat excited, sorang satu dapat & tak sabar pulak mereka nak kenakan...masya allah...
 
Ini adalah dr website Baraka Bazaar Spore ....memang banyak accesories, serta barang2 sunnah, sufi yang mereka jual secara online...seronoknya...=)
 
Check it out la....

Tuesday, September 18, 2012

New home...new determinations....

As salam...at home mommy + freelancer, wow...new job status for me.  It's not easy though but I sure love to stay at home aka work from home.  Besides loving the new environment at my new home, it's a loving pleasure to work at your own pace, space & doing everything that you love...phew, just lovely...

Just moved in at my new home, a week before raya...(gilo apo pindah masa bulan ramadan, but it's real dude...)...sekarang dalam process unloading and kemas2...penat taw tapi best.  This new home lagi spacious...lagi best sebab a 2 work space...and d kids are happy to have their own room (jenuh jugak la nak fulfill demand dorang ni...mana yg sker pink, yellow, blue bagai...haizzz....) Tapi, paling best, rumah ni dah pun dibuatkan mawlid...and akan diperbanyakkan majlis selawat & ilmu, Insya allah...dengan deco ala2 Arab + Islamic, fuh...memang ketenangan la...sangat best!!!

Dah a month plus I left my work...rasa apa erk?  rasa relieved yang tak terhingga...rasa best yg teramat sgt...rasa free dan macam2 lagi...but dont get me wrong pulak...ada la yg buat spekulasi bukan2 lepas tu g sebar2 kat my ex employer kata I cakap itu ini kan...haizzz....rasa best, free sebab dapat jadi isteri, jadi ibu and jadi penulis sambilan sepenuhnya...and tiada kongkongan orang lain dan menghalang kita untuk buat sesuatu yang kita suka...and I have time to go to class and ikut majlis2 ilmu muslimat...itu je.  Apa lagi nak dikejar...betul tak?

New home ni akan jadi syurga suami & anak2...kemas, bersihkan & decorate sebaiknya...serta menjadikan rumah ini sebagai tempat majlis mawlid, burdah dan seangkatan dengannya...amin3x...

Doakan ya...=)

Alhamdulillah...Sunnah Bites Table are ready!





As salam..below is Haifaa' Bites pioneer project on Sunnah Bites Table.  The first project was at Denai Alam...it's a house warming + mawlid session...guest are around 30 pax...The buffet consists of :
3 types of chocolates : White choc + yogurt with raisins, Milk choc with almonds & raisins & white chocolate with black sesame.
Cheese blueberry cake, cheese tarts, dried fruits, salted cashew nuts, dates, fruit cake, as-syifa honey, apple vinegar & arabica coffee.
 
All these plus the decorations (decorations bermakna flowers,ribbons, tagging- ikut konsep) , not including teapot set and bekas/porcelain lainnya ya...RM500 ++. =)
 

 
 
 Yang diatas ni, adalah our 2nd project...di Shah Alam.  The theme was a peacock theme, ada bulu2 pulak...so cute & feminine...the menu adalah :
 
Chocs - 3 types
Cheese cakes, almond cups, nougats, dates, dried fruits, honey as syifa, grape vinegar, 3 types of sunnah cookies & habbatus sauda.
Guests are around 50 pax, the budget adalah RM500.
 
Budget adalah mengikut client.  We will work out according to your budget.  Menu, concept & theme kita akan bincang akan we will quote accordingly.  Objektif Haifaa' adalah untuk menyemarakkan sunnah Rasulullah SAW.  Lagi ramai orang menyemarakkan makanan sunnah, lebih baik...dan ia adalah satu achievement buat kami...Insya allah...
 
Like Haifaa' Muslimah di Facebook...=)
 
Syukran Kathiran...
 
 
 

Wednesday, September 5, 2012

Haifaa' Bites testimonials...

As salam...
 
