Friday, June 28, 2013

Niat i'tikaf, rugi kalau tak buat...

As salam warahmatullah hiwabarakah...

Phew...what a week...terkurung dalam rumah due to haze.  The kids pun cranky je, bosan agaknya.  Usually, ada saje activities mereka with friends sekeliling rumah ni.  This week, amboi...sunyi saje.  Semua terkurung dalam rumah, plus Amani pun makin teruk asthmatic nya.  Kesian dia...Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anak saya ini...ameen.

Okay, I wanted to share about niat i'tikaf.  Mungkin ada yang faham and ada yang tidak tahu mengenai niat i'tikaf.  Apa yang saya faham, correct me if I'm wrong, usually, ramai orang akan buat i'tikaf di masjid 10 hari terakhir semasa bulan Ramadan.  Namun, itu tidak bermakna i'tikaf hanya berlaku pada bulan Ramadan sahaja, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.  I'tikaf bermaksud, dalam ertikata lain, 'berkampung' di masjid, selain dari niat ibadah, khidmat-khidmat lain yang boleh dilaksanakan di masjid juga, dikira sebagai aktiviti semasa i'tikaf. Panjang lagi explanation mengenai i'tikaf ini, in shaa Allah, akan saya kemukakan di dalam entry-entry akan datang dengan bukti-bukti from hadiths dan lain-lain supaya lebih faham.  

Suami saya ada share tentang niat i'tikaf.  Katanya, Habib Ali Zaenal Abidin pernah berpesan, semasa di rumah lagi, apabila ada niat mahu ke masjid, terus pasang niat i'tikaf.  In shaa Allah, dari perjalanan from rumah ke masjid, akan dikira, berganda-ganda.  Sampailah kita keluar dari masjid nanti...best kan.  Rugi kalau kita tak niat i'tikaf especially semasa menjalani ibadah umrah dan haji.

Setiap kali mahu ke masjid, sama ada masjid Nabawi atau MasjidilHaram, suami akan berpesan..."Yang, jangan lupa, niat i'tikaf.  Rugi nanti, tak mahu ke digandakan ganjaran/pahala dalam perjalanan kita ke masjid dan semasa beribadah di dalam masjid nanti?"  Saya tersenyum, gembira kerana Allah itu Maha Penyayang.  Apa sahaja untuk membantu hambaNya menggandakan pahala, ganjaran, kebaikan...ma shaa Allah, Thank You Allah...

Niat i'tikaf simple saja...contohnya, sekiranya kita mahu ke Masjid Nabawi, just pasang niat dari rumah/hotel,"Sahaja aku beri'tikaf/niat i'tikaf di Masjid Nabawi kerana Allah Ta'ala."  (Correct me if I'm wrong ya...)

Okay, jangan kita merugikan peluang yang Allah beri untuk kita menambah ganjaran pahala ini okay...:)

No comments:

 
Images by Freepik