Thursday, September 26, 2013

Simple muslim kids song...♡♡♡

https://www.youtube.com/watch?v=AJFKA5bA3zk&feature=youtube_gdata_player

Wednesday, September 11, 2013

This feeling

As salam.

Pernah tak terasa sedih tapi sebabnya unknown...
Pernah tak terasa lonely tapi sebenarnya bkn bsendirian pun...
Pernah tak terasa rindu tapi kata2 seakan tak cukup...
Pernah tak terasa tersisih tapi sebenarnya orang care...
Pernah tak terasa hidup ini kosong tapi sebenarnya byk lg hal nak buat...

Pernah...pernah...pernah...neverending questions n uncertain answers...

I always feel that when I lacked of zikr, selawat, tasbih n syukur...semua sadness, emptiness, feeling isolated etc akn muncul tiba2...kita yg buat diri ni sedetik jauh dr Allah SWT dan RasulNya...sedetik kita teralpa, sedetik itu muncul ol kind of weird feelings...uncertains...bnda x best...

Ampunkan hambaMu ini Allah...:( ameen...
Astagfirullah lil mukminin wal mukminat...ameen

Sunday, September 8, 2013

I love them

As salam. Ma shaa Allah, lama jg sy biarkan blog ini bersawang. Kesibukan membataskan untuk saya share stories with all of u. Okay , in shaa Allah, with this update, akn ada updates yg lain...

Sunday, July 7, 2013

Allah beri peluang...Thank You

As salam...

Nampaknya, whether a day or two lagi, kita semua akan menyambut Ramadan.  Syukur, setelah melalui Rejab dan Syaaban, In shaa Allah, Allah sampaikan kita ke bulan penuh mulia ini.  Bulan Ramadan ini, Allah turunkan segala rahmat, rezeki, bonus melimpah ruah...bulan ini, kita membuat untung daripada kemurahan Allah...semoga kita make full use of every nikmat, rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan...

Janji nak share tentang tawaf wida'...In shaa Allah, akan datang...kali ni, I want to share about my rezeki untuk berkhidmat for mak.  My mother is 72 years old, kaki pun dah tak kuat nak jalan.  Boleh jalan tapi slow, lutut sakit...jadi, untuk ke masjid setiap waktu, memang tak boleh.  I fully understand apa perasaan mak, rasa tidak selesa...duduk lama salah, berdiri lama pun begitu...apa pun, semua ini saya sudah sedia untuk hadapi.  Biarpun saya ada 3 orang anak kecil yang memerlukan saya, namun, saya yakin...setiap sesuatu yang baik, Allah akan permudahkan.

Semasa mahu membuat umrah untuk kali kedua, suami bertanya, sama ada dia atau saya yang mahu menolak mak di wheelchair...saya kata, biarlah saya...semasa umrah pertama, mak ditolak oleh isteri ustaz yang memberikan kami penerangan, mengajar dan membimbing umrah pertama kami.  Jadi, untuk buat kali kedua, kami buat sendiri.  Kami mengerjakan umrah pada waktu malam, selepas solat Isyak.  Humaira saya gendong dengan baby carrier, dan saya kata pada mak...mak baca doa ya, ja aminkan.  Saya tolak wheelchair mak...ma shaa Allah...SubhanAllah...ringan.  Sangat ringan.  Saya langsung tak rasa terbeban.  Dalam hati...saya menangis...ma shaa Allah, Allah benar-benar membantu...Alhamdulillah.

7 kali tawaf kami tamatkan dengan tak rasa terbeban, laluan dipermudahkan...lapangnya...benar-benar, niat saya mahu khidmat untuk mak, dipermudahkan Allah.  Saya menumpang rezeki anak-anak dan mak...Alhamdulillah.  Selesai tawaf, kami semua mengerjakan solat sunat di tempat yang menghadap pintu kaabah.

Usai solat, saya berdoa...doa saya panjang, airmata saya tak berhenti mengalir sampai saya teresak-esak.  Doa saya untuk semua.  Paling penting, saya mengucapkan syukur kerana terpilih menjadi tetamuNya, dapat pergi bersama suami, anak-anak dan mak.  Serta syukur kerana dapat berkhidmat untuk mak.  Saya berharap, Allah akan menjemput kami lagi, ameen.

Melihat saya menangis, mak mendekati saya..."Ja, thank you..."...kerana ucapan ringkas itu, sekali lagi airmata saya mengalir laju.  Dengan nada sebak, saya jawab..."THANKS to you mak..." Terima kasih sebab beri peluang untuk berkhidmat, untuk membantu sedaya mungkin.

Dengan khidmat yang sedikit, mana mungkin saya membalas jasanya melahirkan dan membesarkan saya.  Melihat mak yang semakin tua, saya jadi sebak.  Selepas arwah bapak pergi, saya jadi 'unsecure'.  Rasa takut kehilangan mak memang menebal.  Saya berdoa semoga mak dipanjangkan usia, setiap bonus usianya diberikan rahmat dan gandaan pahala atas setiap kebaikan/ibadah yang dilaksanakan.  Ameen.

Semoga hasrat mak mahu ke Aqsa dipermudahkan pula..ameen.





Friday, June 28, 2013

My passion...

Cook With Cinta


Being healthy, beautiful & happy


Niat i'tikaf, rugi kalau tak buat...

As salam warahmatullah hiwabarakah...