Sepanjang Ramadan, Haifaa' Bites busy dengan cookies, cakes, chocolates also kerepek for raya...and we want all this to be continually running, bukan sekadar untuk raya...Jadi, kesempatan ini, Haifaa' Bites ingin mengucapkan Terima Kasih kepada semua pelanggan yang menyokong...
 
Di bawah adalah few customers yang sempat kami SMS/Email or Chat bertanyakan tentang our food...
 
Aunty Liza, Brunei Darussalam
Waalaikumsalam...Alhamdulillah Raya was fun and enjoyable...the cookies were delicious...
***Aunty Liza purchased all our premiums cookies, she bought 5 types of cookies and kek kukus.
 
Nini, Taman Dagang, KL
Ok. Rasa sedaplah kalau 100%, Nini bagi 70%.  Tart terlalu lembut, susah sikit nak makan.  Tapi sedap.
***Nini bought from us Flowery Tart, Snow Almond & Cheese Pineapple Ball.
 
Sarah, Kakiku Reflexology, Shah Alam
Choc Cornflakes sedap sgt, sarah makan sorang.  Yang lain td baru rasa tapi tart dah habis masa kat kedai tadi.
***Sarah beli 3 types of cookies plus kek kukus.
 
Yan, Ampang
Waalaikumsalam.  Sodap, thn depan boleh order lagi.
***She bought Choc Mambo from us.
 
Rifaee Isa, Setapak, KL
Love It!
***He bought Snow Almond & Kerepek Kari from us.
 
Aniss Nor, Karangkraf
Coklat sedap sgt, saya beli 3 paket...
 
ALHAMDULILLAH...ini antara customers yang sempat I sms/chat...TQVM all....
 

Sunnah Food Dessert Table

As salam warahmatullah hiwabarakah...
 
Haieee....Tak terlambat untuk wish, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.  Busy?  Yup..I'm busy...busy with all the plans for Haifaa' Muslimah...also, preparing the house for our house warming session in 2 weeks...and also busy preparing the 'ofiice' at my new home.  Well, lupa nak inform my readers that I already left Kumpulan Media Karangkraf after 12 years of service.  I want to focus on me as a wife, mommy and also a freelance writer.  Also, managing Haifaa' Muslimah with my partner.
 
Okay, after a long raya break, what's next for Haifaa' Muslimah...ok, there's a lot of ideas coming...but, a few yg kami nak realisasikan ialah dessert table ala Islamic...kami promote sunnah food.  Bila org bercakap tentang makanan sunnah nie, apa yang mereka akan fikir ialah kurma...madu...lagi3x...okay, sunnah food ni merangkumi banyak makanan dan enak2 pulak.  Icecream adalah salah satu makanan sunnah, tak percaya?  Betul...kekacang seperti almonds, pistachios, badam, gajus...kismis, madu, keju...coklat...jadi, apa juga makanan yang dikombinasikan dengan semua ini, tetap dipanggil makanan sunnah secara amnya.  Jadi dessert table Haifaa' Muslimah akan cuba mempromosikan asas makanan sunnah ini.  Cthnya : Cupcake kurma, lasagna, biskut keju, kurma berbadam, tart kurma, icecream cake etc...best tak?  Best kan....





Okay yang ada ni, dalam internet....not so much nak tunjuk the food tapi more on the deco...yg rajin buat2 theme party ni mat salleh la tapi kita boleh buat n promote the Islamic look & feel...lagi best.

Bawah Haifaa' Muslimah ni ada Haifaa'Bites, Haifaa' Gifts...and ada Haifaa' Etc...so far, bawah Haifaa' Bites adalah Halal & Sunnah Food, Haifaa' Gifts ni more on doorgifts & hampers...Haifaa' Etc adalah CD, Books (tapi islamic la...)...salah satu CD yg ada adalah Cd Almawlid, exclusive tandatangan dr mereka...

Buat yang berminat...any ideas, boleh email pada Haifaa' Muslimah ....boleh Like page kami di Haifaa' Muslimah FB ....sokongan kalian amatlah kami hargai...muah muah muah....
 

