Tuesday, June 11, 2013

Pengalaman wida' yang sangat indah... :)

As salam...

The experience that I wanted to share is not meant untuk berbangga diri, jauh sekali untuk riak.  Semuanya berlaku atas izin Allah SWT, dan saya sangat yakin, semuanya kerana anak-anak dan doa ibu saya.  Tanpa mereka, entahlah, saya merasa atau tidak pengalaman wida' yang indah semasa ziarah Rasulullah SAW dan tawaf.

Pada hari terakhir di Madinah, iaitu pada hari Jumaat, 24 Mei 2013, antara jam 7am-9am adalah masa untuk ziarah wida' bagi muslimat.  Untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.  Pada hari sebelum itu, iaitu selepas solat Asar, saya bersama suami, ibu dan anak-anak mengambil peluang untuk menziarahi baqi', di sana terdapatnya persemadian Saiyidina Fatimah Az Zahra RA, Saidatina Aisyah RA serta cucu-cucu Rasulullah, Saidina Hasan dan Saidina Husin.  Anak-anak saya menjadi senyap dan suasana agak saya apabila suami membacakan al-fatihah serta doa menziarahi Baqi'.  Terasa sangat-sangat sayu hati ini apabila mengenangkan setiap tubuh suci yang bersemadi di sini terutama yang berkait rapat dengan Baginda.

Al Fatihah buat mereka semua, dan semoga kita dapat dikumpulkan bersama mereka yang soleh dan solehah.  Allahumma Ameen.  



After that, kami proceed untuk bergambar di sekitar masjid Nabi.  Ma Shaa Allah, rasa sebak sangat-sangat.  Saya berdoa panjang-panjang supaya kami semua dijemput lagi ke sini.  Ketenangan di sini, it's simply magical.  Ketenangan yang saya cari, yang semua umat Islam cari.  Sedikit pic kami di hadapan kubah hijau, di bawah kubah hijau inilah bersemadinya Penghulu 2 kiblat, Rasullullah SAW...Al-Fatihah buat Baginda.



Dek kerana terlalu penat hari itu, dari selepas zuhur, kami membeli barang sedikit Taibah Commercial Centre then, terus solat Asar di masjid, lepas tu berjalan sekitar masjid dan menziarahi Baqi', ibu saya 'flat'.  Malam itu, saya ada berniat mahu ke Raudhah, namun tidak sampai hati pula mahu meninggalkan ibu yang kurang sihat, lalu saya batalkan hasrat.  Namun, dalam hati, saya berdoa agar ibu okay esoknya untuk ziarah wida'.  

Pagi itu, ibu saya terus tak sihat, demam dan kepeningan.  Dalam usianya yang mid 70s, dia terlalu kepenatan agaknya semalam.  Terasa bersalah pula saya.  Namun, saya tiba-tiba nervous...alamak...saya kena ziarah wida' bersama anak-anak...Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua.  Amin.

Kerana hari itu hari Jumaat, lazimnya, ia hari cuti di sana, maka memang orang ramai.  Saya sampai di kawasan nak masuk ke Raudhah, polis wanita sudah membahagikan para muslimat mengikut negara.  Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam satu kumpulan.  Terus terang, saya tidak ada pengalaman berkumpul begini sesudah ke Raudhah dua kali.  Namun, saya tenang sahaja dan menerangkan semuanya kepada anak-anak supaya mereka tak meragam.  Saya berdoa, janganlah orang tolak menolak, berombak-rombak kerana saya bersama anak-anak.  Moga Allah lindungi mereka.  Apabila tiba masanya kumpulan kami masuk, ia sangat peaceful.  Walaupun ada adegan lari-lari dan tolak-tolak, namun tidaklah seteruk mana.  Kerana saya bersama anak-anak, maka saya beri laluan untuk mereka yang mahu ke hadapan.  Saya kata kepada anak-anak,"Selawat banyak-banyak Hannah, Amani.  Kita di rumah Rasulullah ni.  Jangan lari, kita jalan baik-baik.  Beri salam, selawat...ini rumah Rasulullah, kita kena jaga adab ya."

SubhanAllah...saya bersama anak-anak yg lambat ni, dapat tempat di hadapan, benar-benar berdekatan tabir putih, dan sebaliknya adalah makam Rasulullah.  Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad, waala alihi Saiyidina Muhammad...airmata saya bergenang.  Paling buat saya terkedu...semua orang duduk, dan saya bersama anak-anak ditempatkan di tepinya tiang dan ada rak kasut yang boleh dijadikan tempat duduk.  Maka, kami duduk dan benar-benar mengadap pintu makam Rasulullah...SubhanAllah...

Assalammualaika Ya Rasulullah...Assalamualaika ya Nabi Allah...Benarlah, anak-anak ini dijemput oleh Rasulullah SAW ke rumahnya. Anak-anak ini ada tempat yang istimewa di sini...antara kita mahu percaya atau tidak.  Tetamu istimewa memanglah dapat first class treatment...saya tidak kata tentang anak-anak saya tetapi semua anak-anak yang belum mencapai usia baligh.  Mereka ini adalah ahli syurga, maka mereka sangat suci, istimewa...kerana anak-anak ini, atas izin Allah, atas jemputan Rasulullah, saya menumpang tempat istimewa ini bersama anak-anak saya...Alhamdulillah.

Saya buka buka mawlid Addiya Ulami' karya Habib Umar Ben Hafidz.  Saya baca mawlid di hadapan makam Rasulullah, memang itulah hasrat dan impian saya...syukur Allah permudahkan.  Anak-anak saya, mereka recite semua surah-surah hafazan mereka sehingga saya tamat baca mawlid...Selalunya budak-budak ni susah nak duduk diam, tapi di hadapan Rasulullah, ma shaa Allah...mereka hadiahkan bacaan surah-surah pula kepada Kekasih Allah ini...Alhamdulillah...

Kemudian, saya berpindah ke belakang untuk bersedia masuk ke Raudhah.  saya lepaskan anak-anak untuk mereka bermain seketika sementara menunggu waktunya.  Ma shaa Allah, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti gempa bumi...alamak, anak-anak saya...orang ramai berlari, bertolak, berombak-ombak mahu ke Raudhah, pintu sudah dibuka...Ya Allah, lindungilah anak-anak saya terutama Humaira yang tak sempat saya  capai...syukur, selamat...cepat-cepat saya gendong Humaira di dalam baby carrier, dan mahu berjalan ke arah orang ramai berlari-lari...namun, saya ditegur oleh seorang polis wanita..."Malayzie...?", saya angguk...lalu dia menyuruh saya dan anak-anak mengikutnya, dan dia membuka satu pintu, jalan pintas ke Raudhah...Ma shaa Allah....Ya Allah, terima kasih...terima kasih...terima kasih...inilah dia rezeki anak-anak ini.

Saya dapat solat dua rakaat di Raudhah, berhadapan dengan mimbar.  Dapat sampaikan salam semua ahli keluarga, sahabat2 saya...doa untuk semua orang...serta melambai-lambai Rasulullah SAW...semoga ini bukan ziarah kami yang terakhir.  In shaa Allah...

Di bawah adalah pic kubah hijau yang sempat saya snap semasa keluar dari Raudhah.  Dekat sangat dengan pintu keluar dari Raudhah...pic ini menunjukkan saya sangat berat mahu meninggalkan Madinah...



Sambungan mengenai tawaf wida'. next post!

No comments:

 
Images by Freepik