Phew...what a week...terkurung dalam rumah due to haze.  The kids pun cranky je, bosan agaknya.  Usually, ada saje activities mereka with friends sekeliling rumah ni.  This week, amboi...sunyi saje.  Semua terkurung dalam rumah, plus Amani pun makin teruk asthmatic nya.  Kesian dia...Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anak saya ini...ameen.

Okay, I wanted to share about niat i'tikaf.  Mungkin ada yang faham and ada yang tidak tahu mengenai niat i'tikaf.  Apa yang saya faham, correct me if I'm wrong, usually, ramai orang akan buat i'tikaf di masjid 10 hari terakhir semasa bulan Ramadan.  Namun, itu tidak bermakna i'tikaf hanya berlaku pada bulan Ramadan sahaja, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.  I'tikaf bermaksud, dalam ertikata lain, 'berkampung' di masjid, selain dari niat ibadah, khidmat-khidmat lain yang boleh dilaksanakan di masjid juga, dikira sebagai aktiviti semasa i'tikaf. Panjang lagi explanation mengenai i'tikaf ini, in shaa Allah, akan saya kemukakan di dalam entry-entry akan datang dengan bukti-bukti from hadiths dan lain-lain supaya lebih faham.  

Suami saya ada share tentang niat i'tikaf.  Katanya, Habib Ali Zaenal Abidin pernah berpesan, semasa di rumah lagi, apabila ada niat mahu ke masjid, terus pasang niat i'tikaf.  In shaa Allah, dari perjalanan from rumah ke masjid, akan dikira, berganda-ganda.  Sampailah kita keluar dari masjid nanti...best kan.  Rugi kalau kita tak niat i'tikaf especially semasa menjalani ibadah umrah dan haji.

Setiap kali mahu ke masjid, sama ada masjid Nabawi atau MasjidilHaram, suami akan berpesan..."Yang, jangan lupa, niat i'tikaf.  Rugi nanti, tak mahu ke digandakan ganjaran/pahala dalam perjalanan kita ke masjid dan semasa beribadah di dalam masjid nanti?"  Saya tersenyum, gembira kerana Allah itu Maha Penyayang.  Apa sahaja untuk membantu hambaNya menggandakan pahala, ganjaran, kebaikan...ma shaa Allah, Thank You Allah...

Niat i'tikaf simple saja...contohnya, sekiranya kita mahu ke Masjid Nabawi, just pasang niat dari rumah/hotel,"Sahaja aku beri'tikaf/niat i'tikaf di Masjid Nabawi kerana Allah Ta'ala."  (Correct me if I'm wrong ya...)

Okay, jangan kita merugikan peluang yang Allah beri untuk kita menambah ganjaran pahala ini okay...:)

Friday, June 21, 2013

Road to Mekah Al Mukarramah...





Asssalammualaikum warahmatullah hiwabarakah...I wanna share perjalanan from Madinah ke Mekah.  In shaa Allah, perjalanan melalui GMC mengambil masa lebih kurang 3-4 jam.  Pemandangan, memang saujana mata memandang.  Hanya bumi kontang, berpadang pasir, bangunan kotak-kotak, kurang tumbuhan...namun, tetap menarik dan cantik pada pandangan mata saya.  Inikan ciptaan Allah, pasti cantik dan ada keistimewaannya, betul tak?  Bayangkanlah, perjalanan kita from Madinah to Mekah adalah melalui kenderaan berhawa dingin, selesa...namun, Rasulullah SAW dan para sahabatnya, bagaimana?  Hanya menunggang unta...masih tak bersyukur dengan nikmat Allah? :)

Kami memulakan perjalanan selepas Asar dari Bir Ali dan sampai ke Mekah selepas Isyak.  Kami memang telah berada dalam ihram dan bersedia mahu memulakan umrah sejurus selepas urusan hotel selesai di Mekah.  Alhamdulillah, kami memulakan umrah jam 10 malam.


 Ini adalah gambaran yang kami dapat melalui siaran langsung di bilik hotel, sebelum turun ke masjidil haram bagi menunaikan umrah...gementar rasanya saya.  Mana tidaknya...lihatlah...ramainya manusia.  Namun, saya kuatkan keyakinan terhadap Allah, setiap tetamuNya pasti akan dipermudahkan. In shaa Allah.


(pic selepas umrah)

Umrah kali pertama, Alhamdulillah...dipermudahkan.  Lapangnya jalan di hadapan Baitullah.  Pertama kali saya melihat kaabah, ma shaa Allah...AllahuAkbar, SubhanAllah...perasaan bercampur baur...yang paling ketara, airmata jatuh laju...tanpa disuruh-suruh.  Menggeletar seluruh tubuh, rasa seperti tidak percaya, sebak...macam-macam.  Ya Rabb, terima kasih atas jemputan ini.

Saya paling kagum dengan kesungguhan anak-anak saya, Hannah & Amani, especially Amani.  Walaupun usianya 4 tahun, namun semangatnya...ma shaa Allah, kagumnya.  Ikutkan, umrah kali pertama itu, sudah lewat waktunya.  Kalau waktu Malaysia, sudah hampir jam 3-4am...namun, Amani ikut tawaf dan saie tanpa komplen penat berjalan.  Syukur dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada anak-anak ini.  Bukan sekadar mereka ikut membuat umrah, malahan, turut serta membaca doa..paling sebak, mereka tidak berkelip-kelip melihat kaabah.  Wajah mereka, ma shaa Allah, walaupun pernah melihat bangunan yang jauh lebih berseni reka daripada bangunan kaabah, namun tetap...bangunan hitam bersegi empat itu adalah bangunan yang beraura luarbiasa buat kita semua...:)







 
Images by Freepik