Wednesday, July 25, 2012

More for you to know about ESP & PD


Hot seller ESP (Energizing Soy Protein)...Apa yang ada dalam ESP & khasiatnya untuk semua?

ESP merupakan sumber protein biologi yang berasaskan tumbuh-tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting.  Ia terbukti secara klinikal dapat membekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
* Tumbuhan berprotein berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.
* Membantu mengekalkan kepejalan otot.  Maknanya, sekiranya anda loose weight, ia tidak akan buat badan anda lembik.
* Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
* Membantu menyokong sistem imunisasi, mengekalkan tahap kolesterol normal & menggalakkan kesihatan jantung & prostat.

Gabungkan dengan PERFORMANCE Maximum Endurance Sports Drink-Orange Flavour

Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh.  Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian kita.
* OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
* Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
* Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.


Thursday, July 19, 2012

Your two besties

As salam warahmatullah hiwabarakah...

Phew...finally, after a week I left my 12 years service at GMK, I finally have time to update my blog.  Okay, today, I'm going to share my experience taking 'two besties' both are from Shaklee.  I know, both of these products are hot seller esp during Ramadan...yup, it will make you more energetic, hydrated, less hungry...and it's beneficial to your skin, bones, hair, nails...and for BF mommies, woo...it's the best milk booster, that's for sure.

Okay, I'm talking about Energizing Soy Protein (ESP) & Performance Drink (PD).  Memang best.  Before nak promote pada orang, I tried it myself...hah, kan dah jadi tikus putih...hihihi...jd bahan ujikaji kan...I tried ESP masa dalam confinement.  jenuh jugak la I nak tukar baju malam2 buta sebab basah, kerana susu banyak...and I actually boleh buat extra perahan pulak untuk bekalan masa dah mula keje.  Baby pun montel...bayangkan, my lil' Humaira lahir ngan berat 2.42kg...after one month, dia naik mendadak ke 4kg....hahhhhhhhhhhhh.....montel tak? Kan, rasa nak cubit je...ALSO...I'm having all this pregnancy allergies and my skin was effected that time...n kulit jadi kusam, gelap, ada jerawat kecik2...aduh...n d worst part, parut gelap....hah, ni yg buat tak best.  So, masa I took ESP 1st canister, skin dah rasa lain...not immediately la lawa kan...haha...but terasa skin supple, hair kurang gugur and kuku dah tak rapuh...masuk 3rd canister, there you go...sesiapa yang friends I dalam FB, you can see my latest skin kat my timeline...ada my friend post pix...bukan la nak riak, just nak buktikan that memang ESP ni bagus.

Susu jadi pekat, kuning...and baby cepat kenyang.  Itu yg paling best besides yg beauty part kan.  =)  I tau u all ni nak tau effect kat beauty kan...memang banyak benefits nya.  And it's also good for weight management, sebab ia mengenyangkan.  Kalau masa pregnant I tau about ESP, for sure I akan minum sebab ia akan beri tenaga, good for your baby sebab ia akan menguatkan tulang, melebatkan rambut, kuku elok..skin baby pun cantik, Insya allah...dengan Izin Allah SWT...=)

I try to stop ESP for a month....memang la takder apa2 effect kat skin sebab ia dah pulih...but, I rasa cepat letih.  Esp nak jaga 3 anak without a maid nie...wooo...challenging hokeyyy...yang tu I mengaku yang ESP memang buat kita energetic...makan terlambat sikit pun, tak la dapat gastrik...but susu jadi merudum...probably, dalam ESP tu complete...that's y I start again and dah tak tinggal dah...My friends yang konon2nya tak suka soy protein or sebab dah try dr jenama lain, katanya tak sedap...I kata try la ESP from Shaklee...sedap.  So, I ada return customers yg dok addicted pulak pada ESP...sebab katanya bagus...bukan untuk wanita je, but for semua...encik suami, anak2, org tua...all generations...

