Asssalammualaikum warahmatullah hiwabarakah...I wanna share perjalanan from Madinah ke Mekah. In shaa Allah, perjalanan melalui GMC mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Pemandangan, memang saujana mata memandang. Hanya bumi kontang, berpadang pasir, bangunan kotak-kotak, kurang tumbuhan...namun, tetap menarik dan cantik pada pandangan mata saya. Inikan ciptaan Allah, pasti cantik dan ada keistimewaannya, betul tak? Bayangkanlah, perjalanan kita from Madinah to Mekah adalah melalui kenderaan berhawa dingin, selesa...namun, Rasulullah SAW dan para sahabatnya, bagaimana? Hanya menunggang unta...masih tak bersyukur dengan nikmat Allah? :)
Kami memulakan perjalanan selepas Asar dari Bir Ali dan sampai ke Mekah selepas Isyak. Kami memang telah berada dalam ihram dan bersedia mahu memulakan umrah sejurus selepas urusan hotel selesai di Mekah. Alhamdulillah, kami memulakan umrah jam 10 malam.
Ini adalah gambaran yang kami dapat melalui siaran langsung di bilik hotel, sebelum turun ke masjidil haram bagi menunaikan umrah...gementar rasanya saya. Mana tidaknya...lihatlah...ramainya manusia. Namun, saya kuatkan keyakinan terhadap Allah, setiap tetamuNya pasti akan dipermudahkan. In shaa Allah.
(pic selepas umrah)
Umrah kali pertama, Alhamdulillah...dipermudahkan. Lapangnya jalan di hadapan Baitullah. Pertama kali saya melihat kaabah, ma shaa Allah...AllahuAkbar, SubhanAllah...perasaan bercampur baur...yang paling ketara, airmata jatuh laju...tanpa disuruh-suruh. Menggeletar seluruh tubuh, rasa seperti tidak percaya, sebak...macam-macam. Ya Rabb, terima kasih atas jemputan ini.
Saya paling kagum dengan kesungguhan anak-anak saya, Hannah & Amani, especially Amani. Walaupun usianya 4 tahun, namun semangatnya...ma shaa Allah, kagumnya. Ikutkan, umrah kali pertama itu, sudah lewat waktunya. Kalau waktu Malaysia, sudah hampir jam 3-4am...namun, Amani ikut tawaf dan saie tanpa komplen penat berjalan. Syukur dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada anak-anak ini. Bukan sekadar mereka ikut membuat umrah, malahan, turut serta membaca doa..paling sebak, mereka tidak berkelip-kelip melihat kaabah. Wajah mereka, ma shaa Allah, walaupun pernah melihat bangunan yang jauh lebih berseni reka daripada bangunan kaabah, namun tetap...bangunan hitam bersegi empat itu adalah bangunan yang beraura luarbiasa buat kita semua...:)
No comments:
Post a Comment