Bersempena ngan Ramadan nie...I nak buat promosi buat yg nak try ESP....tapi I buat twin promo iaitu sekali ngan PD..PD ni rasa orange.  Ia more untuk membekalkan air yg mencukupi dalam badan.  So, masa ramadan, kita ni sering dyhydrated kan.  So, mulalah sket2 masuk toilet, ket2 masuk toilet kan...hah, ingat tak tau u ols mengelat masa basuh muka bagai...hmmm...notty3x...

Ikut harga retail, ESP ni RM150(WM) and RM155 (EM)...PD pulak RM82.50(WM) & RM87.50(EM)...so, both RM232.50 (WM) & RM242.50...BUT....
                  sempena Ramadan ni both dengan harga RM187 (WM) & RM197 (EM)...amacam???

PM Jaja di FB or tweet me, @jajaismail - Shaklee twins order, nanti jaja akan reply okay...

Tawaran sah sepanjang bulan Ramadan...sebab, masa habis Ramadan, iaitu during Syawal, nak promote package lain pulak...Hah, yang ini untuk weight management...

CEPAT...rugi taw tak ambil peluang nie sebab ia bertahan satu bulan sahaja...and buat sesiapa yang nak beli Shaklee dengan harga Jaja, boleh PM Jaja di FB...Jaja akan share my ID number...tapi, sah untuk sepanjang Ramadan saje ok...



Monday, June 11, 2012

Day 5,6,7

As salam all...

It's already a week...yeay!  Tak sabar betul tunggu Mr Hubby balik. Me & d kids memang sangat rindukan dia.  Seriously, memang tak terucap langsung dengan kata-kata...airmata je la yg jadi bukti...missed him so much! =(

Friday...cuti.  I have to settled some stuff.  Banyak tempat pergi and syukur, settle dah few stuff tu.  Daddy message, minta datang rumah dia.  And, I said okay memandangkan the kids pun memang boring je daddy dia tak ada...and, atok & tokmak memang rajin melayan cucu...so, I decided to sleepover kat rumah daddy for the weekend...

Saturday, after zuhur dalam kul 3pm, I dah keluar untuk ke rumah daddy...sampai before Asar.  The kids waited patiently for their atok to come home, nak ajak pergi playground katanya...Atoknya ke kelas agama and balik around 6pm...sampai2 ke atok, tak sempat la orang tua tu nak berehat, dah cucu2 ajak ke padang...layan je la...=)The kids memang syok habis la, diaorg memang looking forward sangat nak tido rumah atok...malam tu, masing2 tidur sebab kepenatan.  Lagipun, atok dah janji nak bawa jalan esok...

Sunday...d kids got up early.  Aduh, tak merasa weekend aku...tak berehat sgt. Beralih tempat, susah nak tido...mandikan d kids awal...and they went out with their grandparents dari jam 11am, kul 3pm baru balik...ke mana? Hah...ke Times Square, theme park...jenuh la dorang melayan.  Me & Humaira lepak di rumah je...best!

Alhamdulillah, a good weekend for me & d kids...Thank you Allah for giving strenght and a good in laws yang berusaha membuatkan kami semua happy...syukur alhamdulillah.

Friday, June 8, 2012

Day 2, 3 & 4

As salam all...

Alhamdulillah...everything went smoothly.  Day 2 was perfect, d kids are behaving but I pulak ada migraine.  Tak terlarat nak layan d kids, nasib baiklah dorang baik2 je today...Amani tiba2 demam lewat malam tu plus asthma, so,  I have to take emergency leave d next day untuk bawak dia ke klinik for nebuliser...Day 3 memang fully at home, reserving Amani...teruk jugak asthma dia, and after nebuliser tu, we went straight home...she refused to eat...and even minum susu pun kurang.  So I asked her to sleep, so memang dia tidor from 1pm til 4pm...but fever still ada...so, I took her to the clinic again untuk check tonsil pulak...Day 3 went smoothly and Zaf banyak kali call from Madinah just to checked on the kids and also he's worried about amani...mana taknya, masa tengahari dia call, suara amani memang teruk, lemah and bunyi sangat dia tgh asthma...lewat petang dia call, amani dah getting better but still demam...malam dia call, d kids dah tidur but amani dah better la...Humaira masih lagi ada batuk and Insya allah, Monday ni I'll bring her to DEMC, nak jumpa paedtrician dia...=)

Day 4...back to work...managed to come to the office on time.  Very tired few days, tak sleep well pun. Bertimbun keje nak settle...esok I cuti, memang kena uruskan few things...but, lewat petang I dapay bad news tentang sesuatu...Ya Allah, apa sebenarnya petunjuk Allah nie...but I took it positively, Insya allah, Allah cuba selamatkan dr bala & aib nie...Insya Allah...fetched the kids, nasib baik la semua dah mandi...=) sampai rumah, punyalah terkejut tgk gate terbuka...Ya Allah, takutnya, apa yg berlaku nie...I checked inside the house, barang semua ada...but, that's not all that matters, keselamatan nie...punyalah cuak...Ya Allah, Ya Allah...berilah perlindungan Mu kepada ku dan anak-anak...Aku hanya mampu berserah kepadaMu, ya Allah...amin3x... I pun tak sure what happened tapi mungkin jugak technical error...d gate is behaving pretty bad this few days...DUGAAN betul..sabar je la...and for that, tiba2 I jadi cuak tak boleh lena...and hasilnya, lepas solat & mengaji, I mengadap blog...hahaha...

News from Madinah...Alhamdulillah, Zaf dapat solat di Raudhah everyday since Day 1...and dapat baca mawlid di sana, juga dapat solat berdekatan dengan bekas tapak Rasulullah bersolat...masya allah, rezeki Allah pada dia...syukur...I'm so happy for him.  Segalanya dipermudahkan, and sepanjang berada di Madinah, semuanya sangat dekat dengan Rasullullah...syukur.  Dia juga visit Baqi, and I convey my deepest salam to Saidatina Aisyah RA and Fatimah Az Zahra...sampaikan juga kerinduan kepada kedua ahli syurga ini...semoga kami dapat bersama2 mu and Rasulullah kelak...Insya Allah, amin, amin, amin...

Monday, June 4, 2012

Day #1

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakah...

Penat juga bersihkan sawang di blog nie, a bit lama dah abandoned my dear blog nie...time ada but very limited.  Ada masa tonight memandangkan I'll be alone with the kids for 2 weeks, Insya allah...mr husband tunaikan umrah with her mom & sister.
I must say, today agak kepenatan.  Flight ke Madinah jam 3pm, but by 12 noon, kena ada di KLIA already.  Letting him go, owh...that feeling, memang sakit.  But I managed to smile and tahan sebak, sedih + happy (because he gets to celeb8 his 32nd bday with Rasulullah SAW)...I pray hard that one day, Allah will open the doors to His house and Kota Nabi...amin3x...
We managed to have a long chat while he's packing last night.  Lovely.  To be frank, we havent got the chance to chat a lot at night since Humaira is around...handling 2 toddlers and a baby, and without a maid, phew...really a challenge.  Tired, I must say...but end of the day, I'm satisfied to do all that...plus cook dinner after thugging Humaira to sleep.  With mr hubby around, he will help to freshen up d kids and I will only concentrate on Humaira and cooking dinner.  BUT without him around...phew...=(
I reached the office around 2pm...and no mood to do work. Seriously, I'm still effected with him going for two weeks. Tapi, I lawan perasaan sedih, sebak & lemah tu, because I know that he's going to Madinah & Makkah...for ibadah. I sms d kids teachers...untuk mandikan d kids around 6.15pm...so that, when we reached home, d kids hanya tukar pyjamas...and I will freshen up Humaira, tukar baju n breastfeed her...enough time to ambil wuduk, then solat Maghrib...while, on the stove dah prepare dinner for d kids. Tonite d kids requested mushroom soup...everything went fine, Alhamdulillah.
My promise to mr hubby that I will sambung legacy dia yang mengaji malam. Alhamdulillah, after putting d kids to bed, I bathed, isyak n mengaji dalam 3 mukasurat...syukur dapat tunaikan janji...Alhamdulillah. Hopefully dapat hidupkan rumah ini dengan ayat2 suci tak putus2...amin3x
Day 1...went smoothly. Alhamdulillah...another 13 days to go...frenzies, pray for me yah!
Till then...

Wednesday, May 2, 2012

Wordless Wednesday #

Ya Allah...please lead my way...amin3x Ya Rabbal Alamin

Sunday, April 1, 2012

If tommorow never comes

As salam warahmatullah hiwabarakah...

1 April 2012...few hours before my birth day...this year will be my 35th year as a human, Hamba Allah SWT...Syukur alhamdulillah, atas semua nikmat yang telah Allah kurniakan selama 34 tahun...banyak kelemahan, kedegilan dan kealpaan sebagai hambaMu, Ya Allah...34 tahun mungkin tidak terisi dengan 34 tahun penuh ibadah...ampunilah segala dosa2 ku...sekiranya esok tidak tiba untukku, matikanlah aku dalam iman dan Islam...amin3x Ya Rabbal Alamin.

If tommorow never comes...

Ya Allah...terima kasih diatas kurniaan kedua ibu bapa, mentua, ibu bapa angkat yang memberikan sepenuh perhatian, didikan, kasih sayang, nasihat selama 34 tahun sebagai anak dan lima tahun sebagai menantu. Ampunilah segala dosa2 mereka dan minta mereka ampunilah dosa2ku...If I never a good daughter/daughter in law, my fullest opology to all of you. But I want all of you to know that I love all of you so, very much...thank you for everything which I can't repay all of it if I ever live a hundred years. Semoga kasih sayang ini akan membawa kita semua ke syurga Allah SWT...amin3x


If tommorow never comes...

Thank you dear siblings, nieces and nephew...dear sister in law and biras...thank you for everything. Please forgive me if I never did my responsibilities as a sister/aunty perfectly. I love all of you dearly...I hope if there's no tommorow for me, I can be remembered as a someone that very dear to everyone's heart...Semoga kita semua akan melangkah ke titian silaturmustaqim sepantas kilat dan dimasukkan ke jannah bersama-sama dengan Rasulullah dan para anbiya...amin3x Ya Rabbal Alamin.


If tommorow never comes...

Dear hubby...I love you dearly. Thank you for being such a wonderful husband and a perfect father for our daughters. I'm greatly appreciate everything that you've done, especially whatever things that you have taught us as a muslim, muslimats...Saya mohon ampun sekiranya sepanjang lima tahun, I'm not a perfect wifey to you. Semoga saya tidak pernah memulakan sebarang pembinaan mahligai di neraka untuk awak semata-mata kerana kegagalan menjaga aurat serta mengikut syariat dengan sempurna. Ya Allah, ampunilah aku. Please take good care of our daughters and I hope didikan sempurna buiat mereka akan menjadikan impian awak untuk bergandingan dengan Rasulullah ke syurga termakbul...amin3x Ya Rabbal alamin.



If tommorow never comes...

My dearest daughters...Hannah, Amani & Humaira...Mommy doakan dan sentiasa mendoakan untuk all of you menjadi muslimat yang sempurna, seorang hafizah dan hamba Allah yang taat dengan suruhanNya, dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Semoga kehidupan anak2 mommy penuh dengan mahabbah terhadap Allah & RasulNya. Maafkan mommy sekiranya I'm not a perfect mom for all of you as I'm doing everything that I can, dengan izin Allah SWT untuk memberikan yang terbaik...segala yang buruk datang dr mommy dan hanya yang terbaik datang dari Allah SWT. Please take good care of your daddy for me...I love all of you so, so, so, so much...Insya Allah, kita semua akan melalui titian silaturmustaqin bak bintang bersinar dan berada di belakang saidatina Aisyah R.A sebagai para muslimat yang solehah...amin3x Ya Rabbal Alamin.



If tommorow never comes...

Sahabat-sahabatku...ampuni segala dosa2 ku...mohon maaf sekiranya gagal menjadi teman & sahabat yang sempurna. Ketahuilah bahawa telinga, diri dan hati ini ikhlas mendengar setiap luahan, permasalahan, kesedihan, kegembiraan, kebahagiaan dan segala2nya...setiap kesedihan kalian, adalah luka di hati ini...setiap kegembiraan kalian, ibarat bunga mekar yang menyinari hidup ini. Semoga diri ini telah menjadi sahabat yang ada di waktu duka dan menjadi penyokong di saat gembira,,,I love all of you very much...semoga kita bersama-sama berada dalam rahmatNya dan mendapat syafaat rasulullah SAW di hari depan kelak...amin3x Ya Rabbal alamin.



Ya Allah Ya tuhanku...sekiranya esok bukan untukku, berikanlah kesempatan beberapa ketika ini untuk menerima taubatku, ampuni segala dosa2ku dan berikanlah aku rahmat dan limpahan hidayahMu...tempatkan aku bersama-sama hamba2Mu yang soleh/solehah...amin3x ya rabbal alamin...



Selamat Ulangtahun ke35 buat diri sendiri...sekiranya esok masih ada, jadikanlah ia permulaan untuk menjadi seorang hamba Allah, anak, isteri, ibu dan sahabat yang sempurna, solehah...serta mengikut setiap suruhanMu, syariatMu dan menghidupkan sunnah rasulMu...amin...amin...amin...

Monday, March 19, 2012

My kiddos








All pics are taken during our short vacation in December last year...=)

Hannah in ACTION!







Date : 4th of March 2012

Venue : SACC Mall, Shah Alam

Event : Maulidur Rasul Pre Tahfiz Pre School

Mommy missed this concert but I heard she's perform the nasyeed so well...Well done sayang!

Tuesday, February 28, 2012

Kisah 10 & 20....anak =)

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakah...how are you? Harapan saya semuanya berada dlm keadaan baik n sihat...today, 20days umur Aisyah Humaira. Meaning, lg 24days sy akan tamat confinement. Cuti berpantang ni mmg best. Selain berehat di rumah menjaga diri n anak, byk juga benda bole buat dan belajar. =)

Plg best ialah sy terjebak dgn online purchasig..hehe tp suplements from Shaklee utk health n beauty also utk breast feeding.Thank you CPM Honey Nurhaliza utk tips n melayani stp pertanyaan dgn sbr. =)

Apa kisah 10 & 20 ni? Sambil pam susu tadi, mak bercerita tentang 2 families. Both ada rmi anak. Satu couple ni ada 10 dan sepasang lg ada 20. Terkejut sy dgn bilangan anak ramai dan bapanya cuma kerja kg msnakala isteri x bekerja. Transport yg ada hanya basikal but 20 anak itu terjaga rapi, sihat dan semuanya mjadi manusia...Alhamdulillah.Kagum sy dgn mereka yg ramai anak, pendapatan biasa saje namun ttp happy, bersyukur dan tidak kisah dgn anak2 pemberian Allah. Yg penting, mereka langsung tidak buruk sangka dgn Allah serta menerima stp anak itu sbg rezeki...subhanallah.

Kisah 10 anak ini pula menggelikan hati. Pasangan ini x lain adalah arwah ibu saudara sy. Dek kerana anak ramai, sampai x perasan whether semua sudah msk kereta atau blm. Akibatnya, anak tercicir seorang dan terpaksa berpatah blk utk ambil anak yg tertinggal. Kelakar sgt...itu br 10 klu yg 20 tadi, mcmn pulak kn. =)

Kadang kala kita yg baru ada 2,3,4 anak, msg2 bekerja dgn gaji bilanan ribuan ringgit, ttp susah hati nk tmbh anak. Ttp berkira utk ada anak sbb tkt x mampu. Saya letak diri sy yg ada anak 20, kerja kampung saje.

Kenapa dia msh tenang n happy? Jawapannya mudah...Keyakinan dan berserah segalanya pd Allah, Dia akan selesaikan semuanya...Insya Allah.

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday #

Time flies very fast. It's time to make a change...May Allah SWT send his blessings towards our hijrah...=)

Tuesday, February 7, 2012

Putus

As salam warahmatullah...


Wow wee...rindunya kat blog nie. Lately, been busy dengan preparation for our new baby and mood nak menulis tu macam terpaksa dipendamkan dek kerana server internet yang melampau slownya...haihhh....


What's new? Utk my life, things berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Penat tu memang sebab sarat dah, but other things macam smooth je...Syukur, Allah permudahkan.


Di dalam saya meniti kebahagiaan untuk menerima cahayamata yang ketiga, terdengar pula berita duka seorang teman baik. Mungkin, setelah hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga, saya seakan terlupa bagaimana rasanya menjadi pasangan yang bercinta serta merancang mahu mendirikan masjid. Juga, dugaan & ujian ketika perjalanan meniti hari bahagia tu. Terpaksa saya membuka semula kenangan lama dan menjadi empati terhadap kisah teman baik saya mengenai hubungannya yang masih tidak tahu jalan selesainya...


Cemburu, sangsi, tidak percaya dan sentiasa curiga ni memang asam garam dalam sesebuah perhubungan. Tidak kisahlah sebagai teman istimewa, tunang atau suami. Namun, sekiranya ia melampaui batas sehingga ke tahap merimaskan, menyusahkan serta menyakitkan...ia bukan normal lagi malahan ia sebenarnya satu penyakit. Sesekali timbul cemburu, rasa sangsi atau tidak percaya ni, normal mungkin kerana ada situasi yang boleh membuatkan pasangan rasa begitu. But all the time, it's not normal anymore tapi telah jadi habit. Ia akan merosakkan relationship kalau tidak dibendung, tidak ada perbincangan hati ke hati.


Kisah teman baik saya bersama buah hatinya memang mengundang rasa simpati daripada diri saya. Kasihan...saya hanya mampu menjadi bahu tempat dia mahu menangis, mahupun menjadi telinga apabila dia meluahkan...dan kadang-kala, meluangkan masa untuk melayani setiap sms luahannya...sebagai teman, kadang-kala untuk ada depan mata tidak mampu, hanya itu sumbangan saya sebagai sahabat. Nasihat saya hanya untuk dia bersabar dan berikan ruang untuk dia berfikir sedalamnya sama ada bertahan, atau sebaliknya. Kalau tiada kepercayaan, bagaimana mahu terus bersama? Ia hanya akan memakan diri.


It's not meant to be...memang menyakitkan. Tapi, mana tahu, Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik. Kita sebagai hambaNya harus redha, berserah serta percaya dengan ketentuanNya. Apa yang kita fikir terbaik untuk kita, mungkin buruk pada pandangan Allah SWT...jadi, kita terima apa juga yang ditakdirkan kerana itulah yang terbaik...minta yang terbaik, Insya allah, Dia akan berikan yang super terbaik...


To my beloved friend, you know who you are...sabar okay...=)

Tuesday, January 17, 2012

Resah hati seorang ibu

As salam all. Lama juga tak update blog. Busy tu ya jugak tapi idea sgt kering skrg. Insya Allah, tidak lama lagi keluarlah si junior. Pertambahan ini benar-benar buat saya nervous. Mahu bahagikan kasih sayang sama rata kepada semua anak-anak bkn sst yg mudah. Namun saya aksn cuba utk tdk jd pilih kasih.

Resah saya atas byk perkara. Anak-anak, didikan, agama, pendidikan, adab dan akhlak etc...mmg semua ni bercampur baur. Apa yg mampu lakukan selain usaha adalah doa tak putus dan serahkan segalanya kpd Allah SWT. Allah akan berikan yg terbaik, Insya Allah.

Doakan saya selamat bersalin ya...=)
 
Images by Freepik